wordless thursday: lets meroyan with vanila coklat + lets gelak kuat2 (orang utara only)


assalamualaikum..nak wat entry tapi x taw nak tulis apa,so i put this pictures to let u oll know that the "virus" of vanila coklat is still with me..anyone know how to get rid of this "virus"??














yesterday i found this: (x dak kena mengena dengan vanila coklat,sapa oqang utaqa bley la baca noo)



kata yang x terluah..


 i know sometime i agak lurus bendul..but jgn suka2  nak manfaatkan kelemahan saya untuk kesenangan diri anda..Allah itu adil..

diet dan kekangannnya

assalamualaikum..

ok,semalam citer pasal drama,ari ni nak citer pasal diet pulak..beberapa bulan yang lalu,siha ada tulis satu entry pasal siha nak mulakan misi diet siha start awal tahun ni..siha dah mula berdiet pada awal tahun ni..alhamdulillah..malam2 pulak jogging.diet pon brjalan dgn lancar, ditambah pulak dengan kehadiran clenx tea yang sedikit sebanyak membantu perjalanan diet siha..ngee..but tu waktu awal january dulu,but what happen now?? diet tergendala..kenapa?? sebab ada banyak kekangan la pulak..antaranya:

1- sibok ngan assigment,so waktu makan berubah2 tanpa mempedulikan diet yang sedang dijalankan
2-malam2 x ley jogging sebab sibok discussion..pagi ada kelas,petang ada kelas,so x de masa nak jogging kecuali ari cuti  saja..tapi hari cuti rakan jogging siha balik rumah dia pulak.
3-stok clenx tea habis..x larat ar nak keluar nak pegi mines or mid valley..
4-mood mengidam datang bertubi2..siha kalaw ngidam mmng teruk,ibu2 mgndung pon x cam ni taw..sampai nangis2 kalaw xdapat..
5-tension memanjang: bila tension,i will never let myself hungry..bila perasaan tension + kelaparan,maka keadaan tension tu akan bertambah teruk..so,kena elakkan rasa tension tu dengan mengenyangkan perut..
6-big apple,kfc,mc'd yang x penah tobat dari mengganggu misi diet siha
7-berjaga malam: woo,korang klw nak diet jgn jaga malam taw,sumpah perut akan terasa lapar..siha nak tido awal tapi x boley sebab siha kena siapkan assgmnt,slide presentation, baca buku for mid term,hafal apa yang patut..xde masa la nak buat waktu lain..
8-pengaruh kawan2: kalaw kawan2 ajak siha ke cafe,siha cuba untuk tolak,but depa tetap memaksa..so pegi kononnya nak makan kuih,or sandwich, tapi tetiba nampak cam ayam goreng dok panggil2 nama siha,,ades,tension la..


huh,banyak la kekangan dia..but its okay,i will never give up ..i promise myself to continue with this horrible diet mission..yeahh!!..~tetiba semangat~.tapi x ley nak jnji yang misi ni akan berjaya atau x..klw berjaya alhamdulillah,tapi klw x,redha je la..buat masa sekarang ni dah ramai SANGAT yang tegur pasal badan siha..nak pegi mana pon rasa malu taw..hari tu pi pasar malam,ada abg pasar malam ni tegur dia tnya yang siha ngan mak siha ni adik beradik ke??mak siha jawab "eh ,dak aih,ni anak saya"..dia balas: " amboi kemain besaq lagi adik ni nohh,kalah mak dia.."..huh,sentap la siha waktu tu..terpadam la mood siha wat semntara waktu..but hari tu kan,mak cik siha puji yang badan siha cam dah turun sikit...~alhamdulillah~

 ~waktu hantar si hewon pegi PLKN..1st january 2012~



~ladies night in the middle of january 2012~


~badan yang sangat gemok~
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
my target




footnote:rasa cam nak kena buat diet lemon cam beyonce ni..boleh hilangkan 20 paun dalam 10  hari..

review drama vanila coklat

assalamualaikum..

direct to the point je la ek..siha suka gila tgk vanila coklat..sebelum ni siha selalu dgr org dok cakap yang drama ni best,but siha wat x taw je..siha sendiri pon x tawu vanila coklat ni sapa pelakonnya..lately ni dok nampak ramai orang dok share gamba sorang mamat ni kat fb (gambr kat bawah ni)..siap mngaku pakwe depa pulak tu..



bila tgk gamba kat laki ni,i wondering who is this guy..nak kata hensem sgt pon x,tapi napa ramai gila yang minat dia..kalaw pelakon,dia ni sapa??apasal x penah tgk dia blakon pon??
huh,mcm2 persoalan yang bermain dia kepala hotak siha..akhirnya tawu la saya bhawasanya dia ni pelokon vanila coklat,patut la x penah nampak..

stop talking about aiman,lets talk about the drama pulak..bagi siha, ni drama romantic paling best siha penah tgk..x macam drama nora elena (tiba2 drama nora elena dikaitkan)..and drama ni x heavy cam drama tentang dhia...(tentang dhia pulak dikaitkan)..drama ni best sebab jalan cerita dia yang sgt menarik hatiku..bagi korang yg x minat citer ni,apa yg boleh dikatakan,mungkin citarasa kita berbeza..ngee.tapi citer ni best la..semalam siha ambek citer ni kat kawan siha,ada 9 episod buat masa sekarang and siha dah selamat khatamkan sembilan episod tu dalam satu malam sahaja..maybe korang rasa benda tu biasa but not for me,sebab siha ni jenis x reti tgk drama sekaligus..ni first time buat keja terkutuk ni..hehe..bila tgk cerita ni,korang mungkin mngalami:

1- sakit perut (sebab gelak banyak sgt sebab tgk si amir  izara,mama,papa,mummy,& daddy punya perangai)
2-tersenyum sendiri (romantic sgt)
3- nangis tahap minimum (the first 9 episode x mnyayat hati sgt)

knapa drama ni best??

