review : telemovie ABAH TAK BALIK MALAM RAYA

assalamualaikum..

hari tu kan (hari ahad) siha ada tengok satu drama ni..tajuk nyer Abah tak balik malam raya...siha ni sememangnya kaki drama (drama melayu je la)..maka siha pon tengok la drama ni..jalan cerita dia best jugak..yang paling bestnya, cerita ni memang sedih sangat. 2 kali taw siha tonton drama ni..hihihi

sinopsis dia cam ni..:

basri (si abah) ni bekerja sebagai seorang bomba, si murni (mak) ni pulak bekerja sebagai seorang cikgu..hidup depa  ni memang bahagia la sangat. si anak2 pon memang rapat gila dengan si abah..malangnya mak mertua basri ni x berapa suka kat dia..satu hari, basri ni dapat call dari opis dia, dia pon bergegas ke pejabat dek kerana ada kecemasan..sampai lokasi kejadian, ada sebuah kereta ni accident..bomba bomba ni kena la menyelamatkan mangsa yang terperangkap kat dalam kereta..lepas tengok keadaan kereta, semua bomba2 tu bergegas ke trak diaorang nak ambil peralatan yang patut untuk keluarkan mangsa..basri pon asalnya nak ke trak bomba balik tapi langkah dia terhenti bila dia terdengar ada suara budak kecil dari dalam kereta mintak tolong,dia terus pi dekat kereta tu then kereta tu pulak tetiba meletup.. berita kematian dia memang mengejutkan ahli keluarga dia..kebetulan waktu basri meninggal, anak bongsu , boboy tengah sakit,jadi doktor nasihatkan supaya jangan bagi taw boboy lagi pasal berita kematian ni..takut perkara x diingini berlaku..mak and kakak boboy terpaksa bohong ngan boboy, masing2 kata abah dia terpaksa bertukar tempat kerja ke sabah..and akan balik malam raya. sedih gila siha tengok cerita ni.. akhirnya , pada satu hari, rahsia diorang bocor jugak..si boboy ni memang tak boleh terima hakikat pada mulanya.. lepas tu mak and kakaknya bawak la dia ke kubur abahnya..ha..part kat kubur ni siha rasa paling sedih,.so si boboy ni kena la terima hakikat yang abah dia memang x kan balik dah sampai bila-bila.sedih betul..baca sinopsis ni memang x sedih pon sebenarnya, tapi kalau hampa tengok sendiri telemovie ni, memang sedih gila ok..huhuhu




~part paling sedih~






3 ahli syurga in the house:

Myraamirah Azhar said...

Siha tau tak skolah yg depa blakon tu skolah adik kite tau.. skolah ikhwan

seeha said...

@Myraamirah Azhar hahaha..ak taw..ak perasan dia ada mention sekolah kubur pnjang.. terus ak teringatkat adek ang..hehe

seeha said...

@Myraamirah Azhar hahaha..ak taw..ak perasan dia ada mention sekolah kubur pnjang.. terus ak teringatkat adek ang..hehe