hasil BB1M (baucer buku 1 malaysia)




assalamualaikum..

semua sedia maklum sapa yg belajar IPTA/IPTS,matrikulasi,tingkatan enam,and politeknik mesti akan dapat BB1M..siha antara yang dapat BB1M..tahun lepas dapat RM 200,and this year dapat Rm 250 plak..ramai yang excited dapat baucer ni,siha kurang excited sebenarnya..nak taw sebab apa x excited,sebab siha ni jenis yang x suka membaca..serius siha x suka baca..buku hasil BB1M tahun lepas punya pon siha baca x habis lagi..siha dapat baucer ni hari jumaat..1 mac 2013 kalaw x silap.

lepas dpt baucer buku tu,esoknya siha ngan salwa pegi kedai buku 1 malaysia..kat KL..siha x berminat nak beli buku lagi time tu,tapi pujuk diri sendiri untuk beli jugak beberapa buah buku,penat je gi sampai KL tu kalaw x beli pa2 kan?lepas ke pudu,kami ke pustaka mukmin pulak (area masjid india).and then pergi mid valley pulak.sakan la kami berjalan hari tu..
padahla guna baucer RM 50 ja..kah3..


pastu siha sambung shopping kat kedah pulak..naadhirah bawak siha gi HASANI hari tu (kat seberang jaya).siha spend RM 100, konsep hasani ni bila korang guna RM 100,korang akan dapat lagi RM 10..ngee.pastu hari tu siha pi ngan abang siha pulak..pon kat hasani jugak (landmark kulim)..so,siha habiskan baucer siha kat sini la..

so, hasilnya:


~this is worth RM 270..tq BB1M





~dalam banyak2 buku,buku "33 pesan nabi ni yang paling siha suka,siha suka cara pendekatan yg digunakan oleh penulis buku ni..agak santai..siha beli buku vol 1 waktu keluar ngan dirah..and vol.2 beli waktu keluar ngan abg siha..ni kiranya buku pertama yg siha habis baca..ngee~




~buku "ustaz azhar idrus live' pon best jugak..dia huraikan hukum hakam dalam bentuk yang ringkas dan kelakar..buku ni pon dah habis baca..ngee~








~buku 'tip dan petua kecantikan seharian' ni agak tebai and skop dia luas..tapi kira ok la..dalam buku ni,macam2 depa bincang~



 ~buku 'renung-renungkan dan selamat beramal' ni pon best jugak..banyak dok cerita pasal hadis nabi,i like..tapi sampai skrg masih belum habis baca lagi..sob3~



~buku 'tentang cinta' by pahrol mohamad juoi ni mmng superb arr..siha suka..semua spekulasi pasal cinta dia bincangkan dalam buku ni~

~ 'aku terima nikahnya ' by ustaz hasrizal pon best..tapi siha belum habis baca lagi,,haha..~



~'sebelum aku bernikah' by hilal asyraf ni dah lama siha cari..akhirnya jumpa jugak..dia cerita persiapan seseorang sebelum melangkah ke alam perkahwinan..awesome~


~majalah solusi adalah antara majalah kesukaan siha..and siha dah lama cari edisi ramadhan ni..akhirnya jumpa jugak kat kedai buku 1 malaysia..~


~buku 'cegah kanser dengan amalan makan & gaya hidup sihat' ni siha jumpa kat hasani..buku ni banyak bagi ilmu pasal kanser~


~ buku 'zikir penyembuh kanser' ni siha belum baca lagi..kui3~


~nak taw kenapa siha beli buku 'senangnya memasak....sayur'..sebab siha x reti masak sayur..itu adalah kerana siha x makan sayur.kih3~



~ok, buku 'cantik cara tradisi' ni best..siha suka gila..buku ni dah habis baca..bnyak tip yang depa bagi..buku ni under terbitan RAPI~


~buku 'fitnah terhadap sahabat Rasulullah' ni abang siha yang nak..siha beli ja la sebab dah blurr x taw nak beli buku apa..best buku ni,,tapi siha belum habis baca lagi~


~kitab fiqh perbandingan ni best taw..dia bandingkan 4 mazhab terus..jadi paham la sikit hukum hakam dengan lebih jelas..huhu~


~novel ni siha beli kat adik siha..projek memikat suami ni katanya seronok..adik siha pon kata best gila ceritanya..malangnya siha x berminat nak membaca..panjang sgt kot~


actually banyak lagi buku yang belum habis baca..siha memang x dak mood nak membaca + busy kemain..(cewah)...

