mock trial sudah selesai! (tips untuk mock trial mahkamah syariah)

assalamualaikum..


~amaran,entry ni mungkin tidak sesuai dibaca oleh mereka2 yg x suka subjek undang2,selain itu,entry ini juga agak pnjg~


hari ni siha sudah berjaya menempuhi mock trial...alhamdulillah..sejak masuk semester 5 ni,hati siha x pernah tenang sebab dok terbayang2 mock trial..pernah teriak gak la pasal mock trial ni..tension mock trial, tension esaimen,dan tension thesis adalah berbeza bagi siha..sejak minggu pertama semester 5 lagi siha dah dihantui dengan macam2 persoalan dan bayangan pasal mock trial..org yg pnah  mock trial sahaja yg akan faham apa yg siha rasa..

dalam kelas law minggu ptama,sir farouk (pensyarah) dah excited bagi group..setiap kmpulan ada 4 org (2 org pguam plaintif + 2 org pguam defendan)..siha telah terpilih untuk jadi peguambela untuk defendan..agak mencabar untuk mempertahankan org yg sememangnya dah bersalah..kena pandai kelirukan pihak lawan (plaintif) untuk bagi kes kita menang..sir farouk buat mock trial bukanlah nak tgk cara kita fighting,tapi tujuan asal dia adalah nak mahirkan student dia dengan prosedure mahkamah..untuk student diploma syariah undang2,kami dikehendaki mmbuat saman+ pnyata tuntutan (peguam plaintif yg kena buat) ..bila dah dapat saman dan pnyata tuntutan,prosedure setereusnya ialah kena buat pnyataan dan tuntutan balas (kerja peguam defendan)..yg akhirnya dibawa ke perbicaraan penuh (ni kna buat mock trial la)..kat perbicaraan penuh ni la yang bagi semua plajar2 jadi haru biru sikit..sebenarnya nak buat saman dan pnyata tuntutan + pnyataan dan tuntutan blas  pon bukan senang,agak susah jugak..berminggu2 siha stress ngan bnda alah tu..mana x stressnya,kita btul2 kna jadi peguam la waktu tu..siha kena buat seolah2 yg siha btul2 ada anak guam,walhal anak guam tu x penah wujud..masalahnya disitu la..bayangkan kat saman dan pnyata tuntutan tu siha&the geng kna letak IC anak guam (maka terpaksalah amek IC org buat pandai pi edit tukar nama/no ic),pastu kena reka surat nikah,surat cerai (yg ni pon tpaksa la wat keja pmalsuan ,pi edit nama,tarikh nikah,tarikh ikut kalendar islam,nama wali,nama saksi, & lain2 lagi) surat nikah dan cerai pon kena alert gak kat mana psgn tu mnikah..anak guam siha mnikah kat johor,makanya surat nikah mstilah dikeluarkan oleh negeri johor..kalau silap pi buat surat nikah,boleh dikenakan penalti taw..naseb baik kmpulan siha terselamat..bertambah rumit kerja kami sebab fakta kes terangkan yg si siteri (plaintif) pnah kena pukul,so kami kena pi cari laporan polis,pastu kna bagi bukti perubatan lagi..haish,sgt rumit yer,

habis kat saman dan pnyata tuntutan,tibalah masa untuk buat pnyataan dan tuntutan balas..yg ni peguam defenden yg kena buat..ini sgt mncabar sebab kita kena suarakan ketidakpuasan hati kat tuntutan  plaintif,and kemukakan tuntutan2 lain (jika ada)..anak guam siha iaitu encik kamal dikatakan sering memukul  bekas isteri (si plaintif)..bila dikatakan yg si isteri tu dipukul,siha dah gabra dah sebab rasa cam susah nak defend org yg buat salah,tapi terbit idea yg x disangka2 iaitu siha and geng ckp yg plaintif ni reka cerita..kah3..lantak la kan,sapa soh pihak lawan siha (plaintif dari firma yg berlainan) x kemukakan bukti yg tepat..kita kena pandai ambek peluang la..hahah..


