persediaan menghadapi ramadhan

assalamualaikum..

1 hari je lagi sebelum ramadhan..so harap2 semua dah bersedia nak masuk dalam bulan pesta ibadah ni..hehe.



so, siha nak gariskan beberapa persediaan  diri menjelangnya ramadhan ni untuk persediaan kita bersama:

1-persediaan ilmu
 apa pon yang kita nak buat,kita mesti kena ada ilmu..bak kata pepatah arab, 'ilmu itu kepala kepada amal'.make sure diri kita dipersiapkan dengan ilmu taw.. kenalpasti segala hukum hakam mengenai puasa,and cuba rajinkan diri dengar tazkirah2 ramadhan..kat youtube ada banyak ceramah2 yang best.ngee.

2-persediaan hati
ramadhan ni istimewa sangat2,cuma hati kita yang boleh rasa nikmatnya,sama ada kita suka atau pon x suka suka,kalau suka,alhamdulillah, kalaw x suka,berdoalah kepada Allah,minta 'hati' yang baru.so,this ramadhan,marilah sama2 kita mempersiapkan hati,hati yang betul-betul ingin dekat dengan ilahi.

3-persediaan jasmani
 persediaan jasmani pon penting,bg yang ada penyakit gastrik tu,bersiap sedia la dengan ubat2,ni siha ada tip untuk yang gastrik,waktu sahur minum la susu,jangan malas bangun sahur taw.ramadhan ni umpama bulan latih tubi jugak,kita kena la persiapkan diri kita sebaiknya.selain pada tu,kena la berlatih jaga anggota badan kita,mulut la terutamanya,ramai yang boleh berpuasa dari makan dan minum,tapi x boleh berpuasa dari mengumpat,dan mengata orang..rugi je berpuasa kalau x jaga mulut,cuma dapat lapar dan dahaga je,

4-persediaan iman
ni persediaan yang paling penting sekali, kita puasa mestilah kerana Allah semata2, bukan kerana nak kuruskan badan,or sebab takut parent @ cikgu marah..kita puasa untuk membuahkan taqwa seperti dalam firman Allah taala yang bermaksud " wahai orang yang beriman,diwajibkan keatas kamu untuk berpuasa sebagaimana umat terdahulu,agar kamu bertaqwa" (baqarah 183). kalau kita berpuasa kerana orang lain,macam mana nak dapat taqwa? xkan nak dapat lapar dan dahaga je kan?

sesungguhnya, apa yang siha tulis dalam entry ni,untuk peringatan siha jugak,siha sendiri pon masih 'lemah' lagi..harap2,ramadhan kali ni akan jadi ramadhan yang terbaik untuk siha since siha sendiri pon x taw masih ada lagi ke ramadhan tahun depan untuk siha...siha sendiri pon dah ada target siha sendiri untuk bulan ramadhan ni..semestinya yang mampu dicapai dengan bantuan istiqamah (dalam membuat kebaikan) dan mujadah (dalam melawan nafsu)..semoga segala target siha tercapai..amin3..

semoga ramadhan kali ni kita dapat mengubah sifat buruk kita bertukar menjadi baikdan terus istiqamah..fastabiqul khairat



0 ahli syurga in the house: