met fatimah syarha , diana amir and ustzah asni..

assalamualaikum..

lama plak x hapdet blog yer..ok,oley kerana lama x update jadi siha ada beberapa cerita yang ingin dicerita kan secara ringkas..hihihi..pertama sekali, siha dah masuk kolej sejak 3 minggu yang lalu..then cerita kedua nya siha dah stay kat bilik n rumah yang lain dari semester2 sebelumnya..sebelom ni ditingkat 6, n now ditingkat 8...n hari tu dah buat permohonan untuk tukar bilik ke apartment B..(sekarang siha di apartment A yang mahal nak mampos)..and permohonan siha diluluskan..cerita ketiga, siha tengah x happy semenjak beberapa hari yang lalu.,.hahahaha..~itu sajaa~

sekarang berbalik ke topik yang asal,hari khamis yang lalu,siha berpeluang berjumpa dengan novelis yang sangat siha kagumi..siha x penah minat novelis lain selain beliau..beliau yang dimaksudkan ialah fatimah syarha bt noordin..best sangat dapat jumpa dia..waktu siha di semester 2 siha hampir2 je berjumpa dengan dia dalam satu slot forum cinta tapi tetiba dia x dapat datang, and alhamdulillah siha berjaya jumpa dia kali ni..forum ni berlangsung pada hari khamis yang lalu, mula2 tu terdetik dalam hati " ish,mesti x dapat jumpa fatimah syarha jugak kali ni sebab ada kuliah waktu tu"..tapi kuasa Allah kita x boleh duga kan,hehee,ustaz siha tetiba batalkan kuliah,jadi dapatlah siha hadirkan diri ke sana..

waktu mula2 VIP masuk, siha antara manusia yang paling teruja la..dah lama mengidam nak jumpa dia..and akhirnya Allah bagi kesempatan ni untuk siha berjumpa dengan dia..beliau sememangnya sangat2 ayu, dan cantik..muka pon suci sangat dan murah dengan senyuman...hehehe..








antara nasihat kak ha kat para hadirin ialah:

Rasulullah ketika jatuh cinta kepada seseorang,baginda akan menjauhi perempuan tersebut  dan mendekati wali perempuan tersebut
faham x dengan ayat kat atas tu??klw x faham sila buat2 faham je la yer..hehehe


then kemarin siha berpeluag pulak berjumpa dengan ustazah asni dan diana amir..ustzah asni ni seorang penceramah terkenal tanah air, while diana amir pulak seorang pelakon yang baru je buat penghijrahan..

waktu jumpa dua2 insan ni,siha teruja la jugak ..diana amir ni cantik sangat, dan dia memang sangat2 baik dan peramah..ustzah asni pulak asyik2 buat lawak je..best slot dengan diorang ni..

antara kata2 diana  amir yang siha suka :

saya sangat2 menyesal berlakon di dalam filem AKU MASIH DARA..

antara sebab lain saya bertudung dan berhijrah adalah kerana saya tidak mahu ayah saya menanggung dosa2 saya 

waktu slot dengan diana amir siha banyak kali gak rasa sebak..rasa best sangat dengar cerita n pengalaman dia ni..semoga dia istiqamah dengan penghijrahan yang dilakukan ni..

ustazah asni pulak banyak memberi motivasi dalam slot dia..best sangat..pandai jugak ustazah ni buat lawak..:

saya ni sebenarnya dah tua,semalam anak saya baru je habis konvo..tapi konvo tadika je la...

ustzah asni datang semalam bersama2 dgn anak2 n mak dia,diana amir plak datang dengan adik angkat n P.A dia..hehehe..







aidiladha 1432 H

assalamualaikum

bosan2 ni,rasa nak wat entry pasal aidiladha la plak..this year,siha rasa aidiladha agak hambar..x meriah sama sekali..huhu..


hari ni jaga2 waktu subuh je,hujan suda pon turun..hujan rahmat tu..but bagi pemalas cam siha ni,adalah lebih baik tido berbanding menolong di dapur..mwahaha..bangun kol 8 kot..x penah dalam sejarah hidup siha bangun pukul 8 pagi di hari raya..plan nak pi solat raya,tapi x jadi sebab masjid padang serai ni kol 8 .30 orang dah solat..so,bila dah bangun kol 8 tu,kirim salam je la kan..bangun2 je,kena tolong menolong amalan mulia di dapur..pastu baru mandi..menu di pagi raya kali ini ialah nasi lemak..pelik sikit, semua idea tidak bernas ini   adalah dari saya sendiri..





raya kali ni hujan lebat..non stop plak tu..

~gambar menunjukkan model tengah menolak air yang bertakung di halaman rumah ..~


then petang tadi plak pi rumah my friend, salwa..first time pi merewang kat umah kenduri ni..esok kenduri,so hari ni kena la rajinkan diri untuk menolong..best2..

so secara kesimpulannya,walaupon raya ni kurang meriah,but it still raya..hahaha..


footnote : nak packing barang ,besok maw balik kolej..semester 4 akan bermula..

selamat hari raya aidiladha.

malam td nonton tV. berjuta - juta  umat Islam sedang wukuf di Arafah. dengan laungan "“Labbaik Allah humma labbaik”", touching sungguh. soalan yg biasa bermain2 dipikiran, "bilalah aku dpt ke sana? insyaAllah ;)"



ok siha di sini ingin mengucapkan selamat hari raya aidiladha kepada semua umat Islam. terutama geng-geng pembaca blog saya ini. kepada yg balik kampung, hati-hati dijalanraya, yg x balik kampung  pun kena hati-hati gak la, jgn makan daging sampai pening ye ;p

"Sebaik-baik korban adalah korban seorang hamba terhadap penciptanya yang menganugerahkan pelbagai nikmat terhadapnya.,salam aidiladha Taqabbalallahu minna wa minkum. Kullu ‘am wa antum bikhair..



aidiladha 1431 H..tahun lps punya pic..





puasa arafah: kelebihan yang tidak diketahui ramai



esok hari sabtu bersamaan dengan 09hb zulhijjah 1432 H..anda2 yang ada peluang tu jang lupa untuk berpuasa sunat ek..banyak pahalanya..

Hadith dariAbi Qatadah r.a., Rasullullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya." (HR Muslim & al-Turmuzi).


jadi,bagi anda2 yang ada peluang,jangan la sia2 kan ek..

sushi..yerkkk!!

assalamualaikum..

beberapa hari yang lepas, siha dgn yana (my frenz) telah keluar bersiar2 ke kulim..tujuan utama adalah untuk membayar broadband beliau, so dia ajak siha untuk teman dia la..

lokasi pembayaran bertempat di landmark kulim..sampai2 dalam pukul 3 klw x silap, then kami mmbuat kputusan untk berjmpa dengan salah seorang kawan sekolah kami dulu..dia keje kat situ..wat part time sementara nak sambung blaja..bila ditanya keja kat kedai mana, dijawabnya keja kat kedai makan, patut la uniform dia dah macam ala2 chef..pastu tanya dia lagi dia keja kat kedai makan mana??dia jawab, sushi king..dia ada bagi kad kat kami,katanya pemegang kad tu akan dapat harga sushi yang lebeh rendah drpd biasa,iaitu sepinggan Rm 2...mula2 kami berdua x nak,jual mahal la sikit, tapi akhirnya oleh kerana ada perasaan ingin merasa sesuatu yang berbeza,maka kami pon masuk la jugak ke kedai tu..rasa cam sesuatu yang agak gila sebab siha x makan ikan but i was " eh,lantak la, laksa boley plak aku makan kan,mana la nak taw klw2 sushi ni sedap"..

konsep kedai sushi ni adalah anda kena tarik je pinggan2 yg berlegar di hadapan anda tu..siha ngan yana plak x tawu apa yang sedap jadi kami tarik yang mana nampak cantik di mata je la..lebey kurang 4 pinggan gak la kami rembat..

first sekali siha try benda ni:

kalw x silap, yg tu ikan salmon yg digoreng bersama2 dengan tepung..first time waktu benda ni masuk mulut,siha boley telan lagi sebab rasa cam sedap la plak..but kali kedua masuk mulut, siha rasa nak muntah, tapi x kan la nak muntah depan org plak kan,jadi siha telan benda tu bersama2 dengan air..lebey kurang cam makan ubat la..then siha suruh yana yang habiskan..nak taw x,siha TERambil benda ni dua pinggan , siha x perasan yang ia adalah bnda yang sama..huhuhu


 pastu rasa plak sushi ni,x tawu la nama dia apa,but kat tengah2 dia ada ketam..waktu mula2 nak makan benda ni,siha agak risaw..but siha kuatkan hati untuk menyumbat benda ni masuk mulut..siha terus amek seketul benda ni n masukkan ke dalam mulut menggunakan chop stick..x sempat nak mengunyah,dah rasa nak muntah hijau ..memang x ley blah ar..muka si yana berubah bila makan benda ni..cam tahan loya gitu..hahahaha..asalnya benda ni ada 4 ketul,so baki yang dua ketul lagi tu kami robek2 n amek isi ketam tu ja..memang loq laq la..



the last one ,siha ngan yana makan tuna mayo..yang ni sedap sikit berbanding sushi diatas..siha just mkn isi dia aja,yang benda hitam tu siha x makan..geli rasanya..

then kat depan kami ada satu bekas,buka je bekas tu nampak something yg bwrna hijau,siha dapat agak yg tu adalah wasabi..jadi terus la siha nak rasa,bila masuk je wasabi dalam mulut,siha rasa cam nak pitam pon ada, seolah2 siha tengah makan mercun ..huhu..rasa dia sgt pelik..huhuhu...


ni rupa wasabi tu..nampak nice,tapi rasa dia dia x sedap la..




bagi siha, sushi ni memang x ley ngam dengan tekak siha,tapi lain orang lain citarasanya kan..maybe orang lain boley,tapi siha memang x!!..hahahah


~muka yana yang melambangkan beliau sedang menahan kesengsaraan sewaktu merasa benda pelik ni~

tahniah..

assalamualaikum..

ni entry serba ringkas je..entry ni ditujukan khas untuk pink velvet..

actually nak ucap 'TAHNIAH'...dah jadi tunang orang pon sekarang ni..moga  ikatan yg terjalin tu mengakrab kan lagi hubungan antara dua pihak..

~aku tumpang bahagia jugak~


~beliau memang chantek~