penjenayah terhormat


Assalamualaikum..
16/02/2013 (sabtu)
Ok, oleh kerana dah buntu x taw nak update apa kat blog, makanya siha nak citer sikit pasal aktiviti siha .
Seminggu yang lalu , kat depan pintu umah siha ada orang tampal flyers pasal bengkel penyembelihan halal..tarikh yang ditetapkan adalah pada hari sabtu , memandangkan hari sabtu adalah hari kebosanan (wpon keja bertimbun), maka siha dengan bahagianya nak join bengkel tersebut..tujuan siha join bengkel ni adalah untuk memantapkan skill menyembelih (kononnya)..ye la,dah nama pon org islam,kena la ambek tau gak pasal benda2 cam ni..kang nanti x ley nak beza plak sama ada benda yang kita dok mkn selama ni ayam or bangkai..hehe.. (kemain lagi aku ni)

Bengkel ni diadakan pada jam 9 pagi, and penceramah  untuk bengkel ni adalah pegawai JAIS..sepatutnya kawan2 siha join sekali, namun pada saat2 terakhir, mereka x dapat nak join atas masalah2 tertentu..oleh kerana semangat siha masih belum luntur lagi, maka siha hadirkan diri juga..siha agak gelabah jugak sebab org yg join bengkel tu semuanya org2 yg siha x kenal...huhu, jadi siha memulakan misi untuk beramah mesra supaya siha x terumbang-ambing seorang diri..bengkel ni start dalam pukul 9.30 pg..penceramah dia pon kemain best lagi..pandai buat lawak, and dia banyak gak share pengalaman dengan kami..

Habis belajar bab teori, sekarang ke bahagian praktikal pula..kami dibahagikan kepada 20 kumpulan..kumpulan siha no.14..satu kumpulan dalam 6-8 orang kot..siha pon x pasti berapa org,hehe..setiap kumpulan kena hantar 2 orang wakil untuk pi sembelih kat depan, budak2 group siha semua x nak sembelih..ada yang takut darah la, takut pisau la, takut dengan ayam pon ada, ada gak yang jenis lemah semangat..hurm, macam2 ragam, so siha dengan sukarela nya pegi ke depan,siha ajak lagi sorg bdk group siha untuk teman siha kat depan..siha akan menyembelih and partner siha tu akan tolong pegangkan kaki+kepak ayam..(pegang ayam pon kena ada teknik taw).. ok , siha Berjaya gak sembelih ayam ..teknik pegang pisau pon kena betol,tapi apa yg pasti, siha ni jenis berhati lembut,rasa agak kesian la kat ayam tu,rasa x sampai hati taw..rasa cam buat jenayah je , padahal sebelum ni dok mngadap lauk ayam tiap2 hari xde rasa bersalah pon..mwahaha, siha group first yang kena ke depan,alhamdulillah cara siha sembelih betul n kepala ayam x terputus, ada group lain yang telah memutuskan kepala ayam, kemain semangat lagi depa tu..pegawai JAIS tu siap ajar lagi cara2 nak siang/ lapah ayam tu dengan cara paling senang..so kesudahnya,bengkel tersebut tamat pada jam 12.00 pm..hehe
actually siha dah pernah join bengkel sembelih ni time sekolah dulu, sebab tu siha x teragak2 untuk mnyembelih buat kesekian kalinya..zaman sekolah dulu siha kena sembelih ayam + burung puyuh..waktu tu rasa kesian gila kat ayam tu..huhu..rasa gelabah pon ada gak..sebab tengok darah kluar banyak gila..siha ni bukanlah yang jenis takut darah sgt, just terkejut je la bila tengok darah kluar banyak2 cam tu..siha ni pulak boleh dikategorikan sebagai insan penyayang (perasan sikit), so haruslah x sampai hati..huhu

gambar bengkel penyembelihan halal:


~waktu blajar secara teori~


~ banner~






~group 14~



~siha n partner~


~dow wat muka bahagia plak dah~


~group lain~


~ayam yang dah meninggal~


~group kami lagi~



~ayam yg bogel~


~again~


~nak pastikan urat marih n halkum dh putus~




keliling tasik KUIS

assalamualaikum..

ok, entry ni dah lama nak update sebenarnya, tapi oleh kerana malas, baru hari ni la boley publish..haha..

