terkesima (pengalaman praktikal)

assalamualaikum..

ni nak story something ni,rasa ramai yang dah taw,tapi tetap gak siha nak story kat sini..hehe

ni ada kena mengena dengan praktikal yg siha jalani beberapa minggu yang lalu..

ok,waktu siha dok praktikal ari tu,siha dapat banyak sangat pengalaman..and siha dapat tengok banyak ragam manusia..and yes,semuanya haruslah ada kena mengena dengan kahwin+ cerai kan..dah nama pon praktikal kat mahkamah syariah..antara yang pengalaman yg masih segar kat ingatan siha ialah one day tu ada seseorang ni,dia nak buat permohonan kahwin bawah umur, siha x serve dia kat kaunter but siha yang kena daftarkan kes dia ..waktu nak masukkan no i/c tu rasa cam pelik, "eh,kenapa ic org ni tahun 1999?? dia silap tulis ka?? sekali bila disemak2 baru perasan dia ni buat permohonan untuk kawen bawah umur..terkejut la jugak sebab umur dia baru 13,bertambah terkejut bila umur pasangan dia baru mencecah 19.memang rasa aneh la waktu tu..staf kat situ ada gak story yg dia ni dah x sekolah..ok,x kisah la kan,dah tu kehendak dia,cuma siha risau la jugak,sebab dalam kepala otak siha dok bayang cam na la seorang perempuan yang berusia 13 tahun boley jadi isteri orang..macam2 persoalan yang timbul dalam kepala otak siha..huhu..balik dari opis terus pi cerita kat my sis n my mom..pakat2 terkejut habis la..

and today,siha dok tengok story pasal depa (fazira saad & mohd fahmi ) dah 'popular' di blog2..actually siha sendiri x berapa perasan muka si fazira ni,nama dia pon siha x ingat,tapi berdasarkan daripada fakta2 yang dikemukakan,siha rasa siha x salah orang dah..ngee..lagipon rasanya fazira tu ja satu2 nya yang mai buat permohonan kahwin bawah umur sepanjang siha praktikal kat situ..apa2 pon,congratz to both of them..mungkin usia depa x berapa matang,tapi harap2 depa matang la dalam menjalani kehidupan depa sebagai suami isteri..





rasa macam teruja  la jugak sebab dapat pengalaman macam ni,siha pernah praktikal dua kali,dua-dua kali praktikal pon ada pengalaman .. waktu my first practikal dulu (kat pejabat agama) ada jugak kes yg jadi pemes+ masuk paper + dok kat frontpage (kes suami seterika bini dia sebab curang), and waktu praktikal kat mahkamah rendah syariah kulim,kes pasal kawen muda ni pulak masuk paper..

terima hakikat perpisahan (mahkamah rendah syariah kulim)

assalamualaikum..

ok,on thursday 8/11/2012, merupakan hari last siha jadi practical student kat mahkamah rendah syariah kulim..perasaan sedih menyelubungi hati.farewell party dibuat beberapa hari lebih awal iaitu pada hari selasa sebab hari khamis ramai yang xde kat office..

sesapa yang ada dalam friendlist FB siha mesti ada ternampak kelibat status ni kan:




hahaha,status  tu wujud di fb bukan sebab siha nak kata yg staff2 kat sana x menghargai kek yg siha buat ok,respond depa kat kek tu xdak la teruk pon,siha ja yang buat andaian bukan2..siha malu dengan hasil kek tu sebenarnya,in case x nak terus malu,siha gi buang terus kek tu,siha malu sangat2..then keesokkan harinya ada staf  pejabat dok tnya kenapa siha tulis status macam tu?depa kata kek  tu okey ja & siha x patut buang kek tu..nak buat macam mana kan??dah rasa malu sangat terus la siha buang kek tu,so last day kat sana siha buat kek lagi..but this time buat kek oren (mini cupcake)..kek yang x jadi hari tu kek coklat with almond.kali ni kemain lagi depa puji kek siha..en wazir (one of the MRS staff) awal2 lagi dah memuji xtentu hala..dia kata dia dah makan cupcake yg ada kat dapur tu..siha x percaya,then dia siap tunjuk kertas cupcake tu yang dah masuk dalam tong sampah..~terharu~..
after that,kak syima pulak merasa kek tu,dia kata "sedap"..waktu majlis perpisahan hari tu kak syima xde,so dia x tahu betapa teruknya rasa kek yg coklat yang siha buat hari tu..kak farihah ngan encik jee siap nak bawak balik kek tu lagi..sesungguhnya saya sangat terharu..~terima kasih atas layanan anda Staf2 MRS~depa memang pandai ambek hati saya!

last day kat sana siha terlampau busy dengan tugasan2 kolej, lepas tu pulak kebetulan portal e-syariah dah kembali pulih,sebelum ni seminggu jugak la tak boleh nak key-in data masuk dalam portal..so,oleh kerana last day dah,siha buat ja la,kalaw x buat takut menyesal pulak di kemudian hari..lepas ni bukan boleh key-in data dah kan..so manfaatkan peluang yang ada.oleh kerana dah lama x buat kerja2 key-in data ni,so ada jugak sedikit kesalahan..(again sorry to en.wazir)

waktu lunch,en wazir belanja makan..yahoo!..lunch beramai2 (padahal 4 orang ja)..siha,salwa,en wazir,& zaqwan (budak praktikal PADK)..habis lunch busy buat kes review pulak..memang x sempat dah,sebab hari khamis kerja sampai pukul 3.30 ja..sebelum balik,siha pi pejabat atas sat, jumpa staff2 PADK (tempat praktikal lama)..depa dok ajak siha praktikal kat atas balik,siap suruh mintak keja kat pejabat tu lagi bila dah habis diploma nanti..melepas rindu kat depa for the last time,lepas ni tak taw la bila pulak boleh jumpa.sedih nya! lepas kat atas, turun bawah pulak..kemas2 barang sambil salam dengan semua staf2..Allah ja yang taw macam mana perasaan siha waktu tu, same thing happened tahun lepas waktu siha praktikal kat pejabat agama..siha sememangnya seorang yang berhati lembut,so agak cepat 'tersentuh' la..dah la siha dah boleh biasakan diri dengan staf2 kat situ ,kamceng lagi tu..so bila nak berpisah harus lah ada 'drama'..depa pesan suruh datang melawat MRS bila2 free nanti..siap  suruh bawak cupcake lagi waktu mai melawat nanti..

apa2 pun,siha sangat2 berterima kasih kepada semua staf2 mahkamah rendah syariah kulim (MRS kulim) sebab sudi menerima siha untuk berpraktikal,and terima kasih jugak sebab memberi layanan n kerjasama yang baik sepanjang tempoh praktikal tu..semoga ukhwah antara kita berkekalan..amin..


sedikit gambar untuk kenang-kenangan (hahahaha)

majlis perpisahan:

~kek dari yana, student KUIM yang praktikal kat MRS jugak,dia masuk seminggu selepas siha masuk~




~kak nor yang sentiasa ceria~



~makan beramai2~



~tuan syeikh (hakim) x nak gambarnya diambil~


~cik wan bersama buah-buahan~ngee


~beliau (ustaz halim) kelihatan muda remaja apabila memegang ais krim ~



~penuh dengan makanan~









sehari sebelum tamat praktikal (rabu)

~ni penyelia saya, beliau sangat peramah, berbudi bahasa,dan baik hati!~


~encik ji yang sangat kelakar orangnya,bila beliau xde,suasana menjadi agak sunyi..tengok dia teringat insiden sampul surat!kah3~





~me 20 years old with kak intan 35 years old..tapi bila diteliti nampak kak intan jauh lebih muda dari siha,ada anak dua orang dah,tapi badan maintain ja..kak intan ni peramah sgt2..~








~with kak farihah,dia ni cantik sangat..and sangat peramah,best bila sembang2 ngan dia.umur kak farihah dah 26,tapi nampak cam umur 18 je.(dengki).~




~this is kak syima,dia ni soft-spoken & ayu  sangat2, nak jadi cam dia,one more thing, kak syima ni walaupon tgh mgndung tapi aktif sgt,bdan pon x naik2..(jeles)!!~


~ encik wazir,dia jenis x suka bergambar (agaknya la),tapi bab2 nak menangkap gambar orang,serah ja kat dia,dia ni yang banyak mengajar siha selama 3 minggu ni, kesian kat dia sebab siha banyak jugak buat salah dalam tugasan2 yang diberikan,terpaksa la dia menyerabutkan kepala dia sebab dapat budak praktikal cam siha,dia ni berperangai cam encik jee jugak,jenis suka buat lawak.semua orang kat situ ingat siha ni takutkan dia ,bukan takut sebenanrnya,tapi menghormati!~



~sayang mereka sangat2~





so sekarang siha dah pon selesai menjalani latihan praktikal, kena la berpisah dengan depa2 ni semua..banyak benda yang siha belajar sepanjang tempoh 3 minggu tu..apa yang siha belajar kat kolej selama ni dapat siha fahami dengan lebih jelas bila buat praktikal kat sini..dulu sebelum masuk praktikal kat sini, siha rasa cam cuak,nervous,takut,gelabah and macam2 lagi la sebab senior siha yang dulu pernah praktikal kat sini ada bagi taw yang MRS kulim ni x sama macam Pejabat agama,kena skema sikit bila buat praktikal kat bawah tu..tu yang siha takut sikit tu, siha ni bukan jenis yang skema2..jenis kanak2 ribena sepanjang masa.

waktu praktikal kat mrs kulim ni jugak siha tetiba terjumpa balik dengan kawan sekolah rendah n sekolah menengah..what a miracle!.. siha jugak dapat kawan baru dari KUIM, yana..dia pon gila2 macam siha..tiap2 hari dia  berulang dari perak ke kedah..wow!


~gambar secara curi2, yana ni pon berperangai mulia macam en.wazir & tuan syeikh jugak,jenis x suka ambek gambaq~


macam2 kenangan siha dapat:

kenangan paling berharga : dapat tengok perbicaraan penuh (macam2 ragam manusia) / dapat tengok pernikahan secara wali hakim.

kenangan paling ngeri : ada beberapa fail yang x dapat didaftarkan (secara online) sampai sekarang disebabkan kesalahan teknikal + kecuaian siha..selain dari tu,siha pernah tersalah call someone ni (sila rujuk gambar di bawah):


~memang malu sangat2~



kenangan paling manis: banyak sangat (tiap2 hari pon ada kenangan manis)..

ok,dah panjang sangat dah rasanya siha membebel dalam entry ni..tu je la kot, sekian terima kasih..hahahaha (perlu ka ada perkataan sekian terima kasih? haha)










it get even better (at mahkamah syariah kulim)

assalamualaikum..

entry lepas story pasal praktikal yg siha harus lalui..so entry ni adalah rentetan dari entry yang lepas..ngee..

praktikal yg ditempohi telah berjalan dengan baik..and siha cuba untuk membiasakan diri degan kerja2 kat pejabat tuh..so far OK..tapi ada certain2 kerja yang siha still keliru ngan prosedure dia..



lupa nak habaq,MRS kulim ada 11 kakitangan..

1-tuan syeikh ahmad sukri che din = dia sangat mengagumkan,orang berilmu mmng sentiasa menarik perhatian siha.hehehe.sepanjang dok tengok trial,siha suka tengok part dia nak buat keputusan untuk sesebuah kes..nampak dia betul2 seorang yg berilmu..lagi satu,dia ni sangat humble orangnya..and the best part,dia ni suka gak wat lawak and perwatakan dia macam one of my ustaz kat sekolah MMKL..tuan syeikh ni adalah orang yang sentiasa kagum ngan 'pencil case' siha..dia tnya berapa kilo berat my pencil case tu...hahaha

2- cik wan: beliau ialah pegawai sulh kat mrs kulim..sangat friendly orangnya..walaupon sebenarnya dah ada tittle puan,namun semua staff panggil dia 'cik'..other than that,dia jugak seorang yg cute dan knowledgeable..dia pon macam tuan syeikh,very down to earth..ngee

3-ustaz halim: ustaz halim ni ialah penyelia praktikal siha..dia suka senyum n suka membantu kami..sangat cool la ustaz halim ni..