PRU 13

assalamualaikum..



ni first time rasanya siha mnulis entry yang berbaur politik..rasa macam pelik pulak..semua maklum yang siha x suka politik langsung..serius x suka..ni pon secara x sengaja je nak tulis pasal PRU 13 ari tu..x dapat dinafikan lah,PRU kali ni yang paling 'meletop' dalam sejarah kan?hehe..sebulan sebelum PRU pon siha dah boleh rasa aura PRU ni..siha malas nak amek port sebab siha bukan jenis yang minat politik..tapi since siha dah masuk keja,akak kat tempat kerja ni  (and boss) suka bagi knowledge politik kat siha.plus,abang siha pulak dah 'menggantikan' tempat abah siha,dulu abah siha yang paling semangat bila nak mengundi ni,kempen sana sini,tapi la ni bila dah x sihat,dia just boleh dok rumah and tengok ceramah2 politik di u tube saja..abang siha ntah dari mana tetiba dapat 'semangat politik' yang luar biasa..wpon dia sgt bersemangat dok cerita pasal politik,tapi still siha x ley nak minat..

a day before mengundi,siha dok ada kat opis,time tu around 4PM kot..abang kedai makan kat sebelah ni datang masuk opis,nak pinjam pen bagai,heran jugak..x lama pastu dok dengar riuh2 bunyi hon kenderaan kat luar..memang bising gila la..siha pon dok jenguk la tengok apa yg berlaku,rupa2 nya orang2 PAS 9pemuda pas kot,ah,xtaw la sapa yg dok mai tu,tapi pakat pakai baju hijau tu la) dok 'berflash mob' kat luar..ofis siha ni dekat ngan traffc light (simpang empat), so memang riuh ar jadinya..boss siha pon kata ar:

"ish,kalau dah jadi cam ni,mana leh dok dalam pejabat dah,jom2 kita keluar pi tengok,bg sokongan sikit"

puhahahahahaha..memang x ley blah la..kedai2 lain pon pakat x fokus berniaga dah,masing2 join sekali..macam2 reaksi boleh tengok time tu..ada yang sengaja lalu kat traffic light tu banyak2 kali semata2 nak bunyikan hon..ada gak yang terus berhenti and join flash mob tu..nampak org semua spoting blaka ar..time tu la siha rasa semangat politik mula menusuk ke kalbu sikit..sikit je la.x lama pastu,hujan turun lebat gila,tapi depa x berganjak pon..memang semangat la depa tu..orang2 cina poin join sekaki,and the best part,diorang lagi semangat dari org2 melayu kat situ,dok bawak sepanduk bagai..ada sorang chinese tu siap pesan lagi kat siha:

"esok lu jgn lupa pangkah ini parti taw, mesti undi taw,jgn lupa ar"

padahal siha belum boleh undi lagi..hahaha..mak siha pulak cerita,kat pasar pagi dia terserempak ngan sorang member dia ,member dia siap pesan lagi:

"idah,hang tgk tu,orang juai babi pon dok pasang bendera pas,dok sokong pas,kalaw kita pi pangkah BN,bodo ar"

hahaha..macam2 reaksi masyarakat..kelakar pon ada..menjelang pilihanraya ni semua orang start jadi kreatif kan,korang perasan x?hehe

ok,ni gambar flashmob ari tu :



~time ni belum ramai lagi~


~cuaca dah mula mendung tu~


~budak2 pon semangat,padahal depa ni just lalu  kt sini dgn niat nk beli ais krim kat kedai runcit depan tu je,tp tetiba excited nak pegang sepanduk bagai~


~bas ni menarik perhatian ramai org,dalam bas tu pon  ada ramai indian yg pegang bndera ni sambil bersorak kat dalam tu,bahagia gila kami tgk depa ni~




~ni namanya 'cincin rosmah'~

kredit gambar flashmob : rosli (org kedai sebelah)




dok asyik tgk depa ni sgt,sampai x perasan nak masok kol 7 dah,lewat siha balik ari tu..ngee
lepas flash mob,akak opis siha ni gi ceramah anwar..kebetulan abang,spupu,mak cik n pak cik semua pakat pi..akak opis tu cakap dia gi kol 7 lebih tapi tpaksa parking jauh gila,sesak baq hang..abang siha pi dah pukul 9 memang dah x boleh masuk..sesak gila ..pak cik siha cakap

"BN x kan dapat penang,nak mimpi pon x ley dah"

esoknya tu,siha pi meneman mak and mak cik siha gi ngundi..tetiba nampak ada bendera bagai lam keta,so tergedik2 la siha nak tngkap gambo,besa la kan,siha memang cewi sikit..bila dah tngkap gmbar ngan bendera, terdetik lam hati

"ish,macam pulun semacam je aku ni"
"ish,ak ni dah macam minat politik la pulak"


time upload gambar kat FB,org dok kata siha ni fanatik pulak,haiyaa..mampoih pi la kan,5 tahun sekali je siha nak jadi cam ni pon..lps PRU,dah x minat nak ckp sal politik dah..

lepas mengundi,malamnya tu dok tnggu rsult,oleh kerana lambat sgt + tahap kesihatan yang agak teruk,maka siha tido je la dulu..tup2 bagun pagi esoknya baca paper dgn tajuk muka depan "najib tawan lagi 5 tahun"..terus bertambah x sihat la siha jadinya..tu kira ok lagi,yang nak bagi siha bengang tu bila kedah dapat kat BN..oh no!!! x lama lepas tu dengar pulak cerita tuan guru nik aziz lepas jawatan..and  x lama lepas tu dengar cerita ustaz azizan kena potong kaki jugak..and macam2 lagi la berita yang mengejutkan..malaysia election day kali ke 13 ni adalah yg paling bnyk kontroversi dalam sejarah..

siha rasa semua orang pon x puas hati kan dgn keputusan PRU 13 ni,how come tetiba bleyh blackout merata alam, pastu boleh pulak peti undi hilang,ish..plizz la,nak menang tu biar la ngan cara 'bersih' sikit..curiga gila baq hang..

apa2 pon,najib still jadi PM,siha x kisah pon,siha harap dia dapat mentadbir negara dengan baik..soal parti mana yang menang,tu x penting,yang penting ,orang tu boleh tadbir negara..kih3..


saja nak share video ni,siha suka tengok video ni sbb ..erm,sebab..sebab..sebab kelakar kot..and sebab dia kreatif..hihi (BeN,PAtrick Star)

gambar 5 mei 2013 hari tu:


















kepada penyokong BN,sila jgn nak marah2 siha sebab menyokong pihak pembangkang,siha x marah2 pon bila hampa sokong kerajaan kan3?


ikrar untuk turunkan berat badan (prinsip2 nak slim)

assalamualaikum..

ok,bila ditengok kepada size badan siha,siha rasa siha bukan orang layak untuk bercakap mengenai diet, atau apa2 yang berkaitan dengannya,tapi siha just nak share jer..siha sebenarnya memang dalam dilema sekarang..dilema apa?dilema berat badan bertambah tanpa belas kasihan..huhu..badan siha semakin hari semakin sihat taw..orang sekeliling pulak dah pakat2 tegur..sigh~..

hari tu waktu nak habiskan baucer buku,siha terjumpa satu buku, AKU MAHU SIZE S.buku tu x menarik sangat pun,tapi dekat belakang buku dia tu,dia ada bagi satu ayat yang best punya..ayat dia berbunyi macam ni:

