ramadhan raya 2013

assalamualaikum

ok,alang-alang tengah boring, baik siha update entry kat blog kan..hehehe

ramadhan siha tahun ni agak lain berbbanding tahun2 sebelumnya..tahun ni posa ngan family taw..rindu pulak nak posa ngan kawan2.hehe..and tahun ni siha berposa sebagai seorang pekerja..kerja sebagai seorang kerani cabuk..huhuhu..

sebulan sebelum ramadhan lagi siha dah countdown ramadhan taw..punya la excited..Alhamdulillah sangat2 dapat jumpa ramadhan..satu nikmat Allah jugak tu..ramadhan tahun depan belum tentu jumpa..sob3..siha sepanjang ramadhan kena memasak untuk berbuka..balik kerja kelam kabut dok masak jugak..terawih siha buat kat rumah..bukan x nak jemaah kat masjid..tapi kat masjid sangaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaatttttttttttttttt bising..x ley nak khusyuk langsung dah..siha penah pegi sekali ngan adek siha ke masjid, terawih 4 rakaat ja, pastu ada tazkirah..time tazkirah tu tenggelam suara ustaz sebab budak2 dok bising..tension gila..last sekali balik rumah ja la..

banyak gak ujian di bulan ramadhan ni..first sekali rumah nenek siha terbakar, second pulak, siha diserang semput beberapa hari lepas tu..semput teruk sangat..sampai nak bercakap pon x boleh, nak tidor lagi la x boleh..rasa macam baru habis berlari ja..alhamdulillah, lepas sehari menderita, sihat kembali..hikmah disebalik semput tu ialah: siha lebih menghargai +bersyukur dengan segala nikmat ALLAH. ada banyak lagi dugaan sebenarnya, tapi x perlu lah siha nak cerita kat sini sebab terlampau peribadi..

yang paling best ialah, seminggu sebelum raya, siha berhenti kerja..ni la yang paling siha nak selama ni..setiap hari dok doa nak berhenti kerja tapi xde kekuatan nak mintak berhenti kat boss..and siha takut orang sekeliling kata siha ni jenis malas kerja..siha ada reason kenapa siha nak berhenti..bukan saja2..


seminggu sebelum raya, siha banyak habiskan masa siha dengan persiapan bersahur, bukak posa, persiapan raya, and beribadah...siha rasa, posa paling menguji keimanan ialah hari terakhir posa..dari pagi lagi siha dah busy pegi ke satu kampung ni, nak bayar zakat kat sorang mak cik ni.pastu kebetulan time tu mak cik tu tengah buat ketupat..kebetulan siha x reti buat ketupat, makanya mak cik tu ajar siha..dia ajar siha sampai siha boleh buat..2 jam jugak la siha belajar..tu pon hasilnya x lah cun macam mak cik tu buat.thanks to mak lang yang ajaq buat ketupat, dia kata dah lulus jadi menantu dia, maksud nya ketupat siha tu jadi la kan? lepas buat ketupat, balik la ke rumah..kusut gila2 time tu..time tu adik2 laki siha xde, depa pakat pi rumah sepupu siha..adik pmpuan siha ja yang ada..dia ajak siha menyapu kat luar rumah..daun2 pokok pakat luruh time tu..siha asalnya nak sapu time petang, tapi petang2 sibuk dengan benda lain pulak..makanya menyapu je la time matahari tengah pacak atas kepala tu..siha siap kena gergaji dahan pokok lagi..menguji keimanan betul la time tu..

lepas sapu sampah, masuk dalam rumah and kemas rumah,sampai la waktu petang tu, siha memang dah tak larat sangat2 dah..nak jalan pon dah tak larat..siha pegi bazaar hentam beli air ja..bukak posa pon minum air ja..

malam raya siha terpaksa kena buat macam2 benda, siha tengok SETIA HUJUNG NYAWA RAYA pon sambil kopek sebesen bawang, halia, lengkuas..tido malam tu pukul 3 pagi..letih betoi dah time tu..


pagi raya awal2 lagi siha dah bangun masak juadah hari raya..siha bangun awal sebab takut kalut, kang x sempat nak solat raya pulak..adek siha yang lain semua membuta lagi time tu..lepas siap masak gi mandi and terus pegi masjid..balik solat raya baru la boleh rehat sikit..


