persediaan menghadapi ramadhan

assalamualaikum..

1 hari je lagi sebelum ramadhan..so harap2 semua dah bersedia nak masuk dalam bulan pesta ibadah ni..hehe.



so, siha nak gariskan beberapa persediaan  diri menjelangnya ramadhan ni untuk persediaan kita bersama:

1-persediaan ilmu
 apa pon yang kita nak buat,kita mesti kena ada ilmu..bak kata pepatah arab, 'ilmu itu kepala kepada amal'.make sure diri kita dipersiapkan dengan ilmu taw.. kenalpasti segala hukum hakam mengenai puasa,and cuba rajinkan diri dengar tazkirah2 ramadhan..kat youtube ada banyak ceramah2 yang best.ngee.

2-persediaan hati
ramadhan ni istimewa sangat2,cuma hati kita yang boleh rasa nikmatnya,sama ada kita suka atau pon x suka suka,kalau suka,alhamdulillah, kalaw x suka,berdoalah kepada Allah,minta 'hati' yang baru.so,this ramadhan,marilah sama2 kita mempersiapkan hati,hati yang betul-betul ingin dekat dengan ilahi.

3-persediaan jasmani
 persediaan jasmani pon penting,bg yang ada penyakit gastrik tu,bersiap sedia la dengan ubat2,ni siha ada tip untuk yang gastrik,waktu sahur minum la susu,jangan malas bangun sahur taw.ramadhan ni umpama bulan latih tubi jugak,kita kena la persiapkan diri kita sebaiknya.selain pada tu,kena la berlatih jaga anggota badan kita,mulut la terutamanya,ramai yang boleh berpuasa dari makan dan minum,tapi x boleh berpuasa dari mengumpat,dan mengata orang..rugi je berpuasa kalau x jaga mulut,cuma dapat lapar dan dahaga je,

4-persediaan iman
ni persediaan yang paling penting sekali, kita puasa mestilah kerana Allah semata2, bukan kerana nak kuruskan badan,or sebab takut parent @ cikgu marah..kita puasa untuk membuahkan taqwa seperti dalam firman Allah taala yang bermaksud " wahai orang yang beriman,diwajibkan keatas kamu untuk berpuasa sebagaimana umat terdahulu,agar kamu bertaqwa" (baqarah 183). kalau kita berpuasa kerana orang lain,macam mana nak dapat taqwa? xkan nak dapat lapar dan dahaga je kan?

sesungguhnya, apa yang siha tulis dalam entry ni,untuk peringatan siha jugak,siha sendiri pon masih 'lemah' lagi..harap2,ramadhan kali ni akan jadi ramadhan yang terbaik untuk siha since siha sendiri pon x taw masih ada lagi ke ramadhan tahun depan untuk siha...siha sendiri pon dah ada target siha sendiri untuk bulan ramadhan ni..semestinya yang mampu dicapai dengan bantuan istiqamah (dalam membuat kebaikan) dan mujadah (dalam melawan nafsu)..semoga segala target siha tercapai..amin3..

semoga ramadhan kali ni kita dapat mengubah sifat buruk kita bertukar menjadi baikdan terus istiqamah..fastabiqul khairat



jom audit diri: pemurah ke kita?

assalamualaikum

actually,dalam hati siha sekarang ni tengah berbunga2..why?erm,jeng jeng jeng,sebab next week dah masuk bulan ramadhan (ya Allah,please let me live till ramadhan..amin..).. jangan la tanya kenapa siha happy sangat,sebab i am sure semua orang pon mesti tengah happy gila  kan sekarang ni untuk sambut ramadhan.



u know what,sebenarnya hari tu siha ada tengok satu rancangan kat tv,if not mistaken al-Kuliyyah tv3 kot..dia cerita berkenaan pemurah/sedekah.. segala point yang ustaz tu bagi semuanya menarik2 belaka..so tu la sebabnya siha nak share dengan hampa semua..benda yang baik eloklah dikongsi bersama..hehe..

3 bukti yg menunjukkan betapa sayangnya Allah kepada kita:
- Allah memberi tanpa mengharapkan balasan (kita patut malu bila kita berikan sesuatu,then kita minta blasan,sedangkan Allah yang Maha mulia,x mengharapkan apa2 pon dari kita)
-Allah memberi tanpa/sebelum kita meminta
-Allah memberi yang terbaik untuk kita (percayalah,Allah sentiasa memberikan yg terbaik untuk kita)


Allah taala ada 3 respond untuk setiap doa kita :
-ya, dimakbulkan
-ya,tapi bukan sekarang,
-Aku ada rancangan yang lebih baik untuk hambaku ini.

tidak pernah ada istilah 'tidak' untuk segala doa yang kita mintak dari Allah.subhanallah.

berbalik pada topik sedekah yg siha nak bincangkan sgt tu,actually,contoh yang boleh kita ikut sebenar2 nya x lain dan x bukan ialah Rasulullah SAW..
baginda ni sangat pemurah taw, baginda x pernah menolak jika ada yang meminta sekalipun ketika tu baginda berada dalam keadaan yang sangat susah..

baginda rasulullah, jika berada dalam keadaan susah,,dia memberi dengan kesabaran,(walaupun dalam keadaan yang sangat susah,dan dalam keadaan 'cukup2 makan', baginda tetap memberi  dengan penuh kesabaran) dan bila baginda berada dalam keadaan yang senang,baginda memberi dengan penuh kesyukuran.
 macam mana nak mencontohi sifat Rasulullah ni? x lain dan x bukan ,kita harus bersyukur dengan segala kurniaan Allah..kita perlu sedar bahawa setiap yang kita miliki adalah pemberian/kepunyaan Allah..kita harus ada rasa malu bila kita kedekut,sedangkan benda yang kita kedekut ataupun sayang sangat tu semuanya Allah yang bagi..

kita juga perlu sedar,dalam setiap rezeki yang kita perolehi,ada hak orang lain di dalamnya..and one important thing yang kita kena taw,semakin kita suka memberi,semakin banyak rezeki yang Allah akan beri pada kita..cuba kita tengok orang yang suka memberi,pernah ke diorang jatuh miskin? tak kan.

jom,bersempena dengan ramadhan yang bakal menjelma,jom la sama2 kita jadi orang yang suka memberi..sedekah di bulan ramadhan ni banyak pahala nya.jom2!