4-kak intan: ni staff yg paling cute kat MRS kulim..kak intan ni dah ada anak dah,tapi kalau sapa yg baru kenal dia mesti ingat dia seorang remaja berusia 20-an..siha sememangnya sangat suka tengok orang yg berperangai comel..kak intan ni jugak seorang yg sangat ramah sebenarnya..muka dia plak sentiasa happy,x pernah la tengok dia buat muka masam..one of her habit is,dia suka ketawa kat siha..hahaha..bila dia ketawa,haruslah siha ikut ketawa..hahaha

5-encik wazir: first time tengok dia dah gerun,ingat garang,rupa2nya dia terlebih ramah,suka buat lawak,and suka sakat orang..dia antara orang yg banyak beri tunjuk ajar kat siha sepanjang siha praktikal kat situ..and part paling best ialah bila siha wat sesuatu kesalahan,dia x kan marah dan cool2 saja..encik wazir is the only staff yg siha panggil 'encik'..agak kelakar disitu, konon nak ber'formal la sangat..he even said that i am the only one who call him "encik".siha bukan lah nak ber'skema' sangat sebenarnya tapi waktu siha praktikal kat PADK hari tu,ada sorang staff bernama ENCIK NAZIR,which mean their names are a bit similiar,that why i call him encik jugak..plus,itu tanda siha sangat menghoramti beliau,tetap gak dia suruh siha panggil dia "abang"..i try to make it..but sehingga entry ini ditulis (30/10/2012) siha masih belum berjaya panggil dia dengan gelaran tersebut..

6-kak syimah: ni staff yang paling ayu dan lemah lembut..dia ni sama gak cam encik wazir,sentiasa membantu siha dalam melakukan tugasan..sabar ja dia layan perangai siha yang pelik2 ni..best thing about her is,dia sangat aktif walaupon dia tengah pregnant..dia jugak sangat friendly and kadang2 dia jugak suka berperangai comel..suka2..

7-kak farihah: kak farihah ni waktu siha mula2 kenal dia siha ingat dia ni jenis x banyak cakap n pemalu..rupa2nya dia sangat ramah orangnya,..dia pon sama cam encik wazir,n kak syimah,membantu siha dalam membuat tugasan2 yang diberikan. kak farihah ni cantik woo,pandai bergaya pulak ,kalaw dia xdak kat pejabat rasa cam sunyi ja..ari tu,dia x masuk pejabat 2 hari,rasa cam lain la bila dia xdak..

8-kak nor:kak nor ialah orang yg sangat (100x) ramah...best la sembang ngan dia..siha x banyak urusan dengan kak nor sebab kak nor ni duduk kat bahagian pentadbiran/kewangan....hehe..tapi selalu gak sembang dengan dia.. tengok muka dia pon dah boley taw yang dia ni sgt friendly and happy-go-lucky orangnya,,

9-kak ina: ni encik wazir kata satu pattern ngan siha..hari first siha lapor diri dia xdak ,cuti kot..orang2 pejabat semua dok usik2 kami  kata yang kak ina ni garang la,cengey tahap dewa la ,suka jegil2 mata la..padahal kak inah tu x macam tu pon..hehe..


10-abang Pa : ~no comment~

11-abang ji: yang ni adalah orang pertama yang siha jmpa waktu lapor diri..ingat dia ni tak banyak cakap ,namun beliau sebaliknya..suka buat lawak n ramah..kira dia ni xdak la sombong pon,mula2 tu ingat dia ni garang..hahaha..dia ni spesis dengan encik wazir,suka meriuhkan suasana dengan cerita2 dia,mimik muka dia yang bersahaja membuatkan kami ketawa..




wow,panjang lebar siha tulis pasal depa ni..siha susun bukan ikut yang mana yang paling siha suka but ikut susunan carta organisasi..siha suka depa semua!.depa semua ni jenis x belagak..seriously!..masing2 ada character "friendly" dalam diri mereka..

dah seminggu  siha praktikal kat situ,siha dah makin faham tetang prosedure2 mahkamah..dulu waktu kat kolej,siha agak sukar nak faham,tapi bila dah wat praktikal,apa yg sir farok ( nama pnsyarah) ajar makin jelas dan nyata..satu kesinambungan la ceritanya..

selain dari itu,praktikal kat sini sangat best sebab kawan sekolah rendah+ sekolah menengah dok praktikal kat situ jugak,cuma depa kat tngkat atas.tapi x masalah sangat la sebab depa dua tu suka gak turun ke bawah..

sepanjang dok kat sini,siha  tersangat la suka membelek fail2 kes,macam2 perangai manusia yang kita boley tengok..jenis x masuk akal pon ada..haish..apa2 pon,tempoh praktikal siha tinggai 2 mnggu ja lagi,harap2 siha boley menimba lebih banyak ilmu..ngee
\



~ni kerja abadi siha kat MRS kulim,susun paper clip~
~tangan siha memang selalu jadi mangsa ink~




~tempat praktikal lama~!



~rehat x tentu pasai~




~tarikh2~



~PADK di tingkat atas,selalu ramai yang confuse ingat MRS ialah pejabat agama,~



~ha, ni meja en.wazir..siha buat cam meja sndiri plak./dok menggedik kat meja staff,budak praktikal haruslah merempat kan!~



~kak farihah n yana..oopps,lupa nak habaq,siha ada kawan baru,yana tu bdk praktikal dari KUIM~




~kak syimah yg x nampak muka~



~carta ~





~sorry for some words yang berbunyi agak skema~


Aidiladha

assalamualaikum

entry ni adalah berkenaan aidiladha yg telah siha sambut kemarin..hehe

a day before aidiladha, siha still kena pi praktikal..i didn't mind at all,sebab hati tengah seronok berpraktikal..namun bila dah balik dari pejabat, i was "eh,esok raya ke??is this for real?"..mungkin sebab x dak suasana raya kot..hehe..yang paling best,siha rasa cam siha x banyak membantu dalam kerja2 dapur..just kupas halia ja rasanya..bukan malas,tapi siha mengantuk sangat..tiap2 hari tido 4 jam ja,lagipon kat rumah siha dah ada 'chef' (my sis)..so biar dia saja yang uruskan..seingat siha dalam pukul 11.30 p.m siha dah tido..

keesokan harinya  lepas solat subuh terus siha  kemas rumah dan membantu mak melakukan kerja masak memasak..poor my mom,dipagi raya sakit menyerang pulak..x dapat la dia beraya dengan hati yang riang..lepas melakukan kerja2 yang ditugaskan,tibalah masanya untuk mandi..tujuan asal mandi awal sebab nak pi solat raya,but my sis spoiled my plan..dia x nak ikut pulak,so sapa pulak nak meneman siha kalau dia x pi..maka nya solat raya di rumah saja..abang,mak cik,pak cik,jiran tetangga semua kata "la,awat hang x pi semayang raya?Nabi soh semua pmpuan kluaq pi smayang raya taw dak?" ..ok,saya salah!

habis solat raya,rumah siha x lekang dari dikunjung oleh tetamu..dalam pukul 3 lebih,siha decide nak gi raya rumah kawan siha..ni first time siha gi raya rumah kawan siha on the first day raya..rumah dia meriah ngan orang ramai..siha dah la gi sorang2,haruslah segan jadinya.

petang raya,rumah siha diserbu oleh kawan2 adek siha pulak..riuh jadinya..kawan2 dia sangat friendly..

kesimpulannya ,raya tahun ni OK2 ja..cuma x best sikit sebab mak siha x berapa sihat..huhu







~GAMBAR AIDILADHA~
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-























ok,gambar pon bnyak muka siha ja..yg lain x excited nak tngkp gambo..huhu




praktikal at mahkamah rendah syariah kulim

assalamualaikum..

satu tahun yang lalu,siha pernah menjalani praktikal (part 1) kat pejabat agama kulim..sekarang tiba masanya untuk praktikal kali kedua at mahkamah syariah kulim..yang bestnya tempat praktikal kedua ni satu building ngan tempat praktikal lama..dapat la den mengubat rindu kat staff2 pejabat agama..

kalau praktikal pertama siha just berpraktikal sorang2,untuk praktikal kali kedua siha berpraktikal ngan kawan siha..ada geng la ceritanya..

hari first semua berjalan dengan lancar ..staf mahkamah pon semua ramah2 belaka..tuan hakim pulak sangat baik..setahu siha hakim selalunya straight..but this time hakim sangat cool..baik orangnya, beliau sgt x sombong..ngee

cuma yg x bestnya praktikal kat mahkamah adalah ianya agak 'memeningkan' berbanding kat pejabat agama. so, pening +stress  la jadinya..

hari first kat sana siha mintak nak tengok perbicaraan mahkamah yg real..alhamdulillah,depa benarkan..agak taajub tengok perbicaraan,x sama cam mock trial sangat..pastu tengah hari pulak dapat tengok satu sebutan kes..kes ni dari 2010 lagi (if not mistaken)..pihak plaintif n defendan ada masalah saksi pulak kali ni & ada sedikit masalah lain (x ingat masalah apa),so kes ditangguh,si plaintif (isteri) ni keluar je dari dewan bicara terus menangis..siha buat x taw ja,dalam 10 minit kemudia dok dengar kelam kabut kat luar,staff2 bagitaw yang si plaintif kena pukul/tampar dengan defendan (suami)..sampai pengsan si plaintif..kecoh la jadinya..perkarangan mahkamah tetiba jadi riuh sat.for me,.this does not make sense! kat mahkamah pon boley buat perangai ke?..ish3..biasa la,dalam keadaan marah,sapa2 pon boley hilang pertimbangan kan?haha

hari ni (isnin) dapat pulak tengok pernikahan secara wali hakim..oh,that so awesome..siha & kawan siha dapat dok depan sekali (dekat ngan area saksi,hakim,&pengantin) ..kami dengar khutbah nikah yg mnyentuh qalbu (poyo nya kaw siha!)..si wali hakim ni agak teliti orangnya..so majlis agak lama..sebelum menikahkan pasangan tu,hakim suruh si pengantin lelaki try lafazkan akad nikah yg dia dok pulun hafal selama ni.lafaz yg dilafazkan ok ja pada mulanya. hakim tetiba suruh pengantin tukar lafaz dari (aku terima nikahnya ~nama pengantin prmpuan~ dengan mas kahwinnya rm1100 tunai) kepada (aku TERIMALAH nikahnya BAGI DIRIKU ~nama pengantin perempuan~ dengan mas kahwinnya rm100 tunai).oleh kerana lafaz telah diubah,maka si lelaki agak gagap la..actually siha pon boley gagap kalaw gitu jadi nya..maklumla si lelaki tu dok ngafal lafaz yg dia reka dah lama,so tetiba kena ubah pulak..ngee..akhirnya dia selamat dinikahkan dengan dua kali lafaz..hakim tukar lafaz tu dek kerana lafaz  yg diolah adalah lebih molek katanya..

ok,sekarang siha harap segala urusan praktikal siha dipermudahkan..amin..









final exam!

assalamualaikum..

hari ni the last day in september which mean tomorrow october will 'appear'..oh,nak sebut perkataan october pon dah rasa gelabah..haha..mana x nyer,start tomorrow untill 19th oct 2012 siha and the other students kat kolej ni akan menghadapi final exam..

siha akan buat sebaik mungkin..itu janji siha.hope everything will be ok..sekarang tengah tension sebab waktu tidur siha dah x betul,everyday( since seminggu yg lalu) siha akan tidur lepas subuh,waktu malam memang susah sangat nak tido..final exam dah dekat,and most of my subejct exam nye waktu pagi..agak membimbangkan la..huhu..so sekarang siha try normal kan balik waktu tido..

kepada pembaca2 blog yang dikasihi ,sila la doakan siha yer..


al kisahnya :saya tak pandai menjahit

assalamualaikum..

hampa nak taw dak,beberapa hari yang lalu,telah berlaku satu kejadian yang agak memalukan..kejadian tersebut berlaku pada satu petang yang tenang..waktu tu siha dalam moot court,ada presentation undang2..waktu presentation,kena pakai kot n baju hitam putih..habis presentation,siha tetiba terperasan yg butang kot tu tetiba lain macam,dia macam nak tertanggal..makanya petang yg tadinya tenang bertukar jadi gabra..maw x gabra,kot tu bukan siha yg punya..siha pulak dah janji habis je presentation siha akan terus memulangkan kot tersebut..jadi keluar je dari moot court terus siha pecut 20km/j guna sepasang kaki yang dikurniakan ilahi ni..pecut nak ke kedai jahit..tapi malang x berbau,kedai tu tetiba tutup pulak..tengok je kedai tu tutup,my heart skipped a few beats (ayat kiasan yg digunakan oley cendekiawan seperti saya)..
siha panik sebenarnya bila kedai jahit tersebut tutup disaat cemas sebegitu..siha TAK RETI MENJAHIT LANGSUNG...the tailor was my only hope at that time..meroyan la siha selepas itu..one of my classmate perasan yg siha pelik semacam , makanya siha pon menceritakan la perkara sebenar..dia senyum dan berkata: "malam ni datang bilik kite,bnda senang je ni"....
owh,lega gila bila dia cakap cam tu..
malam tu,habis maghrib ja,terus siha ke bilik dia.x sampai 5 minit,segalanya dah settle..malu gak bila jadi cam ni..tapi apa boley buat,ini kan TAQDIR ALLAH (bak kata ustaz fiqh muamalat siha)..kalau kat rumah,siha suruh adik siha je yg tolong jahitkan..huhu..tak pa,lepas ni teringin nak belajaq menjahit...lepas tu nak bukak butik (ni cita2 dari zaman sekolah lagi)..


raya 2012

assalamualaikum..

raya tahun ni lebeih kurg cam tahun lps la..cuma raya tahun ni agak meletihkan la..sehari sebelum raya dah kelam kabut..sampai letih sgt2 dah..basuh ayam 5 ekor, bersihkan daging 5 kg..kupas bawang merah/putih,halia bnyk gila (x terkira bnyknya)..pastu pi hantar santan kat umah mak cik (kawan mak siha)..waktu pi hantar santan tu boley pulak tersalah rumah..malu oiii..pastu balik rumah masak untuk bbuka plak..oleh kerana hati mmberontak nak mkn murtabak,jadi siha ke bazaar jugak, tu kira kali ptama and terakhir la gi bazaar tahun ni..pi pon dah kol 7,sebab sibuk sgt kat rumah..

malam raya pulak keluar cari kasut,beli tikat getah,and brng2 yg terlupa nak beli..tido dekat pukul 3 lebih..pukul 8 baru bgun ..*tido x sedar diri*

raya tahun ni my adik yg dok sebelah rumah tu xda..dia x penah sambut raya tempat lain,tetiba tahun ni terlepas pi alor setaq plak..jadi kesunyian la siha tahun ni..

ok,ni gambar raya saya tahun ni,,

~i love these cats~kucing2 ni OKU taw,sekor bisu,sekor lagi pekak..



~with our lovely mak cik jah~



~twin or not??ramai yg keliru mana satu siha,mana satu hewon~






~bersama sepupu di petang raya~



~maghrib dah~


~tetamu yg ramah gila~



~at pagi raya~


presenting,kuih raya 2012..


~dia curi lollypop miss lolly..~


~gamba gedik~



~balik kg~

~pakai baju cam boria penang lps 10 tahun tidak berbuat sedemikian~


~bebudak nakal~

raya tahun ni meriah dgn tetamu..yg paling best,duit raya pon dah berlipat kali ganda..ingat bila dah mencecah 20 tahun ni dah xley dapat duit raya..haha..raya kedua dok relax2 kat umah..raya ketiga sampai la ari ni (raya kelima) agak busy beraya..letih woo..