kerja:kerja:kerja

assalamualaikum

actually kan, waktu siha habis je diploma ari tu, siha terus kerja..alhamdulillah tempat yang siha harapkan time tu ada kekosongan. siha harap sangat dapat kerja kat situ sebab tempat kerja dia dekat je dengan rumah siha.. and waktu dapat kerja tu awal2 lagi boss siha dah pesan yang dia nak 'guna' siha for sebulan dua ja..and gaji yang dia bagi pon sikit je.. siha x kisah pon, tujuan siha keja kat situ pon sebab siha nak cari pengalaman kerja.

apa yang siha kena buat?
 tugas siha ialah kena uruskan akaun office tu yang dah 2 tahun terbengkalai..ni semua income tax punya pasal la..lepas tu siha kena handle fail2 kat office yang dah x betul kedudukannya..and kadang2 siha kena layan customer jugak. part nak layan customer ni yang paling siha x suka..sebab urusan insurance ni semua jenis sistem online..kang salah key in, jenuh nanti. tapi siha jarang la nak layan customer, sebab tu tugas seorang lagi staff kat situ..selain dari tu, kerja siha x lain dan x bukan kena angkat call, fax, and photostat. ok,lupa nak habaq yang siha kerja kat kedai insurance..

apa yang paling men'tension'kan siha sepanjang kerja kat situ ialah, kat ofis tu banyak gila lipas..sampai nak sakit jantung la jadinya..adoyai. pastu boss siha pulak jenis yang nak kerja2 disiapkan dalam microsoft excel.hahahaha..memang mula2 tu pening kepala la jadinya, sebab siha kat kolej dulu memang x pernah guna excel..dok guna power point/ word je..tapi lama2 dah pandai ar.. bila dah pandai guna, baru la siha taw pasai pa boss suka sangat guna excel, sebab excel paling best , and senang terutamanya dalam bab kira2 ..memang nak mampos la kan kalau nak buat kira2 ni kat microsoft word..

part paling tension bila nak kena list down semua customer2 punya discount (buat berdasarkan resit).setiap customer yang gi kedai insurance tu akan dapat diskaun taw..diskaun ni dipecah kepada dua bahagian. first diskaun untuk sub ejen, and second, customer biasa..sub ejen akan dapat 5% or 7%..and customer biasa2 pulak akan ditolak segala 'sen' kat belakang..contohnya total amount  1120.85, 0.85 tu secara automatik akan ditolak..bayangkan dalam masa 2 tahun, jenuh la siha nak list down..resit kat kedai tu pulak sampai berkotak2 ok, nak kena ikut susunan pulak tu..pening2 pon, dalam masa seminggu lebih siap jugak la segala kerja siha tu.

~time ni memang pening kepala sangat2~


dalam banyak2 opis, siha rasa opis siha ni yang paling best waktu rehatnya..kitorang rehat 1 jam setengah taw..hahaha.

kenangan manis?
banyak jugak kenangan manis sepanjang kerja sini..siha rasa bersyukur sangat sebab dapat boss and officemate yang best and ramah..

officemate siha namanya kak loha..umur 34. and lepasan ijazah dari UM.. and still bujang. boss siha pulak umur 42/43..dulu nya kerja cikgu (pernah mengajar satu sekolah ngan abah siha), and baru 'berpencen' awal tahun ari tu..dia dah pon berkahwin dengan en. mohd akhir (my second boss) and ada 4 orang anak.

time mula2 kerja dulu, kerja siha banyak,tapi lepas bulan pertama tu, siha dah start xde kerja..time tu la boss suruh siha belajar buat quotation kat customer2 yang datang.. siha memang x minat bab2 tu, tapi akur je la. boss kata siha kena kerja lama lagi ngan dia sebab nanti bulan november, dia n kak loha nak ke bangkok, so siha kena handle kedai tu..macam nak meroyan pon ada time tu..dok bayang cam na la siha nak handle kedai tu sorang2..so siha pon belajar and belajar sampai siha dah pandai..tapi hidup siha kat situ still bosan..bilan bosan, kak loha ajak siha main candy crush and farm heroes..hasilnya siha dah berjaya sampai level 85..hahahahaahahaha..

bulan ramadhan hari tu, seminggu before raya, siha diberhentikan..yeay!..gembira gila ok..siha ada reason kenapa siha suka sangat. namun sebab2 tu x dapat didedahkan atas faktor 'peribadi', kalau nak taw, sila pm fb siha..mwahahahahahahaahahah..waktu siha berhenti tu, genap 4 bulan siha kerja kat opis tu..ehehehehe.

so, tu la pengalaman pertama siha kerja..pengalaman kedua dan seterusnya kat mana pulak? Allah je yang taw..hehe..

~gambar hiasan~








~time memula kerja dulu, meja tiap2 hari bersepah cam ni~





~tiap2 hari bawak botol ayaq ni, lepas 3 bulan kerja, pi shopping botol ayaq yang lebih besar ngan kak loha.hik3.lepas tu  time keja masing2 dok berebut nak masuk toilet~

~ni time raya ari tu, kat etiqa insurance..dengan kak loha..abaikan muka siha yang semakin membulat tu~



0 ahli syurga in the house: