penjenayah terhormat


Assalamualaikum..
16/02/2013 (sabtu)
Ok, oleh kerana dah buntu x taw nak update apa kat blog, makanya siha nak citer sikit pasal aktiviti siha .
Seminggu yang lalu , kat depan pintu umah siha ada orang tampal flyers pasal bengkel penyembelihan halal..tarikh yang ditetapkan adalah pada hari sabtu , memandangkan hari sabtu adalah hari kebosanan (wpon keja bertimbun), maka siha dengan bahagianya nak join bengkel tersebut..tujuan siha join bengkel ni adalah untuk memantapkan skill menyembelih (kononnya)..ye la,dah nama pon org islam,kena la ambek tau gak pasal benda2 cam ni..kang nanti x ley nak beza plak sama ada benda yang kita dok mkn selama ni ayam or bangkai..hehe.. (kemain lagi aku ni)

Bengkel ni diadakan pada jam 9 pagi, and penceramah  untuk bengkel ni adalah pegawai JAIS..sepatutnya kawan2 siha join sekali, namun pada saat2 terakhir, mereka x dapat nak join atas masalah2 tertentu..oleh kerana semangat siha masih belum luntur lagi, maka siha hadirkan diri juga..siha agak gelabah jugak sebab org yg join bengkel tu semuanya org2 yg siha x kenal...huhu, jadi siha memulakan misi untuk beramah mesra supaya siha x terumbang-ambing seorang diri..bengkel ni start dalam pukul 9.30 pg..penceramah dia pon kemain best lagi..pandai buat lawak, and dia banyak gak share pengalaman dengan kami..

Habis belajar bab teori, sekarang ke bahagian praktikal pula..kami dibahagikan kepada 20 kumpulan..kumpulan siha no.14..satu kumpulan dalam 6-8 orang kot..siha pon x pasti berapa org,hehe..setiap kumpulan kena hantar 2 orang wakil untuk pi sembelih kat depan, budak2 group siha semua x nak sembelih..ada yang takut darah la, takut pisau la, takut dengan ayam pon ada, ada gak yang jenis lemah semangat..hurm, macam2 ragam, so siha dengan sukarela nya pegi ke depan,siha ajak lagi sorg bdk group siha untuk teman siha kat depan..siha akan menyembelih and partner siha tu akan tolong pegangkan kaki+kepak ayam..(pegang ayam pon kena ada teknik taw).. ok , siha Berjaya gak sembelih ayam ..teknik pegang pisau pon kena betol,tapi apa yg pasti, siha ni jenis berhati lembut,rasa agak kesian la kat ayam tu,rasa x sampai hati taw..rasa cam buat jenayah je , padahal sebelum ni dok mngadap lauk ayam tiap2 hari xde rasa bersalah pon..mwahaha, siha group first yang kena ke depan,alhamdulillah cara siha sembelih betul n kepala ayam x terputus, ada group lain yang telah memutuskan kepala ayam, kemain semangat lagi depa tu..pegawai JAIS tu siap ajar lagi cara2 nak siang/ lapah ayam tu dengan cara paling senang..so kesudahnya,bengkel tersebut tamat pada jam 12.00 pm..hehe
actually siha dah pernah join bengkel sembelih ni time sekolah dulu, sebab tu siha x teragak2 untuk mnyembelih buat kesekian kalinya..zaman sekolah dulu siha kena sembelih ayam + burung puyuh..waktu tu rasa kesian gila kat ayam tu..huhu..rasa gelabah pon ada gak..sebab tengok darah kluar banyak gila..siha ni bukanlah yang jenis takut darah sgt, just terkejut je la bila tengok darah kluar banyak2 cam tu..siha ni pulak boleh dikategorikan sebagai insan penyayang (perasan sikit), so haruslah x sampai hati..huhu

gambar bengkel penyembelihan halal:


~waktu blajar secara teori~


~ banner~






~group 14~



~siha n partner~


~dow wat muka bahagia plak dah~


~group lain~


~ayam yang dah meninggal~


~group kami lagi~



~ayam yg bogel~


~again~


~nak pastikan urat marih n halkum dh putus~




0 ahli syurga in the house: