kaki terseliuh..any tips?

assalamualaikum..

ada sapa2 yang rindu kat siha x? dah lama sangaaaaaaaaaaaaaaaaaaat siha x blogging kan..

~nah,gambr terkini,kot2 la hampa rindu kat siha kan?hehehe~
(nasiha vs nazirah)

ok,kita ke topik asal balik...actually,khamis hari tu kan,siha terseliuh..ni la first time dalam hidup siha terseliuh..actually,pagi khamis tu,siha ke kedai dengan adek siha..masa nak keluar dari  kedai , siha terpijak kasut wedges (bukan kasut saya) yg tersusun kat depan kedai tu,akibat x nampak kasut tu,siha terpijak kat bucu kasut tu and then terus jatuh tersungkur..mashaAllah,sakit sangat2 sampaikan waktu jatuh tu siha x mampu nak kata apa2.yg pastinya waktu jatuh tu memang ada bunyi 'krappp'. owner kedai tu (kak khuzaimah) terus datang kat siha,dia suruh try bangun tapi siha x leh bergerak langsung..after 5 minit x mampu bergerak,maka adek siha and kak khuzaimah paksa gak suruh bangun,nak tengok kaki tu terseliuh ke x..

waktu nak bangun tu, memang sakit sangat kaki ni..kak khuzaimah nak urutkan kaki,dia sapu la minyak gamat sikit,harus la waktu tu siha jerit..sakit woo..siha dok pikir cam ne la siha nak balik ke rumah ni memandangkan siha ke kedai dengan moto..waduh2..then nak dijadikan cerita, kawan mak siha (mak cik siti)  datang ambil siha bawak balik..tapi bukan balik rumah pon,tapi direct pegi farmasi (sebab kawan mak siha ni keja kat farmasi). so mak cik siti ada la urut2 sikit..after dia urut tu ada la rasa ok sikit,boleh gerak2 sikit dah kaki..tapi x lama lepas tu kaki siha jadi bengkak semacam,and bila nak jalan,memang akan disertakan dengan air mata la time tu..

and yang paling mengejutkan,balik je dari farmasi,dapat satu call suruh datang interview,allahuAkbar!siha dok pening gila macam mana nak pegi interview dengan kaki macam tu,tapi Alahamdulillah,siha berjaya jugak pegi interview..hahaha..and after that,siha x keluar dari rumah dah,x mampu langsung nak jalan jauh2,,

walaupun hari ni dah masuk hari ke 8,namun tanda2 untuk sembuh tu masih belum kelihatan lagi..and sepanjang 8 hari ni,my dadi (nenek) la yang selalu dok urutkan kaki..memang dia je la yang selalu dok peduli pasal kaki siha ni,siap buatkan minyak lagi untuk sapu kat kaki siha ni..walaupun dah diurut,tapi x ok2 jugak kaki ni.risau nya!!!! bukan apa,siha ada banyak sangat tanggungjawab taw sekarang ni (hahaha),so bila kaki jadi macam ni,banyak jugak la benda yang x mampu siha buat..huhu

apa2 pon,siha bersyukur sangat kat Allah sebab siha diuji dengan sakit yang macam ni disaat siha dah habis belajar,and disaat siha x bekerja..kalau x,jenuh jugak la kan...and siha bermohon dekat ALlah,semoga beserta dengan kesakitan ni,terkeluarlah sisa2 dosa yang melekat kat diri siha ni..huhuhu..

kepada yang baca entry siha ni,kalau ada tip or petua2 ke,share la dengan siha yer.and doakan supaya siha cepat sembuh..

gambar hiasan :sumber

gambar yang kat atas tu kan memang sebijik cam kaki siha sekarang..cuma kaki siha ada lagii banyak kesan hitam +merah + hijau..huhu

~huhuhu,perenggan pertama tu memang kena kat batang hidung sendiri..rasa 'kuat' balik bila baca ayat tu~






~even tengok gambar ni pon dah rasa cam trauma jer~