jap,siha nak kabo ni,sebenarnya walaupon kumpulan siha ada 4 org,2 mwakili plaintif,2 mwakili defendan but kami x fight dengan ahli kmpulan kami,kami dah pon diberikan lawan kami dari firma yg lain..contohnya siha dan ina (we are defendan) dari  TETUAN OMG & PARTNERS,kami akan berlawan dengan plaintif dari TETUAN HAIQAL & PARTNERS..baru la mock trial namanya kan..~jgn gelak ngan nama firma siha yg ntah pa2 tu,tu semua angkara group member siha yg nak kan kelainan kononnya,padahal dapat markah penalty kat situ.. lps insiden tu smua org dah label kami as OMG!!!!!!~

selepas dah bagi pnyataan pmbelaan kpada plaintif dari firma lain,maka cukup seminggu kes akan dibuka di mahkamah..mahkamah kitorang ialah MAHKAMAH TINGGI SYARIAH SHAH ALAM..mahkamah tinggi sebab kami plaintif menuntut harta sepencarian selepas penceraian and hak pnjagaan anak..

maka hari ni,cukup semiggu lepas pnyerahan pnyataan pembelaan,maka kes dibicarakan..group siha adalah group ptama wal hal kami group ke 5 (yg last )..ni adalah kerana plaintif kami dari kmpulan 1..~naseb badan~..mula2 rasa kecewa tapi bila pikir balik rasa beruntung plak jadi group ptama sebb habis prbicaraan kami dah boley lompat2 kegirangan and bg group ptama,sgala ksalahan kcil2 ni akan diampunkan oleh hakim yg dilakonkan sndiri oley sir farouk.

semalam siha da wat preparation untuk hari ni (perbicaraan penuh)..study sgala buku enakmen yg ada..and kmudian baca balik fakta kes.tidur siha semalam ibarat mcm x tidur ja.dok byng keadaan dlm mahkamah ,takut wei,hakim dah la garang tahap gaban..

hari ni,awal2 lagi dah bangkit..siap2 pi kelas law..rasa skema ja bila pakai baju hitam putih+ blazer+tdng putih+ kasut tumit..rasa cam btul2 pguam aih..masuk kelas plak semua dok ckp "wow,siha cam lawyer la",
"tudia,siha nampk cute ar arini" (depa kata comel sebab depa x pnah tgk siha pakai tdng putih sesuka hati )..
classmate siha ucap gud luck and bg kata2 semangat..(syng depa gila2)..ari ni x semua yg fight pon,just kami berempat. .2 plaintif dari firma haiqal& partners,lagi dua (kami) defendan dari OMG & partners..ramai bg sokongan kat siha sebab depa taw pihak lwn siha agak 'merbahaya'..satu perkataan yg sukar ditafsirkan..

alhamdulillah,segala nya berjalan lancar..rasanya pihak plaintif lebih bnyk mndapat bantahan dari hakim (dan juga dari kami as pihak lawan dan juga dari hadirin yg dtng)..berbanding group kami yg x dapat bntahan dari pihak sebelah sana mahupun audience,akan tetapi dari hakim itu ada la yer,tp bukan bantahan , ia lebih kpada soalan.. sebab pnyataan pembelaan siha ada sedikit kesilapan tulisan (typing eror) .and ada bbrapa fakta kami yg hakim x brapa setuju,tapi agak ok la,mmng hakikatnya siha dah boley duga yg soalan  dari hakim akan ada,dah nama pon defendan kan,haruslah knyataan kita selalu dipersoalkan..walaupon hakim agak garang,tapi rasa cam ok jer..Allah permudahkan segalanya..atas sebab dari bantahan kami kepada pihak lawan,maka kami telah mndapat sedikit extra mark..tugas siha & ina dah selasai,skrg tnggu turn pihak plaintif (jef & ilah) dari group kami plak untuk present..kwn2 semua dengki kat siha..katanya siha dah boley relax..kwn2 ku,jgn la berdengki yer..


~xda mood sgt nak ambek gambar,ni saja ambek pon nak buat kenangan~hihihi



~nak poyo kan diri sat sementara menanti hakim yg bijaksana sampai~



~gambar realiti,siha ngan ina tgh teliti kes.manakala lah dan jef dok wat blurr~



akhir kata,terima kasih kpada semua yg terlibat terutama kepada geng OMG,geng diploma syariah perundangan islam (DSPI ),dan sir mohd farouk bin mat nor,..

...................................................................................................................................................................

tip2 bagi mnghadapi mock trial (mahkamah syariah):

1-sewaktu hari perbicaraan,bila hakim masuk,kita mesti bangun tanda hormat.
2-perkenalkan diri kepada hakim (selalunya pihak plaintif yg akan mmbuka bicara)..contoh :assalamualaikum yg ariff (biarkan yg ariff mnjwab salam terlebih dahulu),saya (nama) dari tetuan (nama firma) mewakili anak guam saya dari pihak plaintif serta rakan bijaksana saya (nama peguam defendan) mwakili anak guamnya bersedia untuk mmulakan kes pada pagi ini....

biasanya camtu la pmbukaan dialog dalam mhkamah syariah..

3-pakaian mesti HITAM & putih..
perempuan: baju hitam+ tdng putih
lelaki: baju putih,seluar hitam (jgn ttukar yer)

4-bawak buku enakmen yg bersesuain dengan kes..

kita x boley ramal apa yg akan ditanya oley hakim,so prepare la siap2..awas,klw anda x boley jawab soalan hakim, itu adalah ptnda buruk..hakim mahkamah semuanya garang2 okey..lebih teruk lagi klw tuntutan kita x diluluskan.boleh jadi kdng2 hakim akn tnya kita pasal tuntutan,tuntutan balas kita dibuat brdasarkan seksyen apa..

5-nota

bagi memudahkan urusan perbicaraan,sila lah bawak sgala nota atau catatan anda bkaitan ngan kes tu..semestinya ada nota yg kita pnah buat untuk kes tu kan,mustahil xdak langsung..nota boley mmbntu kita disaat kita tetiba jadi bengong..ini yg dilakukan oleh kbnyakkan peguam senior.

6-study kes sebelom masuk perbicaraan

klw fakta kes pon x tawu,itu adalah sgt bhya,mungkin korang akan dihalau oleh hakim.

7-jgn gelabah

hakim x suka tgk org gelabah,trust me

8-minta pendapat

bagi yg nak mock trial,sila lah bertanyakan pngalamn mock trial dari senior2..ini amat mmbantu,pastu klw x faham pa2,tnya la kwn2 kita..walaupon kwn2 kita tu sama2 peguam (peguam olok2 la),namun rasanya mesti depa x kisah pnya nak bkongsi ilmu..lagipun,bila depa share apa2 pon dgn kita,itu sama sekali x mnggugat mereka,depa kena menangkan anak guam depa,soalan hakim semestinya berbeza2..(hampa paham dak siha dok merepek apa ni?)

9-gunakan pkataan yg indah/sopan

korang kena bajet cam korang jadi org baca berita waktu hari perbicaraan nnti..gunakan pkataan yg ariff (kpada hakim),anak guam plak kna pnggil cik,encik,puan..jgn panggil kakak,abg,pak cik, mak cik..mmng nak kena penalty la korang klw pnggil cam tu..lagi satu klw ada apa2 ksalahan /atau hakim jmpa ada ksalahan kat fail2 korang,sila lah mohon maaf yer..(mohon maaf  yg ariff,saya dengan tidak sengaja mlakukan ksilapan tersebut)..klw korang nak mencelah atau nak terangkan sesuatu ke,ckp elok2 yer (yang ariff,izinkan saya untuk menerangkan mngenai lampiran bla bla bla..)

10-jgn mngalah

korang cepat mngalah taw,selagi idea korang ada,selagi tu la korang kena fight,tapi klw dah blurr semacam tu x leh nak kata apa dah la..


11-baca doa 

mohon pada Allah supaya mmpermudahkan segala urusan..


tu la kot apa yg siha boleh kongsi sikit2 dengan org yg nak hadapi mock trial,siha x pandai sgt pun,saja nak share apa yg terbuku di kpala..jgn dok kata siha riak plak naa..







1 ahli syurga in the house:

dayang azraazreen said...

assalamualaikum kk seha...
alhamdulillah setelah baca entry kk ni,takat ni bole faham mengenai mock trial...sebelum ni tertanya2 juga..dan kk kta akk ambik perundangan syariah....
walaupun entry ni agak pnjang,tp sy dpt bca sehingga habis..(bukan senang taw sy nak bca entry smpai habis,hehehe)..sebenarnya cita2 sy memang nak jdi peguam syariah,dan alhamdulillah sy jmpa blog akk,mungkin sy boleh jdikan blog ni sbgi rujukan pengetahuan sy..insyaAllah..
kalau akk x keberatan mungki sy nk ajukan soalan,walaupun sy dah baca,tp ada setgah perkatan yg sy kurang faham iaitu berkaitan 'plaintif dan difenden'...ape yg dimaksudkn dgn plaintif n difenden??kalau tgok perktaan difenden mungkin sy boleh faham lagi,cuma keadaan yg masih samar..:)

terima kasih perkongsian entry ni..dan sangt berguna bagi sy..
syukra jazakallah khairan :)