thesis punya story..

assalamualaikum..

dah lama bebeno rasanya siha x buat any entry kat blog ni ..actually i was sooooooooo busy..and sebenarnya siha ada banyaaaaaaaakk sangat story yang nak diceritakan kat blog ni..tapi buat masa sekarang ni kurg bersemangat nak buat entry secara berjemaah..buat one by one je la ek..huhu..

ok,entry kali ni siha nak story pasal thesis yang siha buat..hampa jangan ingat siha ni belajar main2 taw,siha walaupon belajar di peringkat diploma,tapi dah kena wat thesis taw..adoyai..waktu siha semester 4, siha & kawan2 yang lain dah kena pilih tajuk untuk thesis..siha ada buat beberapa cadangan tajuk thesis untuk ditunjukkan kepada penyelia..

antara tajuk siha:
1-poligami tanpa kebenaran: satu kajian di mahkamah syariah rendah kulim.
2- perkahwinan bawah umur: satu kajian.

siha pon tunjuk ar tajuk2 tu kat penyelia..siha prefer tajuk kahwin bawah umur..tapi tajuk tu awal2 lagi ditolak sebab dah ada orang lain yang buat tajuk tu..so dapat tajuk kedua..malangnya tetiba siha x confident nak buat kajian lapangan..and siha pon cakap ar kat penyelia siha x nak tajuk tu..lagipon mungkin penyelia siha x perasan yang tajuk poligami  tu salah, sebab kat tajuk tu siha nak buat kajian dekat mahkamah rendah,padahal kes poligami   x dibicarakan dekat mahkamah rendah syariah pon..hehe.

so i end up nak buat kajian kitab..siha x nak buat kajian lapangan sebab kajian lapangan kita akan terikat dengan sesuatu tempat tertentu..agak sukar la bagi siha..ngee..siha pilih kitab Al-UMM,kitab Imam Syafie..kitab al-umm ni kitab utama dalam mazhab syafie and bahasanya agak 'tinggi'..penyelia siha suruh siha ambil bab pernikahan dalam kitab al-umm tu..waktu tu seronok sangat,sebab dok ingat kaji kitab ni senang la sikit..padahal sebenarnya ianya sangat susah..korang nak kena terjemah and buat ringkasan untuk setiap tajuk yang dibincangkan dalam kitab tu..abg siha ada bg kitab terjemahan al-umm,tapi dalam bahasa indon..dah la kitab tu bahasa tinggi,pastu pi terjemah bahasa indon plak..so memang susah gila la nak paham...ingat kalau terjemahan boleh memudahkan kerja,malangnya menambahkan kepeningan di kepala lagi ada ar..dia terjemah apa entah..

siha ngan kawan2 siha yang lain kena start buat thesis bermula semester 5 and kena submit waktu semester 6..sepanjang semester 5 siha just buat bab satu saja..bab dua x sempat nak buat lagi sebab sem 5 pemalas sikit..lagipun agak sukar nak jumpa penyelia time tu..siha ingat lagi,sem 5 budak2 corse siha kena praktikal, yang boleh praktikal hanyalah orang2 yang dah siap bab dua..yang belum siap,x ley praktikal..waktu semua orang mula nak stress+ tension ar..siha memang x tahu menahu langsung pasal syarat praktikal tu..memang ramaii yang x siap sampai bab dua lagi waktu tu..alhamdulillah,kami semua tetap dibenarkan untuk menjalani praktikal jugak..hehe..

so,bermula sem 6,siha gigih ar buat thesis..waktu sem 6 tu siha baru nak submit bab satu..hodoh gila perangai..hahahaha..tapi alhamdulillah,siha x dak banyak sangat masalah sepanjang buat bab 1 & bab 2..tapi bila sampai bab 3,dah mula la rasa kepala ni berat semacam..tapi alhamdulillah, siha mampu buat jugak..then came to last chapter, bab 4..bab 4 paling best,sekali hantar dah approve..tak kena nak buat pembetulan..bab 3 pon sampai draft ketiga je..bab pertama & bab kedua (bab yang agak mudah) pulak yang banyak draf..hahahaha..

sepanjang buat thesis ni jugak siha terpaksa  korbankan masa cuti siha taw..weekdays siha buzy dengan kelas+ assignment+presentation+mid term exam..so sabtu & ahad + public holiday saja la masa yang siha ada..hehehe..time study week baru la siha dapat settlekan semua bab..kiranya bab 1-bab 4 dah settle ar..so mai la pulak part untuk buat pra-jilid..nak kena buat pernghargaan,sinopsis,senarai kependekan,bibiliografi and macam2 lagi la..so study week memang x study ar jawabnya..thesis ni agak mengganggu siha time tu.sebab time sem lepas2,study week tu siha dah berkampung kat library dah.tapi sem ni siha dok buzy ngan thesis..and semester ni  siha x masok library langsong...x kisah la kan,nak study x semestinya kat library ja kan..ngee

so lepas abis exam,siha pegi jilid..naseb baik exam siha abis awal seminggu dari sepatutnya..so siha ada seminggu untuk settlekan thesis..ngee..siha pegi buat hard cover dekat UKM..kemain jauh lagi siha pegi..siha pegi berulang2 kali kot..first pegi untuk print thesis and buat cover..second time pergi untuk ambik thesis yang dah siap buat hard cover tu..kali ketiga pi untuk burn thesis tu masuk CD..siha boley je nak burn sendiri,malangnya habis muka surat lari..so terpaksa ar buat kat kedai..kedai tu siap buat design kat CD lagi..berbaloi ar ngan harga dia....

so,pada hari rabu bersamaan dengan 2/4/2013, selesai jugak ar thesis siha yang bertajuk " ulasan bab pernikahan dalam kitab al-umm karangan Imam syafie"..rasa sebak gila bila thesis dah siap (statement poyo)..rasa lega bila dah siap..pasal gred,siha x kisah dah..apa saja gred yg penyelia siha bagi,siha terima seadanya..ngee
















siha ambek kesempatan ni untuk berterima kasih kat semua kawan2 siha yang dah banyak bagi sokongan kat siha sepanjang siha dok buat thesis ni (naadhirah,amirah, salwa, azwa, shahirah, sarah,jasmina,suzaitul,amira nadia) and semua yang memabantu secara langsung ataupun secara tak langsung..semoga Allah membalas budi baik anda semua..ngee


0 ahli syurga in the house: