saat perpisahan



assalamualaikum..

Alhamdulillah,akhirnya terpublish gak entry ini setelah sekian lama entry terperuk kat draft..

Semua yang kenal siha sedia maklum yang kat kolej siha ada 3 orang kawan  yang sangat2 siha sayangi..huhu..actually bukan zaman kolej je,since dari zaman sekolah lagi kami berkawan baik..siha beruntung sangat sebab selama 3 tahun kat kolej,siha ada depa..depa ni tempat siha mengadu, tempat siha nak gedik2,tempat siha nak gelak2..depa ni kira cam segalanya la..walaupon BFF, kami ambek jurusan yang berbeza..naadhirah diploma bahasa arab, amirah diploma bahasa inggeris, tapi salwa ambek corse yang sama ngan siha (undang2)..

Mereka kawan yang sgt2 supportive..sentiasa bagi semangat and nasihat kat siha..waktu sem 1 kami sangat rapat..sem 2 ,sem 3, sem 4 ,sem 5 kami bertambah rapat..tapi waktu sem 6 ni kami paling kurang meluangkan waktu bersama since masing2 dah sibuk ngan thesis, final project,esaimen,presentation,mid term exam and bla..bla..bla..jadi waktu kami bersama agak la kurang..kami just jumpa on weekend ja..maklum la,student final sem ni mmng super duper busy..busy satu hal,tu x campur  dengan hal tension2 lagi..siha waktu sem 6 paling banyak subjek ‘berat’..rasa nak gila pon ada..tapi kami berempat masing2 kuatkan jiwa dan raga untuk tempuhi jugak semua ni..

Kami bertiga (salwa x termasuk) on weekend akan makan sama2..makan kat café nursing ..waktu tu la nak cerita apa yg berlaku sepanjang minggu kat kawan..and kalaw xdak apa2 kerja,kami akan melepak2 kat rumah naadhirah sampai x tido semata2 nak menyembang..huhuhu..
Tapi tu pada awal semester saja la,tengah semester kami dah jarang nak melepak2 dah..kami dah jadi mahasiswa yang bermutu tinggi,kerja ngadap esaimen je time tu..so,xdak la masa nak lepak2 bagai ni..

Sampai la akhirnya kami menghadapi final exam..means that, masa kami semakin suntuk,..siha time exam pon masih busy dengan thesis..huhu..tapi waktu n x de la busy sangat dah..masuk minggu kedua exam,mira mengundurkan diri  (cewah..)bunyi pelik je bila sebut undurkan diri kan..minggu kedua exam mira berangkat balik ke kedah dulu..mira xde final paper,so dia balik awal la..hari yang mira balik tu,siha dok serabut ngan exam faraid and nizam qodho islam..subjek killer..mira balik 28/03/2013 kalau x silap.. exam subjek killer tu keesokan hari nya 29/03/2013..a day before mira balik,dirah ada datang bilik siha,dia kasi hadiah..nak taw hadiah apa?





 Tadaaa….bear..nama diberi fymie..




~bear ni kami berempat yang punya (gambar credit kat naadhirah)



~gambar ni diambil on 29/03/2013 (4 a.m)..
otak dah x ley nak focus study time ni,so berenti rehat sambil borak2 ngan fymie?gila x siha ni?hehehee




ok,sambung balik cqita.....lepas bg bear kat siha,dirah nak ke bilik mira untuk buat penyerahan bear tu jugak.siha ikut je la ..sebab dah lama x jumpa mira waktu tu..mira sibuk ngan final project and picnic dengan classmate dia kat port Dickson,so mmng banyak hari jugak x jumpa dia..so ikut la dirah ke bilik mira..sembang pon sat ja.mira ada tunjuk gmbar dia kat PD and gmbar dia waktu buat final project..ada gambr dia ngan kwan2 dia dok tengah nanges..siha rasa pelik la jugak,eh,kenapa depa ni nanges,rupanya baru teringat,hari tu merupakan hari terkahir depa kat kuis..means that hari terakhir siha ngan mira jugak..esok mira dah nak balik ke kedah dah... malam tu siha ngan mira keluar gi CC..lepas ke CC ,kami ke atm jap..waktu tu rasa lain woo..mood perpisahan slowly dah meresap masuk jiwa .dok berjalan ngan mira untuk kali terakhir..serius siha sedih..padahal memula tu biasa2 ja..siha pujuk diri sendiri ..siha cakap ‘its okay siha, perpisahan ni bukan untuk selamanya pon..nanti2 boleh jumpa lagi’..tapi siha x puas hati jugak..memang kami akan berjumpa lagi,tapi masa tu,semua bnda akan berubah dah..x kan sama cam zaman dok kolej dah..3 tahun rasa macam sat sangat ja..on 29/03/2013, adalah hari yang agak gembira bagi siha sebab pensyarah dah suruh siha jilid thesis,at the same time,hari tu jugak merupakan hari yg sgt serabutkepala sebab siha ada final exam esoknya tu,,killer paper plak tu..sob3..and at the same time merupakan hari yang sangat sedih bagi siha sebab mira dah nak balik.. siha yakin sgt yg siha akan menangis gila2 waktu nak salam dengan mira(time nak hantar dia balik)..tapi setitik air mata pon x terkeluar..mungkin sebab siha malu nak nanges2 depan family dia kot or mngkin jugak sebab kepala dok serabut or mungkin juga x nanges atas sebab2 lain..tapi sebenarnya dalam hati ni tuhan je la yang taw..hiba sgt2,cuma air mata je yg x terkeluar,kalaw keluar air mata time tu,mmng banjir la kot kolej siha tu.


Habis hantar mira,terus ke bilik siha,baca buku.mlm sebelum exam pon siha xtido..siha memang x tido la sampai exam habis,exam habis kol 5.30 p.m..mmng azab gak la kan,mngntuk woo.huhu..siha cadang habis exam siha nak ke kedai kek,nak beli kek,esok tu besday salwa..sekaligus boley smbut besday dirah sekali..habis exam kak wa ajak pi pasaraya,siha x maw ikot,so siha buat2 kata siha nak balik bilik,nak tido..padahal dok melangut kat CC.sambil tu mesej kak wa tanya dia dah ada kat bilik dia ke belum ,nak make sure dia dah kat hosetl dulu,then baru siha nak beli kek,kalaw x,takut terserempak ngan dia time beli kek tu..waktu siha msj kak wa tu,kami dok sembang pasal plan kami nak gi mid valley besok tu..:


kak wa: siha,esok jadi x nak keluar gi mid (mid valley) ?
me: jadi la..hihi.kenapa tetiba tnya?eh,kak wa dah ada kat bilik ke belum?solat asar ke belum? (tnya solan ni nak make sure dia dah ada kt bilik ke belom,klw dia dah ada kat bilik,siha nak ke kedai kek terus.hihi)




(kak wa balas msj diatas after 20 minute later  ::jenuh ak menunggu::)

kak wa: siha,kak wa kena balik malam ni jugak..mak kak wa soh balik..

me: kenapa2? tetiba ja?apa dah jadi?

kak wa: x taw la siha,mak kak wa x maw habaq,siha tolong kak wa kemas barang boleh?

me: boleh2...(sambil lari laju2 balik hostel)

