PRU 13

assalamualaikum..



ni first time rasanya siha mnulis entry yang berbaur politik..rasa macam pelik pulak..semua maklum yang siha x suka politik langsung..serius x suka..ni pon secara x sengaja je nak tulis pasal PRU 13 ari tu..x dapat dinafikan lah,PRU kali ni yang paling 'meletop' dalam sejarah kan?hehe..sebulan sebelum PRU pon siha dah boleh rasa aura PRU ni..siha malas nak amek port sebab siha bukan jenis yang minat politik..tapi since siha dah masuk keja,akak kat tempat kerja ni  (and boss) suka bagi knowledge politik kat siha.plus,abang siha pulak dah 'menggantikan' tempat abah siha,dulu abah siha yang paling semangat bila nak mengundi ni,kempen sana sini,tapi la ni bila dah x sihat,dia just boleh dok rumah and tengok ceramah2 politik di u tube saja..abang siha ntah dari mana tetiba dapat 'semangat politik' yang luar biasa..wpon dia sgt bersemangat dok cerita pasal politik,tapi still siha x ley nak minat..

a day before mengundi,siha dok ada kat opis,time tu around 4PM kot..abang kedai makan kat sebelah ni datang masuk opis,nak pinjam pen bagai,heran jugak..x lama pastu dok dengar riuh2 bunyi hon kenderaan kat luar..memang bising gila la..siha pon dok jenguk la tengok apa yg berlaku,rupa2 nya orang2 PAS 9pemuda pas kot,ah,xtaw la sapa yg dok mai tu,tapi pakat pakai baju hijau tu la) dok 'berflash mob' kat luar..ofis siha ni dekat ngan traffc light (simpang empat), so memang riuh ar jadinya..boss siha pon kata ar:

"ish,kalau dah jadi cam ni,mana leh dok dalam pejabat dah,jom2 kita keluar pi tengok,bg sokongan sikit"

puhahahahahaha..memang x ley blah la..kedai2 lain pon pakat x fokus berniaga dah,masing2 join sekali..macam2 reaksi boleh tengok time tu..ada yang sengaja lalu kat traffic light tu banyak2 kali semata2 nak bunyikan hon..ada gak yang terus berhenti and join flash mob tu..nampak org semua spoting blaka ar..time tu la siha rasa semangat politik mula menusuk ke kalbu sikit..sikit je la.x lama pastu,hujan turun lebat gila,tapi depa x berganjak pon..memang semangat la depa tu..orang2 cina poin join sekaki,and the best part,diorang lagi semangat dari org2 melayu kat situ,dok bawak sepanduk bagai..ada sorang chinese tu siap pesan lagi kat siha:

"esok lu jgn lupa pangkah ini parti taw, mesti undi taw,jgn lupa ar"

padahal siha belum boleh undi lagi..hahaha..mak siha pulak cerita,kat pasar pagi dia terserempak ngan sorang member dia ,member dia siap pesan lagi:

"idah,hang tgk tu,orang juai babi pon dok pasang bendera pas,dok sokong pas,kalaw kita pi pangkah BN,bodo ar"

hahaha..macam2 reaksi masyarakat..kelakar pon ada..menjelang pilihanraya ni semua orang start jadi kreatif kan,korang perasan x?hehe

ok,ni gambar flashmob ari tu :



~time ni belum ramai lagi~


~cuaca dah mula mendung tu~


~budak2 pon semangat,padahal depa ni just lalu  kt sini dgn niat nk beli ais krim kat kedai runcit depan tu je,tp tetiba excited nak pegang sepanduk bagai~


~bas ni menarik perhatian ramai org,dalam bas tu pon  ada ramai indian yg pegang bndera ni sambil bersorak kat dalam tu,bahagia gila kami tgk depa ni~




~ni namanya 'cincin rosmah'~

kredit gambar flashmob : rosli (org kedai sebelah)




dok asyik tgk depa ni sgt,sampai x perasan nak masok kol 7 dah,lewat siha balik ari tu..ngee
lepas flash mob,akak opis siha ni gi ceramah anwar..kebetulan abang,spupu,mak cik n pak cik semua pakat pi..akak opis tu cakap dia gi kol 7 lebih tapi tpaksa parking jauh gila,sesak baq hang..abang siha pi dah pukul 9 memang dah x boleh masuk..sesak gila ..pak cik siha cakap

"BN x kan dapat penang,nak mimpi pon x ley dah"

esoknya tu,siha pi meneman mak and mak cik siha gi ngundi..tetiba nampak ada bendera bagai lam keta,so tergedik2 la siha nak tngkap gambo,besa la kan,siha memang cewi sikit..bila dah tngkap gmbar ngan bendera, terdetik lam hati

"ish,macam pulun semacam je aku ni"
"ish,ak ni dah macam minat politik la pulak"


time upload gambar kat FB,org dok kata siha ni fanatik pulak,haiyaa..mampoih pi la kan,5 tahun sekali je siha nak jadi cam ni pon..lps PRU,dah x minat nak ckp sal politik dah..

lepas mengundi,malamnya tu dok tnggu rsult,oleh kerana lambat sgt + tahap kesihatan yang agak teruk,maka siha tido je la dulu..tup2 bagun pagi esoknya baca paper dgn tajuk muka depan "najib tawan lagi 5 tahun"..terus bertambah x sihat la siha jadinya..tu kira ok lagi,yang nak bagi siha bengang tu bila kedah dapat kat BN..oh no!!! x lama lepas tu dengar pulak cerita tuan guru nik aziz lepas jawatan..and  x lama lepas tu dengar cerita ustaz azizan kena potong kaki jugak..and macam2 lagi la berita yang mengejutkan..malaysia election day kali ke 13 ni adalah yg paling bnyk kontroversi dalam sejarah..

siha rasa semua orang pon x puas hati kan dgn keputusan PRU 13 ni,how come tetiba bleyh blackout merata alam, pastu boleh pulak peti undi hilang,ish..plizz la,nak menang tu biar la ngan cara 'bersih' sikit..curiga gila baq hang..

apa2 pon,najib still jadi PM,siha x kisah pon,siha harap dia dapat mentadbir negara dengan baik..soal parti mana yang menang,tu x penting,yang penting ,orang tu boleh tadbir negara..kih3..


saja nak share video ni,siha suka tengok video ni sbb ..erm,sebab..sebab..sebab kelakar kot..and sebab dia kreatif..hihi (BeN,PAtrick Star)

gambar 5 mei 2013 hari tu:


















kepada penyokong BN,sila jgn nak marah2 siha sebab menyokong pihak pembangkang,siha x marah2 pon bila hampa sokong kerajaan kan3?


2 ahli syurga in the house:

Normi Nieza said...

singgah slps pru13..:)

Myraamirah Azhar said...

ambuuii cik sihaa.. ilex luu.. kita tak cukup umuq lagi.. haha