kenduri zuriyati zainuddin (05/06/2013)



assalamulaikum..
musim cuti sekolah ni ramai gila yang kawen kan..siha tengah teruja gila  nak tulis entry ni..hehehe..nak taw kenapa?sebab entry ni nak cerita pasal orang kaweng .hahaha..kawan siha,zuriyati zainuddin dah selamat jadi isteri orang..hehe..zuriyati ni classmate siha zaman sekolah kat maktab mahmud kulim dulu..dia sekolah ngan siha sampai awal tahun 2009 ja..pastu dia pi ngaji kat maktab mahmud sik pulak..and she is the first one yg kawen (dikalangan batch kitorang)..terus terang cakap,siha dah ada 2-3 orang kawan yang bergelar 'bini orang' ni..tapi majlis diorang siha x attend (sedih)..kenduri zu (nama singkatan beliau) ni siha sempat attend..wow!excited gila..

memula tu siha ingat siha dah x dapat attend kenduri dia since siha skrg dah kerja..kenduri zu ni pulak hari rabu..tapi alhamdulillah,siha dapat pi jugak atas ajakan kawan2..cewah! so,rabu tu siha cuti..

pagi rabu tu bangun kemain awal,teman mak pegi pasar..tetiba mak kata:
"jom pi klinik terus la,mata ang teruk sangat dah tu"..
siha memang sejak kebelakangan ni ada masalah dengan mata..mata jadi gatal,berair,and merah gila..pantang tersentuh mata sikit,mesti terus 'ter'gosok mata secara belebihan..#ciss.
pagi tu memang mata merah sangat..pergi pasar pon dalam keadaan cover2 mata..pakat tegoq yang siha ni baru habis nanges ka..hahaha.
so pegi la klinik,tapi orang ramai sangat..so,siha mampu tunggu sampai kol 11 pg je..turn siha x sampai2 jugak,so siha lari balik je la sebab baju pon x iron lagi..kang lambat pulak..kawan2 pulak gitaw nak ambil siha pukul 11 lebih..

so,dalam pukul 11 .45 kot,dirah and nad datang.depa ni kawan2 sekolah siha jugak..ingat kami bertiga ja,rupanya ramai lagi yang join..dirah parking kereta dia kat rumah siha,and kami gerak ke rumah kenduri tu denga kereta yana..yana datang ngan cik embun (mak angkat zu aka mak cik kantin sekolah kitorg dulu)..so,kami berlima la ceritanya..cadangnya kami nak pi dengan budak2 lelaki jugak,so tunggu la depa dulu.kebetulan yana tertinggal coklat yg dia nak bagi kat zu kat rumah dia,so patah balik pi rumah dia ambek coklat.pastu bebudak laki soh tunggu kat rumah pak hasan..tunggu punya la lama tapi depa x muncul jugak.then depa call pulak soh tunggu kat sekolah ..kami tunggu kat sekolah kami (MMKL),sementara dok tunggu tu,dan la kami menyembang2 dengan cikgu sekolah dulu.hehehe.kami tunggu kat sekolah agak lama la jugak tapi x sampai2 gak depa..lepas tu  kawan kami (syazwan & md zul) ajak tunggu kat rumah pak hasan pulak (again )..actually kami xkenal pon sapa pak hasan ni..rumah pak hasan ni kat sidam kiri..punya la jauh kami kena tunggu.tunggu kat sini lagi..lama gilaaaaaaaaaa tunggu..last sekali sampai jugak depa..bdk laki 2 kereta..so total 3 kereta la..kat kuala ketil,kami kena tunggu lagi sorang kawan kami (hafizudin)..hafizudin ni tahu lat mana rumah zu,kami yang lain x tahu..lepas dia datang,kami terus gerak ke rumah zu..pukul 3 baru kami sampai..fuhh,sepatutnya pukul 1 lagi dah sampai..huhuhu

rumah zu ni agak dalam dan tersorok sikit..kena ikut jalan yang agak sempit..nak parking pon susah sebab ramai yang datang majlis ni since ada dua pasang pengantin (zu ngan kakak dia)..hehe..lepas parking kena redah ladang getah, pengalaman baru ni..si nad pakai wedges beberapa kali terpeleot.nasib bek siha pakai kasut flat je,.dah lepaas ladang getah,kena turun satu tangga yang agak 'cerun'.kali ni si nad kena pegang kitorang,kalau x, memang x lepas la dia nak turun..

sampai ja rumah pengantin,bebudak laki pi 'membalun' dulu..semua pakat lapaq..kami pon lapaq jugak,tapi kami pi jumpa tuan rumah dulu,then jumpa zu bagi hadiah..dia memang gojes gila..cantik sgt..dia pon memang melayan kami jugak la..siap pi tempat makan kami lagi..husband dia pon jenis ok,and ramah jugak..teruja betol.

lepas tu kami pulak makan,time kami makan,budak laki dah habis makan dah..depa memang laju..
tukang hidang mknn tu letak banyak gila makanan kat kami..kami 5 orang je pon,tapi mknn kat meja tu mungkin cukup untuk 10 orang..habis makan,kami panggil zu (waktu tu dia ada dekat tempat org dok buat cabutan bertuah rasanya)..kami tangkap gambar dulu ngan beliau..#cewah..time ni rasa cam agak 'cewi' sikit.hehe..lepas tu,kami balik..otw nak balik,singgah masjid and solat..pastu,kami balik..hahaha..
tu je la yg nak siha ceritakan ..sekian terima kasih..


~gambar~

~time ni kat pejabat sekolah~



~nampak x muka sir? x nampak kan,sebab terlindung ngan tgn dia~

~nad (tudung purple) comfirm ngamuk kalau taw siha upload gambaq ni~


~coklat yana nak bagi kat zu,yang putih tu sedap gila~
p/s: coklat putih empat segi tu sedap gila










~time ni dekat rumah pak hasan~


~tengah menunggu hafizudin~



~zu & husband~


~spoting gila pengantin ni~





~bebudak laki~


~diorang sibuk dok godek2 beg goodies kami,nak 'curi' choki2 ..~


~leka dengan choki2~



~lepak2 dulu~





~faisal (baju hijau) tnya: sapa ada choki2 lagi?~


~
















last but not least, selamat pengantin baru zu..semoga panjang umur & murah rezeki.siha tumpang bahagia ..


p/s: maaflah sebab entry ni agak panjang..


1 ahli syurga in the house:

Myraamirah Azhar said...

wuntunglaa~~ btw, congrates ler mek ju.. dah selamat jadi isteri org dah pun... next turn is Naasiha Sakina kan?? =P