happy birthday to me

assalamualaikum..

entry ni dah lama nak taip, tapi malas punya pasal, hari ni baru publish..

okay, tahun ni special sikit sebab first time sambut besday taw..selalu tumpang kek adek2 je.. tahun ni besday siha jatuh pada raya kelima (12/08/2013)..siha since awal ramadhan lagi dah demand nak kek bertingkat2 or secret recipe cake..adek2 siha punya la loq laq depa kata x yah nak kek bertingkat2 bagai, ambek je kek raya yang tok siha buat (tok siha buat kek berpuluh2 bijik setiap kali raya).. memang x la..hehe

so tibanya raya kelima, mak siha cakap malam nye tu nak masak bakso..serius siha rasa pelik sebab x penah2 mak nak masak bakso sebab mak and adek2 siha semua x berapa suka bakso.. rupa2 nya mak nak buat bakso tu khas untuk besday siha.mak siap warning lagi yang dia akan masak bakso ni sendiri (tanpa pertolongan siha). terharu jugak la sebab selalu kalau  nak makan bakso, siha kena masak sendiri. tapi this time mak yang masak..

kek pulak mak dah pi tempah sehari sebelum besday siha.. and yang paling x leh belah nyer adalah besday siha ni akan disambut kat tempat rahsia, kat mana? dekat farmasi!!!! ok, itu sangat kelakar..cerita dia cam ni, mak siha bunya BFF ni kerja kat farmasi..farmasi tu pulak dekat ngan rumah..actually idea asal nak buat kat rumah je, and jemput kawan mak tu mai, tapi dia keja , jadi dia ajak la buat kat farmasi..ada ruang sikit kat belakang tu..tapi malamnya tu , bila siha pi meninjau, siha tengok tempat tu kecik sangat..kalau ikutkan cukup ja, tetapi ada ramai 'tetamu mengejut'..so kawan mak siha  suruh buat je kat depan (kat ruang ubat2 tu ha).. and asalnya just kami berlima (siha, amak, adek, kawan mak n her daughter) ja yang nak join, tu yang nak buat kat ruang belakang..

best jugak besday kali ni..siha rasa macam meriah..kat kolej dulu pon best, even x disambut, ada ja prank yg kawan2 siha plan..tapi kali ni sambut ngan family..xde dah aktiviti nak kena2 kan orang,,hehehe..






















hehehe..on that night jugak,semua pakat mengalirkan air mata..taw napa? sebab  cili bakso tu adek siha buat pedas giila..maka semua pon pakat jadi gila la malam tu..


p/s: best sambut besday kat farmasi



kerja:kerja:kerja

assalamualaikum

actually kan, waktu siha habis je diploma ari tu, siha terus kerja..alhamdulillah tempat yang siha harapkan time tu ada kekosongan. siha harap sangat dapat kerja kat situ sebab tempat kerja dia dekat je dengan rumah siha.. and waktu dapat kerja tu awal2 lagi boss siha dah pesan yang dia nak 'guna' siha for sebulan dua ja..and gaji yang dia bagi pon sikit je.. siha x kisah pon, tujuan siha keja kat situ pon sebab siha nak cari pengalaman kerja.

apa yang siha kena buat?
 tugas siha ialah kena uruskan akaun office tu yang dah 2 tahun terbengkalai..ni semua income tax punya pasal la..lepas tu siha kena handle fail2 kat office yang dah x betul kedudukannya..and kadang2 siha kena layan customer jugak. part nak layan customer ni yang paling siha x suka..sebab urusan insurance ni semua jenis sistem online..kang salah key in, jenuh nanti. tapi siha jarang la nak layan customer, sebab tu tugas seorang lagi staff kat situ..selain dari tu, kerja siha x lain dan x bukan kena angkat call, fax, and photostat. ok,lupa nak habaq yang siha kerja kat kedai insurance..

apa yang paling men'tension'kan siha sepanjang kerja kat situ ialah, kat ofis tu banyak gila lipas..sampai nak sakit jantung la jadinya..adoyai. pastu boss siha pulak jenis yang nak kerja2 disiapkan dalam microsoft excel.hahahaha..memang mula2 tu pening kepala la jadinya, sebab siha kat kolej dulu memang x pernah guna excel..dok guna power point/ word je..tapi lama2 dah pandai ar.. bila dah pandai guna, baru la siha taw pasai pa boss suka sangat guna excel, sebab excel paling best , and senang terutamanya dalam bab kira2 ..memang nak mampos la kan kalau nak buat kira2 ni kat microsoft word..