at that time mmng siha rasa kecewa,sebab plan nak ke mid valley x jadi,and plan nak 'suprise'kan kak wa pon x jadi..siha bkn apa,plan nak pi mid valley tu pon sebab lps ni kami x mungkin boleh pi mid valley sama2 dah,plus kami nak raikan kejayaan kami habiskan 6 semester kat kolej + habiskan final paper..tetiba x jadi..plan nak suprisekan kak wa & dirah pon x jadi..siha frust sebab bnda ni siha dah plan ngan mira banyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkk kali,tapi mesti ja ada halangan.since ada chance ni,siha plan je la sndiri even mira dah xdak...sob3.so planning terakhir pon menemui jalan buntu jugak,so siha menyerah kalah,letih dengan segala planning yang menjadi ni....siha bukan apa,yang beria sgt nak buat tu pasal besday kak wa x pernah disambut lagi ..bsday dirah dah pernah (suprise dgn kek besday)..besday mira pon dah pernah (scena baling2 telur bagai,even x dak kek..huhu)..huhuhu..and yang paling buat siha sedih ialah,kak wa kena  balik malam tu jugak..padahal rancangannya dia kaan balik hari ahad..actually,kak wa kena balik awal sebab ayah dia sakit teruk..mak dia rahsiakan dari pengetahuan dia..so habis ja,exam,baru mak dia gitaw and suruh balik,time tu mak dia pesan suruh balik je,mak dia x bagi taw pa2 pon....siha ngan dirah tolong ar kemas apa yang patut..alhamdulillah,semua urusan kemas2 barang berjalan lancar,around 8.30 p.m,kak wa gerak ke stesen LRT dengan bantuan sorang senior ..at 8 p.m pulak,siha ngan dirah cadang nak jumpa sorang junior kitorang,amin fahmi .dia ni dulu junior kami kat sekolah..nak say goodbye la kt dia..huhuhu..janji kol 8,tapi dia dtng kol 9..bagi laluan kat siha n dirah untuk makan dulu..dia mai2 ja ke cafe,kami sembang sat,si amin dok ingat mira n kak wa ada jugak..kami gitaw la yang mira and kak wa dah balik..,x lama lepas tu,kawan dia pulak mai ajak keluar..#ciss..dia pon cam serba salah jugak..tapi dia soh siha ngan diirah tunggu ja..siha ngan dirah ambil kesempatan tu untuk borak2..ni first time kami bersembang tanpa dibelenggu perasaan serba salah..selama ni kalau nak lepak2 ja mesti rasa serba salah ngan esaimen2..hehehe..

lama gila kami tunggu,finally,amin mai..rupa2 nya dia keluar punya lama tu sebab oder pizza hut kat kami....kami berdua pon jadi serba salah ngan dia sebab si amin ni memang pemurah orangnya..dia kata "ni kira nak raikan  kak2 la" eh,cam tu ke dia cakap ek?siha pon x brapa ingat..kami sembang sampai kol berapa ntah, x ingat..tapi lama la jugak..

habis borak ngan amin, siha x direct balik bilik, siha singgah umah dirah dulu..sembang2 xingat dunia..sampai kol 3 pagi rasanya..naseb baik waktu tu siha mengantok,kalaw x mengantok,sampai ke subuh le jawabnya..sembang lama2 pon bukan pasai pa,sebab esoknya tu (31/03/3013),turn dirah pulak untuk berangkat..sob3..baju2 n buku2 siha dirah tolong bawak balik..

esoknya tu,31/03/2013..siha bangun awal,sebab siha ngan dirah plan nak ke kedai..nak belikan amin hadiah..malangnya x jumpa..oops,lupa nak cerita..waktu nak keluar beli hadiah,dirah terkunci pintu bilik dia dari dalam..so,memang azab la nak bukak,terpaksa mintak tolong kat guard hostel tu..guard tu suruh call warden..sorang pon x angkat call..maklumla,hari sabtu la katakan..at last dapat jugak call depa...depa suruh kami ke BKPM..balik dari kedai,kami ke BKPM and buka pintu..alhamdulillah..gabra gak time tu..sebab ayah n mak dirah dah OTW ke kolej..naseb baik pintu tu boleh dibukak jugak..

siha tolong dirah angkat2 barang..naseb baik ada troli,sebab barang memang banyak..(banyak sebab barang siha pon bnyak jugak)..ayah dirah datang dekat kol 12 p.m..sebelum balik,dirah sempat belanja siha lunch..thankz dirah..kami lepak kat cafe again,sebab ayah dirah solat dulu kat masjid..waktu tengah dok borak2..ada dua orang budak pmpuan approach kami,tnya kenal x syuhada (bukan nama sebenar) budak degree bahasa arab..kami cakap la yang kami x kenai..dia kata ada orang cari budak ni (sambil tunjuk ke arah seorang lelaki)..kami suruh la dia cari kat guard hostel..tapi x berjaya gak nak jumpa..kami berempat pon try la call member2 tanya kenai dak si syuhada ni..semua kata x kenai..then ada sorang ni kata kenai,and kami pon dapat la no syuhada ni..but dia x angkat call..kami call pulak kawan2 dia..katanya,si syuhada ni baru je lari keluar dari hostel ni bila dia dapat taw ada  laki ni cari dia..lelaki ni pon kesian je siha tengok..dia datang dengan teksi..datang berdua kot (ngan kakak dia)..daripada cerita yang siha taw,syuhada ni tunang dia..lepas tunang,lelaki ni accident,then koma untuk beberapa lama..so,lepas sedar dari koma,syuhada ni cam dah x nak kat dia..hahaha..

