tragedi di bulan ramadhan

assalamualaikum

hari ahad hari tu bersamaan dengan 12 ramadhan, siha & family dapat satu berita yang sangat (100X) mengejutkan..rumah nani (nenek) siha kat kuala pegang tu terbakar..pagi tu siha pi keja cam biasa..usually waktu rehat siha akan balik rumah, tapi ditakdirkan hari tu siha x balik rehat..so berita pasal kebakaran tu memang siha x taw la, and hari tu jugak siha x bawak phone..huhuhu..lepas waktu rehat,ada sorang customer ni datang, dia dok sembang2 and gitaw yang dia kenal la nani,and mak cik/ pak cik siha..dia siap cerita lagi kat kak loha (staff tempat siha keja) yang umah nani besar gila and bila time raya mesti penuh dengan anak menantu & cucu2..

waktu balik keja, around 5.30, siha rasa pelik gila kenapa kereta kat rumah x dak, sebab abah pi kerja ngan moto..masuk je rumah, adik siha gitaw yang rumah nani terbakar teruk, and solan pertama yang siha tanya " nani ok x?" since adik siha cakap nani ja yang ada kat rumah time tu. rasa bersyukur gila2 bila dapat taw nani ok2 ja, x dak luka apa2 pon..bila siha tanya kat adik rumah tu macam mana? dia kata yang dia pon x taw ..siha sendiri pon terkilan gila sebab x dapat pi tengok rumah tu di hari kejadian..actually mak & abah berniat nak ajak siha, tapi x jadi ajak sebab kat rumah xdak orang nak masak n jaga rumah..sob3..

dekat time berbuka mak n abah balik,terus siha tanya apa yang sebenarnya dah jadi and macam mana keadaan rumah, dalam hati ni x putus berdoa supaya rumah tu terbakar sikit2 je..but sad to know yang rumah tu dah pon 80% terbakar..

mak cerita waktu rumah tu terbakar, nani sorang2 ja kat rumah, pak cik siha ( dengan mak cik & 2 orang sepupu ) xdak kat rumah, pergi pekan kupang nak beli barang dapur. nani waktu tu kat bilik,tengah plan nak tidur sementara masuk waktu zohor..tapi x lama pastu dia dengar bunyi bising, tapi nani buat dont know je la sebab dia ingat ada orang datang rumah nak renovate kolah kat bilik air tu..tapi tetiba dia tergerak hati nak keluar sebab dah rasa cam lain macam je..keluar2 je dari bilik nampak api dah marak. and waktu tu jugak, mak cik fadzillah (org kampung kat situ) cepat2 datang tolong lepas dia nampak api tengah membakar rumah.dia masuk rumah terus tarik tangan nani keluar..tapi nani still nak ambil barang berharga tapi dihalang oleh mak cik tu..jiran sebelah rumah nani, uncle opick (kot?) datang rumah nak tolong keluarkan tong gas.. pak cik siha pon actually xdan sampai pekan kupang, dia terus pecut balik rumah bila dapat taw rumah terbakar..mak cik 2, & pak cik2 siha dari seluruh pelusuk negeri pon pakat bergegas balik kg.

siha sendiri keesokkkan hari nya ambek cuti kecemasan sebab nak balik tengok kampung kesayangan siha tu..bila sampai ja kampung and tengok keadaan rumah, tears brimming my eyes..dok terbayang keadaan rumah yang dulu, bila dibandingkan dengan sekarang amatlah menyayat hati..waktu sampai kampung, just pak su  ja yang ada..dia dok geledah rumah tu..dia bawak siha tinjau sudut rumah tu,,allah,sedih gila ok.






~bahagian dapur~


~ruang tamu, tengok tempat ni,sebak gila,tempat ni la kami semua berkumpul~



!