part paling tension bila nak kena list down semua customer2 punya discount (buat berdasarkan resit).setiap customer yang gi kedai insurance tu akan dapat diskaun taw..diskaun ni dipecah kepada dua bahagian. first diskaun untuk sub ejen, and second, customer biasa..sub ejen akan dapat 5% or 7%..and customer biasa2 pulak akan ditolak segala 'sen' kat belakang..contohnya total amount  1120.85, 0.85 tu secara automatik akan ditolak..bayangkan dalam masa 2 tahun, jenuh la siha nak list down..resit kat kedai tu pulak sampai berkotak2 ok, nak kena ikut susunan pulak tu..pening2 pon, dalam masa seminggu lebih siap jugak la segala kerja siha tu.

~time ni memang pening kepala sangat2~


dalam banyak2 opis, siha rasa opis siha ni yang paling best waktu rehatnya..kitorang rehat 1 jam setengah taw..hahaha.

kenangan manis?
banyak jugak kenangan manis sepanjang kerja sini..siha rasa bersyukur sangat sebab dapat boss and officemate yang best and ramah..

officemate siha namanya kak loha..umur 34. and lepasan ijazah dari UM.. and still bujang. boss siha pulak umur 42/43..dulu nya kerja cikgu (pernah mengajar satu sekolah ngan abah siha), and baru 'berpencen' awal tahun ari tu..dia dah pon berkahwin dengan en. mohd akhir (my second boss) and ada 4 orang anak.

time mula2 kerja dulu, kerja siha banyak,tapi lepas bulan pertama tu, siha dah start xde kerja..time tu la boss suruh siha belajar buat quotation kat customer2 yang datang.. siha memang x minat bab2 tu, tapi akur je la. boss kata siha kena kerja lama lagi ngan dia sebab nanti bulan november, dia n kak loha nak ke bangkok, so siha kena handle kedai tu..macam nak meroyan pon ada time tu..dok bayang cam na la siha nak handle kedai tu sorang2..so siha pon belajar and belajar sampai siha dah pandai..tapi hidup siha kat situ still bosan..bilan bosan, kak loha ajak siha main candy crush and farm heroes..hasilnya siha dah berjaya sampai level 85..hahahahaahahaha..

bulan ramadhan hari tu, seminggu before raya, siha diberhentikan..yeay!..gembira gila ok..siha ada reason kenapa siha suka sangat. namun sebab2 tu x dapat didedahkan atas faktor 'peribadi', kalau nak taw, sila pm fb siha..mwahahahahahahaahahah..waktu siha berhenti tu, genap 4 bulan siha kerja kat opis tu..ehehehehe.

so, tu la pengalaman pertama siha kerja..pengalaman kedua dan seterusnya kat mana pulak? Allah je yang taw..hehe..

~gambar hiasan~








~time memula kerja dulu, meja tiap2 hari bersepah cam ni~





~tiap2 hari bawak botol ayaq ni, lepas 3 bulan kerja, pi shopping botol ayaq yang lebih besar ngan kak loha.hik3.lepas tu  time keja masing2 dok berebut nak masuk toilet~

~ni time raya ari tu, kat etiqa insurance..dengan kak loha..abaikan muka siha yang semakin membulat tu~



maimon mutalib meninggal dunia

assalamualaikum





Pelakon berbakat besar, Maimon Mutalib baru sahaja kembali ke rahmatullah . Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Seksyen 17, Shah Alam pada jam 2.20 petang tadi. Allahyarhamah telah disahkan menghidap kanser payudara tahap empat pada tahun 2012. Jenazah dibawa pulang dan akan dikebumikan pada malam ini di kampung halamannya di Tangkak, Johor. (AL-FATIHAH)

actually kan, tanpa ramai yang menyedari, siha ni minat sangat tengok lakonan arwah..terutama sekali dalam cerita 'hilangnya doa seorang ibu'. arwah ada bakat yang sangat awesome..






ari tu ni siha ada dengar jugak yang arwah ada breast cancer, tapi x sangka la pulak yang penyakit dia dah tahap teruk..

moga2 arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman..amin.

p/s: rindu lakonan arwah M.rajoli..

tahniah tahniah tahniah

assalamualaikum..

ok,semakin hari semakin ramai kawan2 yang kahwin..baru2 ni, dalam bulan syawal ni, ada seorang kawan kolej siha yang dah selamat membina masjid..ada dapat jemputan dari dia, malangnya x boleh nak pi..huhu..





tahiniah buat faiz and hanim..kawan siha yang pengantin lelaki tu..



nak ucap tahniah jugak buat kawan seperjuangan, madihah ismail..dia pon kawan kolej siha jugakk...dia kawen bulan april ari tu..tapi lambat pulak nak update kat blog ni..now dah pregnant dah..tahniah dyha..



~kawan2 kelas~


 tahniah jugak buat kawan kelas siha yang sorang ni, kak yati yang dah selamat bertunang and dah nak kawen x lama lagi..ni pon siha lambat update..hihi


~kak yati ni 3 years older dari siha..dia ni sellalu  group ngan siha time nak wat esaimen and presentation.~



and nak ucap tahniah jugak kat kawan siha yang sorang ni sajida and jat..depa pon sebaya ngan siha jugak..tapi depa bukan lah kawan kolej mahupun sekolah,..sajida tu kawan kepada kawan siha.. and jat tu kawan abang siha..pon kawen bulan april/mei, cuma siha lambat update..now sajida dah pregnant pon..hehe.










RESEPI: NASI SERAI

assalamualaikum..


hari ni nak share satu resepi yang menjadi kegemaran family siha..jeng jeng jeng..'nasi serai'..hehe..pasai pa nasi ni jadi fevourite kami? sebab kami dok kat padang SERAI kot? atau mungkin faktor serai berleluasa di belakang rumah? x lah, sebab nasi ni sedap la..kih3. nasi serai ni rasa dia macam nasi ayam + nasi lemak.

bahan-bahan:
1 KG beras (siha pakai beras biasa ja)
air secukupnya (jangan banyak sangat, takut lembik pulak nanti)
4 batang serai (potong kepada 1cm)
sedikit santan (kalau pergi kedai, beli seringgit je, siha x pasti berapa ml,ngee)
halia 1-2 inci (hiris nipis2)
sedikit bawang merah ( hiris nipis2)
kunyit sikit (nak bagi nasi jadi warna kuning)
sedikit garam
sedikit kiub ayam (nak letak pon xpe, xnak letak pon xpe)
2 sudu minyak sapi
daun pandan (ikut suka la nak letak or tak)


cara nak buat:
satukan semua bahan , and masak la nasi tu..masak guna rice cooker pon xpe, nak masak kat dapur biasa pon xpe..


hahaha ok, dah siap. sila la cuba yer..

p/s: gambar akan diupdate nanti..kamera hilang, so buat masa sekarang x leh nak upload pic lagi.hihi

review: telemovie MANA KUALI OPAH

assalamualaikum..





'mana kuali opah' ni mengisahkan pasal opah dengan kuali kegemaran dia ni..dia ni memang suka gila masak rendak tok kat kuali dia tu. satu kampung suka dengan rendang tok dia tu..satu hari (sehari sebelum raya) kuali opah hilang, kehilangan kuali tu disedari oleh anak menantu opah.. habis panik depa semua memikirkan kat mana nak cari kuali tu.. setelah disiasat, seorang demi seorang dijadikan suspek..






 tapi setelah disiasat, tetap x jumpak jugak..akhirnya mula lah pencarian diorang cari kuali opah kat sekeliling kampung and sekitar rumah, malangnya x jumpa jugak..diorang tetap nak cari kuali opah jugak, sebab nya masing2 dah taw yang opah memang sayang sangat dengan kuali dia tu, opah sayangkan kuali tu macam mana dia sayangkan nyawa dia sendiri..so, kalau xde kuali tu, makanya 'lebur' la raya depa tahun ni..usaha diteruskan lagi dengan meeting tergempar ..kali ni depa listkan beberapa suspek pulak..


pon selepas tu x jumpa jugak kuali tu..hati masing2 dah gundah gulana sebab opah masih belum taw lagi pasal kehilangan kuali dia tu..masing2 pandai sembunyikan rahsia ni..macam2 usaha anak menantu opah untuk cari kuali opah,siap jumpah bomoh lagi..tapi usaha depa x berjaya jugak.
akhirnya depa sepakat untuk beli kuali baru yang serupa macam kuali yang hilang tu..

tiba2, opah dapat taw yang kuali dia hilang (cucu dia terlepas cakap), masing2 cakap yang kuali opah tu x hilang, diorang pon tunjukkan la kuali klon yang depa beli, opah taw kuali dia dah hilang time tu, dia kecewa sangat. so kalau nak taw kesudahan cerita ni, sila la tengok sendiri..kalau siha cerita panjang lebar pon korang mesti dok blurr je kan..hehehe. actually ada reason kenapa opah sayang sangat dengan kuali dia tu..

boleh tengok dekat (sini) or kat tonton.com