menu kami raya pertama this year ialah:


tadaaaaa..beriyani udang..


raya tahun ni agak kurang tetamu..just pak cik siha yang dok belakang rumah tu je yang datang..tengah hari sikit baru pak cik siha yang kat kuala pegang pulak datang..dek kerana boring, petang tu kami pegi beraya kat rumah kawan mak, then kerumah mak cik pulak..then balik rumah layan tetamu...

sedikit gambar raya pertama:






















raya kedua pulak menyambut kedatangan sepupu2..usually depa mai raya pertama tapi this year raya kedua baru muncul..sesi main bunga api bermula..




~masak mee kuah untuk depa~


raya ketiga paling meriah dengan kehadiran tetamu..memandangkan this year kami sekeluarga dah xdak kampung, makanya dah xdak tempat nak berkumpul la kan..so sedara mara siha datang beraya kat rumah..awal-awal pagi lagi siha dah bangun, nak kopek bawang, cuci ayam, nak masak, nak kemas rumah, isi kuih dalam balang and macam2 lagi la..siha bangun pukul 9 pagi, pukul 12 lebih baru siap masak..wpon agak letih, tapi siha rasa best sangat..













kat dalam gambar2 ni masih ramai lagi yang xde..kalau gabung semua, memang ramai sebenarnya..actually ada lagi 2 family yg x sampai time ni..hihihi..


hurm, tu je la kisah ramadhan raya siha tahun ni..alhamdulillah, wpon sederhana tapi meriah jugak..


p/s: duit raya tahun ni RM 2  je dapat..dah beso la katakan, plus org kata siha dah keja, jadi x leh dapat duit raya..sob3.



review : telemovie ABAH TAK BALIK MALAM RAYA

assalamualaikum..

hari tu kan (hari ahad) siha ada tengok satu drama ni..tajuk nyer Abah tak balik malam raya...siha ni sememangnya kaki drama (drama melayu je la)..maka siha pon tengok la drama ni..jalan cerita dia best jugak..yang paling bestnya, cerita ni memang sedih sangat. 2 kali taw siha tonton drama ni..hihihi

sinopsis dia cam ni..:

basri (si abah) ni bekerja sebagai seorang bomba, si murni (mak) ni pulak bekerja sebagai seorang cikgu..hidup depa  ni memang bahagia la sangat. si anak2 pon memang rapat gila dengan si abah..malangnya mak mertua basri ni x berapa suka kat dia..satu hari, basri ni dapat call dari opis dia, dia pon bergegas ke pejabat dek kerana ada kecemasan..sampai lokasi kejadian, ada sebuah kereta ni accident..bomba bomba ni kena la menyelamatkan mangsa yang terperangkap kat dalam kereta..lepas tengok keadaan kereta, semua bomba2 tu bergegas ke trak diaorang nak ambil peralatan yang patut untuk keluarkan mangsa..basri pon asalnya nak ke trak bomba balik tapi langkah dia terhenti bila dia terdengar ada suara budak kecil dari dalam kereta mintak tolong,dia terus pi dekat kereta tu then kereta tu pulak tetiba meletup.. berita kematian dia memang mengejutkan ahli keluarga dia..kebetulan waktu basri meninggal, anak bongsu , boboy tengah sakit,jadi doktor nasihatkan supaya jangan bagi taw boboy lagi pasal berita kematian ni..takut perkara x diingini berlaku..mak and kakak boboy terpaksa bohong ngan boboy, masing2 kata abah dia terpaksa bertukar tempat kerja ke sabah..and akan balik malam raya. sedih gila siha tengok cerita ni.. akhirnya , pada satu hari, rahsia diorang bocor jugak..si boboy ni memang tak boleh terima hakikat pada mulanya.. lepas tu mak and kakaknya bawak la dia ke kubur abahnya..ha..part kat kubur ni siha rasa paling sedih,.so si boboy ni kena la terima hakikat yang abah dia memang x kan balik dah sampai bila-bila.sedih betul..baca sinopsis ni memang x sedih pon sebenarnya, tapi kalau hampa tengok sendiri telemovie ni, memang sedih gila ok..huhuhu




~part paling sedih~