~bilik ni selalu dijadikan bilik pengantin~


~kad kawen pon ada lagi~






~antara tempat yang terselemat, wpon dibuat dari kayu,tapi tempat ni x terbakar teruk pon~


~teruk giler~












~al quran2 ni terselamat, masyaAllah~

~ruang depan ni terselamat jugak~

~gambar kenangan keluarga~



lepas dok keliling rumah ni, siha duduk kat buaian kat luar tu, pak su datang dok sebelah..sambil cakap 

" taw x, semalam (malam selepas kejadian kebakaran) dalam kol 9 lebih aku mai dok sini sorang2 dalam gelap gelita, dok macam biasa ja sambil dok terbayang dalam rumah tu semua orang dok ada"

(sumpah sedih gila siha dengar)

pastu dia cakap lagi:

" sebelum kejadian kebakaran ni, aku ada mai tidoq kat sini, tapi kurang dari 24 jam (selepas bermalam kat kg) dapat panggilan kata rumah ni terbakar.kira ak sempat la merasa malam terakhir kat rumah ni"

pastu dia cakap lagi:

"tahun ni banyak betul dapat berita sedih"


and kejadian ni jugak mendapat perhatian media elektronik dan media cetak..:



~kosmo , (22/07/2013)

sinar harian (21 julai 2013) (sila clik link sebelah kalau nak baca)


sinar harian (22 julai 2013) (sila klik link sebelah kalau nak baca)







~harian metro (23 julai 2013)~











~sinar harian (24 julai 2013)




youtube:





and berita kebakaran ni jugak masuk berita tv 1, siha sempat tgk berita pasal kejadian ni kat tv 1..



~wartawan RTM~




on hari kejadian tu, nani bermalam kat rumah jiran , and now stay kat sebuah homestay (owner dia orang kg tu jugak)..actually siha pon x taw rumah yang nani stay tu homestay or not, ada yang kata tu homestay, ada yang kata tu rumah sewa.. siha ada pi tengok rumah tu..erm, ok la jugak..besar..waktu jumpa nani,muka dia masih 'suram' lagi..

erm, sampai sekarang siha dok sedih lagi..bayangkan betapa banyaknya kenangan rumah tu kat siha,rasa sedih sangat..and one more thing, raya dah nak dekat,tahun ni nak raya n jumpa sedara mara kat mana? uwaaaaa! so raya ni raya yang paling x best (barangkali) bagi siha..sebelum ni pon beberapa kali siha dok cakap yang siha xdak feel langsung nak sambut raya, bila dapat taw berita kebakaran ni, hilang terus feeling nak raya.baju raya pon x plan lagi ni..

nani ada cakap yang duit dia (berapa ratus ntah) terbakar dalam tragedi tu..katanya duit tu nak simpan untuk hari jumaat ni , sebab hari jumaat ni siha n mak plan nak keluar shopping raya dengan nani..sedihnyaaa (dah berapa kali siha ulang perkataan 'sedih' ntah)..

siha sendiri dalam bulan ramadhan ni ada plan nak bebrbuka posa kat rumah nani, hurm..x kesampaian hajat tu..

~kali terakhir pi rumah nani sebelum rumah tu terbakar, bulan jun hari tu kot,huhu~




semoga rumah tu dapat dupulihkan balik.huhu

P/s: sampai sekarang x percaya yag rumah tempat kelahiran siha tu dah musnah, 

5 ahli syurga in the house:

AzieYanz Rahim said...

teruk jugak terbakar ye..
apa punca kebakaran tu?

Tasneem said...

masyaAllah, berat nya musibah yang berlaku. kuatkan hati siha. :'(

seeha said...

@AzieYanz Rahim memg teruk pon azie.erm,punca kbkaran sbb litar pintas..huhu

seeha said...

@Tasneem mekasih tasnim,ujian berat untuk kami sekelurga..dah la raya nak dekat dah..x dak kg la tahun ni

✿ pink velvet ✿ said...

yup.. aku pon sedih gila :'(