Maka saya,
Protege obesiti,
Berikrar,
Bahawa sesungguhnya,
Akan Menumpukan,
Seluruh tenaga dan usaha saya,
Bagi mencapai berat badan ideal,
Dan menjaga,
Pemakanan saya,
Serta perut boroi saya, 
Dengan penuh kedaulatan,
Dan kesusilaan,
Berlandaskan prinsip-prinsip yang berikut:

Kepercayaan kepada diet,
Kesetiaan kepada mentor,
Keluhuran ketika bersenam,
Kedaulatan sayur salad,
Kesopanan dan kesusilaan.




macam kelakar bunyi nya kan,tapi bagi org yang nak berdiet atau nak turunkan berat badan,jom la kita sama2 ikut prinsip2 kat atas tu..hihi,,

~makan sayur banyak2~



~jauhi benda2 alah ni~

~ bersenam selalu~


prinsip2 diet senang je sebenarnya,nak istiqamah tu yang payah .nak cakap and bagi tips sapa pon boley kan..(easier said than done) *sigh




tu je, sekian terima kasih

pengalaman kursus kahwin (kursus pembangunan keluarga )

assalamualaikum

lately ni busy gila kot,x sempat nak update blog..

ni nak cerita sikit pasal pengalaman siha join kursus kahwin..ok,siha belum nak kawen lagipun.kat kolej siha tu, kursus kahwin adalah syarat untuk dapatkan diploma or degree..pelajar kena amek kursus ni time semester 5..so sepatutnya siha amek semester lepas la (oktober 2012),malangnya waktu tu siha kena praktikal dekat mahkamah,so terpaksa tunda kursus ni ke semester 6 (mac 2013)..

dengar kursus kahwin je terus siha rasa nyampah,sebab waktu tu study week dah,siha dok pulun nak siapkan thesis and nak study for final,tapi kursus ni tiba2 muncul pulak..and bagi orang2 yang ada 'pasangan' tu,pakat suka la..berbunga2 hati depa..tapi bagi yang solo cam siha ni,rasa cam benda ni x perlu ja..

kursus kahwin kitorang adalah selama 3 hari,bermula jumaat- ahad ( 08/03/2013- 10/03/2013)..kursus kahwin ni ada 14 slot kot? (ke 12 slot,eh,ke 13 slot,eh x ingat plak)..tapi belas2 jugak la..setiap slot tu wajib tndatangan sebagai bukti kehadiran kita..x cukup tandatangan,kena repeat ok..repeat tau,ngeri bunyi nya..satu tandatangan x de je,comfirm kena repeat..huhu..konsep kursus kawen ni cam kem orentasi plak rasanya..kami kena bangun awal pagi..pastu kena qiamullail..makan ada waktu,siap kena bersesak2 lagi..

bagi siha,kursus kawen ni best gila la,setiap slot tu ada je ilmu yang siha dapat.,antara tajuk2 slot

1-aqidah asas kebahagiaan rumah tangga
2-komunikasi antara pasangan suami isteri
3-pertunangan pernikahan
4- pengurusan harta
5-keberkatan dalam rumah tangga
6-pengurusan kesihatan diri dan keluarga
7-hubungan menantu dan mertua
8-thoharah (bersuci)
9-pengurusan masa dalam rumah tangga

tu antara tajuk slot yang siha ingat..yang lain dah tak ingat.(.sigh..)





sepanjang kursus kahwin ni,siha memang ngantok gila (except first day)..kursus kawen ni start ari jumaat,kol 8 malam,tapi setengah jam lebih awal dah kena ada kat sana..ada beberapa slot on that day..selesai slot pukul 11.45 p.m..pastu beratur ambek supper pulak..makanya sampai bilik dah pukul 12 something..dah sampai bilik,makan supper,pastu dengan perut yang dah agak kenyang,siha memang x ley tido..siha ni kalau nak tidur memang payah sikit,kena take time,kena golek2 atas tilam dulu,then baru ley tidur..kesudahnya siha tidur dalam pukul 2.30 a.m..pukul 3.30 a.m dah kena bangun..siap2,gi masjid sebab ada buat qiamullail..