x lama lepas tu,ayah dirah dah solat, so its time to say good bye.waktu ni pon x nanges jugak..buat2 steady ja,padahal dalam hati ni dok sayu kemain dah..siha x taw kenapa air mata siha x ley nak keluar..tapi ok la kan x keluar,dok nanges2 depan orang ni bikin malu ja..hahaha.siha bye2 dirah dengan penuh kesyahduan (cewah)..waktu ni hati siha memang sedih sangat2..kawan siha semua dah xdak.siha akan dok sorang2 kat kolej ni..waaaaa..sedih gila..siha jadi 'kosong' gila time tu..duduk kat kolej sorang2 bukanlah masalah besar bagi siha ,sebab selama ni pon siha memang stay2 sorang2 kat apartment,yang jadi masalahnya waktu tu siha x ready nak berpisah ngan kawan2 semua..3 tahun dengan depa adalah sesuatu yang sangat awesome dalam hidup siha.siha sayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaang gila kat depa ni..lepas hantar dirah,siha balik bilik siha balik..siha dok termenung sambil dok teringat kat depa 3 orang ni. siha dok terbayang:

"lepas ni aku nak tengok runningman ngan sapa? nak pi pasar malam ngan sapa?nak gila2 beli tudung kangaroo ngan sapa?.mira dah xdak...."
"lepas ni nak share cqita ngan sapa,a very good listener (dirah) dah xdak, nak gi cafe ngan sapa..nak ambek stok movie kat sapa (lol)?"
"lepas ni nak mereng2 ngan sapa,x ley nak masak sama2 dah..kak wa dah xdak,nak merendek satu KL pon payah dah la.."



sepanjang 3 tahun dok kat kolej ni,kawan2 siha ni jadi antara orang yang terpenting dalam hidup siha. apa yang terjadi,kami sentiasa tempuhi bersama2..kami xdak la sentiasa okay..kadang2 tu ada gak masalah antara kami,tapi xdak la sampai x bertegur sapa bagai..masalah pon kecik2 je..adat la kan kalau berkawan..huhuhu

siha beruntung gila dapat kawan macam depa..kami semua sekepala..jenis otak gila2 jugak..sama macam siha..siha rindu sangat kat depa semua..huhuhu

kepada naadhirah binti naiimi, nor amirah binti azhar, & nur salwa binti basri..siha rindu hampa semua..siha nak ambil peluang ni nak minta maaf kat hampa semua..and benda yang paling2 siha nak gitaw is "siha rindu n sayang  hampa semua"..sob3..3 tahun dok berkepit ngan hampa rasa best sangat2..huhu..siha rindu segala kenangan kita..

~with salwa basri (kak wa)

~with amirah azhar

~with naadhirah naiimi~




~random pics~










~kenangan besday dirah tahun lepas~


nak dedikasikan lagu ni kat hampa : 


ada satu movie ni,bila siha tengok ,siha akan nanges gila2..mengingatkan siha kat hampa..huhu


last but not least : best freind forever



4 ahli syurga in the house:

Siti fironika said...

semoga ikatan ukhuwah persahbtn korang berkekalan..isnyaAllah...

Myraamirah Azhar said...

Naasiha Sakina bt Rafiq Ahmed, hang tau tak entry hg ni bagi air mata aku laju jaa jatuh.. wehh Aku sayang hang, Dyrah ngan kak wa gak... InsyaAllah ukhwah fillah abadan abada... Aku tak dak kawan2 yang rapat dengan aku selain hampa.. sayang ketat2... ='(

seeha said...

@Siti fironika thanks ika..

seeha said...

@Myraamirah Azhar huhu,,ak rindu hampa semua..rindu sgt2.boring la bila xdak kawan ni..smbil tulis entry ni,air mata ak x brhenti mngalir taw..sob3