praktikal at mahkamah rendah syariah kulim

assalamualaikum..

satu tahun yang lalu,siha pernah menjalani praktikal (part 1) kat pejabat agama kulim..sekarang tiba masanya untuk praktikal kali kedua at mahkamah syariah kulim..yang bestnya tempat praktikal kedua ni satu building ngan tempat praktikal lama..dapat la den mengubat rindu kat staff2 pejabat agama..

kalau praktikal pertama siha just berpraktikal sorang2,untuk praktikal kali kedua siha berpraktikal ngan kawan siha..ada geng la ceritanya..

hari first semua berjalan dengan lancar ..staf mahkamah pon semua ramah2 belaka..tuan hakim pulak sangat baik..setahu siha hakim selalunya straight..but this time hakim sangat cool..baik orangnya, beliau sgt x sombong..ngee

cuma yg x bestnya praktikal kat mahkamah adalah ianya agak 'memeningkan' berbanding kat pejabat agama. so, pening +stress  la jadinya..

hari first kat sana siha mintak nak tengok perbicaraan mahkamah yg real..alhamdulillah,depa benarkan..agak taajub tengok perbicaraan,x sama cam mock trial sangat..pastu tengah hari pulak dapat tengok satu sebutan kes..kes ni dari 2010 lagi (if not mistaken)..pihak plaintif n defendan ada masalah saksi pulak kali ni & ada sedikit masalah lain (x ingat masalah apa),so kes ditangguh,si plaintif (isteri) ni keluar je dari dewan bicara terus menangis..siha buat x taw ja,dalam 10 minit kemudia dok dengar kelam kabut kat luar,staff2 bagitaw yang si plaintif kena pukul/tampar dengan defendan (suami)..sampai pengsan si plaintif..kecoh la jadinya..perkarangan mahkamah tetiba jadi riuh sat.for me,.this does not make sense! kat mahkamah pon boley buat perangai ke?..ish3..biasa la,dalam keadaan marah,sapa2 pon boley hilang pertimbangan kan?haha

hari ni (isnin) dapat pulak tengok pernikahan secara wali hakim..oh,that so awesome..siha & kawan siha dapat dok depan sekali (dekat ngan area saksi,hakim,&pengantin) ..kami dengar khutbah nikah yg mnyentuh qalbu (poyo nya kaw siha!)..si wali hakim ni agak teliti orangnya..so majlis agak lama..sebelum menikahkan pasangan tu,hakim suruh si pengantin lelaki try lafazkan akad nikah yg dia dok pulun hafal selama ni.lafaz yg dilafazkan ok ja pada mulanya. hakim tetiba suruh pengantin tukar lafaz dari (aku terima nikahnya ~nama pengantin prmpuan~ dengan mas kahwinnya rm1100 tunai) kepada (aku TERIMALAH nikahnya BAGI DIRIKU ~nama pengantin perempuan~ dengan mas kahwinnya rm100 tunai).oleh kerana lafaz telah diubah,maka si lelaki agak gagap la..actually siha pon boley gagap kalaw gitu jadi nya..maklumla si lelaki tu dok ngafal lafaz yg dia reka dah lama,so tetiba kena ubah pulak..ngee..akhirnya dia selamat dinikahkan dengan dua kali lafaz..hakim tukar lafaz tu dek kerana lafaz  yg diolah adalah lebih molek katanya..

ok,sekarang siha harap segala urusan praktikal siha dipermudahkan..amin..









0 ahli syurga in the house: