terkesima (pengalaman praktikal)

assalamualaikum..

ni nak story something ni,rasa ramai yang dah taw,tapi tetap gak siha nak story kat sini..hehe

ni ada kena mengena dengan praktikal yg siha jalani beberapa minggu yang lalu..

ok,waktu siha dok praktikal ari tu,siha dapat banyak sangat pengalaman..and siha dapat tengok banyak ragam manusia..and yes,semuanya haruslah ada kena mengena dengan kahwin+ cerai kan..dah nama pon praktikal kat mahkamah syariah..antara yang pengalaman yg masih segar kat ingatan siha ialah one day tu ada seseorang ni,dia nak buat permohonan kahwin bawah umur, siha x serve dia kat kaunter but siha yang kena daftarkan kes dia ..waktu nak masukkan no i/c tu rasa cam pelik, "eh,kenapa ic org ni tahun 1999?? dia silap tulis ka?? sekali bila disemak2 baru perasan dia ni buat permohonan untuk kawen bawah umur..terkejut la jugak sebab umur dia baru 13,bertambah terkejut bila umur pasangan dia baru mencecah 19.memang rasa aneh la waktu tu..staf kat situ ada gak story yg dia ni dah x sekolah..ok,x kisah la kan,dah tu kehendak dia,cuma siha risau la jugak,sebab dalam kepala otak siha dok bayang cam na la seorang perempuan yang berusia 13 tahun boley jadi isteri orang..macam2 persoalan yang timbul dalam kepala otak siha..huhu..balik dari opis terus pi cerita kat my sis n my mom..pakat2 terkejut habis la..

and today,siha dok tengok story pasal depa (fazira saad & mohd fahmi ) dah 'popular' di blog2..actually siha sendiri x berapa perasan muka si fazira ni,nama dia pon siha x ingat,tapi berdasarkan daripada fakta2 yang dikemukakan,siha rasa siha x salah orang dah..ngee..lagipon rasanya fazira tu ja satu2 nya yang mai buat permohonan kahwin bawah umur sepanjang siha praktikal kat situ..apa2 pon,congratz to both of them..mungkin usia depa x berapa matang,tapi harap2 depa matang la dalam menjalani kehidupan depa sebagai suami isteri..





rasa macam teruja  la jugak sebab dapat pengalaman macam ni,siha pernah praktikal dua kali,dua-dua kali praktikal pon ada pengalaman .. waktu my first practikal dulu (kat pejabat agama) ada jugak kes yg jadi pemes+ masuk paper + dok kat frontpage (kes suami seterika bini dia sebab curang), and waktu praktikal kat mahkamah rendah syariah kulim,kes pasal kawen muda ni pulak masuk paper..

terima hakikat perpisahan (mahkamah rendah syariah kulim)

assalamualaikum..

ok,on thursday 8/11/2012, merupakan hari last siha jadi practical student kat mahkamah rendah syariah kulim..perasaan sedih menyelubungi hati.farewell party dibuat beberapa hari lebih awal iaitu pada hari selasa sebab hari khamis ramai yang xde kat office..

sesapa yang ada dalam friendlist FB siha mesti ada ternampak kelibat status ni kan:




hahaha,status  tu wujud di fb bukan sebab siha nak kata yg staff2 kat sana x menghargai kek yg siha buat ok,respond depa kat kek tu xdak la teruk pon,siha ja yang buat andaian bukan2..siha malu dengan hasil kek tu sebenarnya,in case x nak terus malu,siha gi buang terus kek tu,siha malu sangat2..then keesokkan harinya ada staf  pejabat dok tnya kenapa siha tulis status macam tu?depa kata kek  tu okey ja & siha x patut buang kek tu..nak buat macam mana kan??dah rasa malu sangat terus la siha buang kek tu,so last day kat sana siha buat kek lagi..but this time buat kek oren (mini cupcake)..kek yang x jadi hari tu kek coklat with almond.kali ni kemain lagi depa puji kek siha..en wazir (one of the MRS staff) awal2 lagi dah memuji xtentu hala..dia kata dia dah makan cupcake yg ada kat dapur tu..siha x percaya,then dia siap tunjuk kertas cupcake tu yang dah masuk dalam tong sampah..~terharu~..
after that,kak syima pulak merasa kek tu,dia kata "sedap"..waktu majlis perpisahan hari tu kak syima xde,so dia x tahu betapa teruknya rasa kek yg coklat yang siha buat hari tu..kak farihah ngan encik jee siap nak bawak balik kek tu lagi..sesungguhnya saya sangat terharu..~terima kasih atas layanan anda Staf2 MRS~depa memang pandai ambek hati saya!

last day kat sana siha terlampau busy dengan tugasan2 kolej, lepas tu pulak kebetulan portal e-syariah dah kembali pulih,sebelum ni seminggu jugak la tak boleh nak key-in data masuk dalam portal..so,oleh kerana last day dah,siha buat ja la,kalaw x buat takut menyesal pulak di kemudian hari..lepas ni bukan boleh key-in data dah kan..so manfaatkan peluang yang ada.oleh kerana dah lama x buat kerja2 key-in data ni,so ada jugak sedikit kesalahan..(again sorry to en.wazir)

waktu lunch,en wazir belanja makan..yahoo!..lunch beramai2 (padahal 4 orang ja)..siha,salwa,en wazir,& zaqwan (budak praktikal PADK)..habis lunch busy buat kes review pulak..memang x sempat dah,sebab hari khamis kerja sampai pukul 3.30 ja..sebelum balik,siha pi pejabat atas sat, jumpa staff2 PADK (tempat praktikal lama)..depa dok ajak siha praktikal kat atas balik,siap suruh mintak keja kat pejabat tu lagi bila dah habis diploma nanti..melepas rindu kat depa for the last time,lepas ni tak taw la bila pulak boleh jumpa.sedih nya! lepas kat atas, turun bawah pulak..kemas2 barang sambil salam dengan semua staf2..Allah ja yang taw macam mana perasaan siha waktu tu, same thing happened tahun lepas waktu siha praktikal kat pejabat agama..siha sememangnya seorang yang berhati lembut,so agak cepat 'tersentuh' la..dah la siha dah boleh biasakan diri dengan staf2 kat situ ,kamceng lagi tu..so bila nak berpisah harus lah ada 'drama'..depa pesan suruh datang melawat MRS bila2 free nanti..siap  suruh bawak cupcake lagi waktu mai melawat nanti..

apa2 pun,siha sangat2 berterima kasih kepada semua staf2 mahkamah rendah syariah kulim (MRS kulim) sebab sudi menerima siha untuk berpraktikal,and terima kasih jugak sebab memberi layanan n kerjasama yang baik sepanjang tempoh praktikal tu..semoga ukhwah antara kita berkekalan..amin..


sedikit gambar untuk kenang-kenangan (hahahaha)

majlis perpisahan:

~kek dari yana, student KUIM yang praktikal kat MRS jugak,dia masuk seminggu selepas siha masuk~




~kak nor yang sentiasa ceria~



~makan beramai2~



~tuan syeikh (hakim) x nak gambarnya diambil~


~cik wan bersama buah-buahan~ngee


~beliau (ustaz halim) kelihatan muda remaja apabila memegang ais krim ~



~penuh dengan makanan~









sehari sebelum tamat praktikal (rabu)

~ni penyelia saya, beliau sangat peramah, berbudi bahasa,dan baik hati!~


~encik ji yang sangat kelakar orangnya,bila beliau xde,suasana menjadi agak sunyi..tengok dia teringat insiden sampul surat!kah3~





~me 20 years old with kak intan 35 years old..tapi bila diteliti nampak kak intan jauh lebih muda dari siha,ada anak dua orang dah,tapi badan maintain ja..kak intan ni peramah sgt2..~








~with kak farihah,dia ni cantik sangat..and sangat peramah,best bila sembang2 ngan dia.umur kak farihah dah 26,tapi nampak cam umur 18 je.(dengki).~




~this is kak syima,dia ni soft-spoken & ayu  sangat2, nak jadi cam dia,one more thing, kak syima ni walaupon tgh mgndung tapi aktif sgt,bdan pon x naik2..(jeles)!!~


~ encik wazir,dia jenis x suka bergambar (agaknya la),tapi bab2 nak menangkap gambar orang,serah ja kat dia,dia ni yang banyak mengajar siha selama 3 minggu ni, kesian kat dia sebab siha banyak jugak buat salah dalam tugasan2 yang diberikan,terpaksa la dia menyerabutkan kepala dia sebab dapat budak praktikal cam siha,dia ni berperangai cam encik jee jugak,jenis suka buat lawak.semua orang kat situ ingat siha ni takutkan dia ,bukan takut sebenanrnya,tapi menghormati!~



~sayang mereka sangat2~





so sekarang siha dah pon selesai menjalani latihan praktikal, kena la berpisah dengan depa2 ni semua..banyak benda yang siha belajar sepanjang tempoh 3 minggu tu..apa yang siha belajar kat kolej selama ni dapat siha fahami dengan lebih jelas bila buat praktikal kat sini..dulu sebelum masuk praktikal kat sini, siha rasa cam cuak,nervous,takut,gelabah and macam2 lagi la sebab senior siha yang dulu pernah praktikal kat sini ada bagi taw yang MRS kulim ni x sama macam Pejabat agama,kena skema sikit bila buat praktikal kat bawah tu..tu yang siha takut sikit tu, siha ni bukan jenis yang skema2..jenis kanak2 ribena sepanjang masa.

waktu praktikal kat mrs kulim ni jugak siha tetiba terjumpa balik dengan kawan sekolah rendah n sekolah menengah..what a miracle!.. siha jugak dapat kawan baru dari KUIM, yana..dia pon gila2 macam siha..tiap2 hari dia  berulang dari perak ke kedah..wow!


~gambar secara curi2, yana ni pon berperangai mulia macam en.wazir & tuan syeikh jugak,jenis x suka ambek gambaq~


macam2 kenangan siha dapat:

kenangan paling berharga : dapat tengok perbicaraan penuh (macam2 ragam manusia) / dapat tengok pernikahan secara wali hakim.

kenangan paling ngeri : ada beberapa fail yang x dapat didaftarkan (secara online) sampai sekarang disebabkan kesalahan teknikal + kecuaian siha..selain dari tu,siha pernah tersalah call someone ni (sila rujuk gambar di bawah):


~memang malu sangat2~



kenangan paling manis: banyak sangat (tiap2 hari pon ada kenangan manis)..

ok,dah panjang sangat dah rasanya siha membebel dalam entry ni..tu je la kot, sekian terima kasih..hahahaha (perlu ka ada perkataan sekian terima kasih? haha)