ni cerita lama, bulan januari hari tu rasanya..hari khamis..siha baru habis kelas,kelas siha habis pukul 5..sampai bilik,kawan siha (mira) mesej siha, ajak berkayak..i was "yeah2 nak pi berkayak"  (sambil melompat cam beruk mak yeh)..kat kolej siha ni, aktiviti berkayak untuk siswi ada hari khamis ja..ari jumaat untuk siswa pulak..siha dah lama sangat x berkayak..last sekali berkayak time 2009 (kat kem PLKN).. sebab tu bila mira ajak, siha excited terlebey2..siha send mesej kat dirah ajak dia pi sama, dia xnak, katanya takut..ajak salwa, pon x nak jugak..then mira tetiba hntr msj,dia kata x jadi sebab kawan dia yang lagi sorang x jadi nak pegi..alaa...hancur la harapanku..si dirah tetiba call,dia kata dia nak ke atm, oleh kerana a.t.m dekat ngan tasek, so boleh la round2 tasek.si dirah mmng x berani nak berkayak..so,siha ok saja. aktiviti berkayak digantikan dengan aktiviti keliling tasik kuis..si mira pon ikut sama..

sampai kat tasek, tengok org dok berkayak, rasa macam "wow, jelesnya,nak jugak.."..padahal sebenarnya dalam hati agak cuak,dah lama x kayak..lepas ke atm,kami berjalan2 pusing tasik je la..memang best bila keliling tasek tu ngan bff..keja bergelak + bgambar je..huhuhu..






~their lovely pose~



~yeay, we picked the flower~~baju & tudung sama warna, and yes, we didn't plan it~


~through the shadow, i look even more bigger~ sigh...in reality pon, siha mmng 'big'..mwahaha~

~we interrupt this pic~


~somehow, i have a 'granny2' look..


~twin~

~again interrupted this pic~







~how cute!~



~ we suddenly excited, that was my 'makeup-free face'..since 2013, i'm not wearing any foundation + compact powder anymore (just use when i very2 need it)..so,this is my terrible, horrible face..



~SMILE!~




semua pic diatas adalah diambil dari Amirah azhar..ngee..

 end note: oh, rindunya kat kawan2..right now semua pulang ke kg celebrate CNY ..perghh..


review: tonymoly tomatox magic white massage pack

assalamualaikum..

mesti ramai yang dok tengah gelak terguling2 bila tengok tajuk entry siha kali ni berkenaan dgn review beauty product..hahahaha..sebenarnya siha pon nak gelak gak..tapi nak buat macam mana kan, dah cuba produk baru, buat pi la review sikit kat hampa semua..hahaha

siha dok usha produk tonymoly ni berkurun dah, tapi waktu tu produk ni x berapa nak femes lagi , kalaw adapon,jenuh gak la nak mencari....one day, kat fb siha nampak satu page ni dok mnjual some of product tonymoly..berbunga la hati waktu tu..siha teringin nak ada produk tonymoly sebab product dia semua cute2 wei..sama cam product baviphat jugak..

~ni produk baviphat~


satu lagi knapa siha teringin sgt nak try benda alah ni adalah kerana :


hahaha,sebab joong ki pon terlibat ngan produk ni jugak..mwahahaha..

so ari tu siha dah selamat mencuba produk ni..siha beli trial pack ja,sebab siha nak tengok dia ok ngan my skin or not.kang x pasal2 membazir pulak...waktu siha beli tu herga dia agak murah berbanding biasa..6 pack = rm 10 je..1 pack tu cam banyak gak..bagi yg nak berjimat, 1 pack tu boleh pakai 2 kali..




produk ni bentuknya cam cream..cara nak pakai senang je..cuci muka bersih2, lepas tu,hampa ambek mask ni,sapu kat muka..biar 20-30 minit..lepas tu,hampa urut2 sikit muka ngan sisa mask kat muka hampa tu..lepas tu bilas..dah siap! lepas pakai mask ni, rasa kulit lembut n bersih..best woo..and one more thing, warna kulit muka hampa akan jadi cerah sikit..tapi kecerahan tu x berkekalan lama pon,dalam 3 jam je kot dia tahan..kecerahan yang jadi tu nampak cam ok je, xdela nampak macam tepung gomak pon..kalaw hampa nak effect putih yang lebih luar biasa, hampa pi ambek bedak sejuk nenek hampa and lumur kat muka..comfirm puteh melepak scara over kan3? ~gurau saja~..



~sebelum~,muka siha memang xde tempek apa2 benda pon time ni,ok,muka siha memang agak terok,kan?ha3~

~selepas~ muka xde pakai pa2.. gambar diambil lepas pakai tomatox tu..x banyak beza sangat pon kalau dilihat secara zahirnya,tapi sapa yang pakai,dia je la yang boleh rasa prubahannya.kan3?


secara kesimpulannya, siha suka produk ni..harga dia murah n effect dia pon macam WOW jugak..like it..lepas pakai,muka jadi cerah, lembut, bersih..ngee..

Rating : 4 bintang

endnote: lain orang, lain kesannya..