waktu qiamullail tu ok lagi,sebab siha dok segar bugar lagi,lepas qiamullail n solat subuh,ada kuliah subuh (one of the slot jugak la),time ni mata dah start berat..tapi oleh kerana pengisian slot ni agak best (keberkatan dalam rumah tangga kot tajuknya :by ustaz fauzi sahar),so siha boleh bertahan lagi..then after that gi breakfast,makan pulak nasi lemak,memang makin meragam la mata siha ni..next slot tu memang menguji tahap kesabaran siha,mengantuk la hai..tapi oleh kerana slot yang ni pon cam best jugak,maka mata siha kembali tercelik,tajuk slot x berapa nak ingat,tapi pasal kesihatan la..dia ajar cara nak buat CPR,ajar cam na jaga baby, ajar cam na nak jaga kesihatan kita n keluarga kita and macam2 lagi la..memang best ar bagi siha..tapi bagi segelintir student yang lain,depa rasa topik ni cam x best langsung..so masing2 dah mula tidur,serius ramai gila yang tidur time tuh..sampai akhirnya biro disiplin mula datang and marah2 diorang suruh bangun,dia kata kalaw tido lagi dia x nak kasi tanda attendant..so mula la semua orang bangun..

dah habis slot tu,dia sambung dengan slot lain pulak tanpa ada gap yang pnjang..gap 5 minit je..dah la next slot tu dok cerita pasal harta,serius siha x minat langsung nak dengar,lagipun siha dah memang belajar dah pasal nafkah,harta sepencarian, wasiat bagai ni,so siha x hirau sangat pon la, but still siha dengar je apa yang penceramah tu bebel kat depan..

then next slot pasal prosedure perkahwinan kot..siha dok rasa mesti x best,nak pulak cerita pasal prosedure,bunyi 'prosedur' tu pon cam dah boring taw..and one more thing,siha x berminat pon nak dengar pasal prosedur kahwin tu,sebab penceramah tu nak cerita pasal prosedur kahwin negeri selangor,siha ni plak stay kedah,caranya lain la..and and and siha sendiri pon dah praktikal kat pejabat agama so dah taw la prosedur nya .tapi kan, kesudahnya slot tu memang best,mungkin sebab penceramah tu pandai buat lawak & x boring langsung..

ok,malas dah nak cerita pasal slot2 bagai ni.kang kalaw siha cerita panjang2 pon buat letih korang je nak membacanya.sepanjang kursus ni, slot yang paling best ialah slot yang disampaikan oleh penceramah luar (daripada JAIS),yang daripada lecturer kolej  tu pon best jugak,tapi maybe sebab dah pernah belajar ngan mereka,maka feel tu dah agak kurang la...so over all,kursus kahwen ni wpon memenatkan tapi sememangnya banyak menambah ilmu siha jugak..siha suka la kursus ni..so,siha tarik balik kata2 siha kat atas tadi yang kursus ni menyemak pala otak..haha..actually bukan orang yang ada pekwe /makwe or org yang nak kawen ja yang kena attend kursus ni (wpon namanya kursus kawen) sebab ilmu pasal benda ni semua orang kena taw..nak hidup kena la berilmu ok..hahahaha

ni ada sedikit gambar untuk tatapan pembaca (hihihi):

ni slot pertama kami (tajuk: pengurusan masa)



beg ni semua org yg join kursus kawen akan dpt..kami akan gna beg ni slama 3 hari kursus berlangsung


ni kat masjid,dok tnggu waktu nak solat subuh


mereka kemengantukan





~blur~


~masing2 dah mula tido time nih~





~kami ceria~



bila dapat bnda alah ni,semua org mula 'marah' tanda x suka..















mari membaca


~buah tangan~






~mmng ramai gila pserta kursus kawen ni,ni pmpuan ja,lelaki dok kat auditorium lain,sblom ni x asing pon,ni first time ar laki n pmpuan diasingkan~





~depa dah bgun tidoq~