1-perasaan benci btukar cinta:-sebab amir ngan izara adalah manusia yang suka bergaduh setiap kali bertemu di kolej,izara benci amir sebab amir ni kaki pmpuan..amir pulak x suka zara sebab zara suka cari pasal ngan amir..

2-perkahwinan pilihan mak bapak: amir ngan izara dipaksa berkahwin atas permintaan parent masing2..depa nak izara n amir jadi matang sikit..

3- keindahan cinta selepas kawen: si amir ngan izara x penah bcinta,depa dipaksa bkawin..waktu mula2 kawen perangai depa still sama,but x lama pastu masing2 berubah..

4- perkahwinan  semasa study : depa ni kawen waktu depa menuntut di kolej..amir ni malas sikit,zara plak rajin..lepas kawen,masing2 dapat result yang gempak.

5- sifat caring n loving amir membuatkan korang x keruan...



 i reallly cant wait for the next episode..


footnote : best la tgk lelaki caring n loving cam amir tu..(ayat gedix)

running man

assalamualaikum...

rajin plak siha update blog..maaf la klw ada yg x suka ..huhu



actually this entry nak cerita pasal running man??ada sesiapa pernah dengar pasal rancangan ni??..running man adalah sebuah rancangan yg sangat menarik..kenapa menarik,sebab rancangan ni ialah variety show..orang2 yg sertai running man ni adalah mereka2 yang popular di negara korea..ngeh3..(terasa ayatku seperti keling )..
SEJUJURNYA,siha adalah antara manusia yang TIDAK MEMINATI artis2 korea,lagu2 korea,drama2 korea,filem2 korea,makanan korea,and apa2 yang ada kaitan dengan korea..tapi malang sungguh diriku ini,sebab semua orang disekeliling siha semuanya minat korea tahap kritikal..kawan2,adik2,sepupu2,kawan2 kelas,kawan2 rapat semuanya minat korea..adik siha plak jenis tiap2 bulan je mesti pegi kedai mamak buku untuk beli buku e-pop..sanggup plak beli buku padahal sebelum ni apa jua jenis majalah x pernah dia beli, kawan siha pulak sanggup pi beli tiket konsert yg harga nya beratus2 padahal pegi konsert tu bukan ley nampak artis tu sangat pon..haishh..sungguh tertekan dikelilingi oleh orang yang bersifat aneh seperti mereka..

tapi akhirnya penyakit mereka dah pon dijangkiti sedikit oley siha,tapi penyakit siha masih di tahap biasa2...yang boley minat running man ni sebab satu hari tu,kawan siha ajak siha ke bilik dia..temankan dia sebab roommate dia x de..jadi dia ajak siha tengok running man,siha malas la nak mengelak,so melayan je la..mula2 tengok x berapa nak paham konsep running man,tapi bila dah khatam beberapa episod,baru la bley faham,.sesiapa yang belum pernah tgk running man,sila la tengok yer,siha jamin korang akan gelak sampai sakit gigi nanti..rancangan ini adalah sangat disyorkan kepada mereka2 yang sedang murung +sedih (kalaw x hilang sedih gak,pi semayang 2 rakaat + baca quran + zikir)

antara peserta yang sangat siha suka ialah...

1-joong ki....





kenapa minat dia??sebab dia comellllll..sangat comelll..muka baby face even umur dah 26 tahun..dia ni pelakon drama korea sebenarnya..beliau artis korea pertama yang siha minat taw.nickname  dia dalam running man is flower joong ki.,sgt cute la nickname dia.malangnya pada episod 41 dia telah mniggalkan running man,nak fokus dengan career dia.but reappeared in episode 66 sebagai tetamu undangan..ramai yang cakap siha ngan joong ki sangat sepadan ..(~tiba2~),,

selain dari joong ki,siha turut meminati 




2- kwang soo

okay,korang tgk muka dia pon dah macam lawak kan?? haha..dia ni susah ketawa akan tetapi dia selalu bagi orang ketawa..dia ni blurr,trust me..thats why siha minat kat dia..kalw dia x dak dalam running man,mesti x best punya...dia ni pon berumur 26 tahun jugak..tapi muka dia x baby face cam joong ki kan3?? tapi korang kena tahu,dia ni tinggi woo...193 cm tu !!!..


3-kim jong kook


dia ni pulak sgt garang orangya..ramai yang takut dgn dia sbb dia yang paling kuat dlm running man ..dia ni jugak paling hebat dalam "menangkap" orang dalam race mission..dia mmng hebat lagi handal..kalaw x silap,dalam episod 3, peserta running man kena terjun ke dalam kolam (ala2 macam suka sea)..jong kook lompat dari ketinggian yang paling tinggi dengan terjunan yang lain dari yang lain..terlopong siha tgk..ngeh3..




actually,semua pserta running man ada karakter depa sendiri..3 peserta yang siha senaraikan kata atas tu adalah yang paling siha minat,yang lain pon siha minat gak (gary,haha, ji suk jin,jae suk ,song ji hyo),tapi tak larat la plak nak tulis review pasal depa..(pilih bulu la plak).

akhir kata,mari lah beramai2 kita tgk running man.. (tetiba berkempen x tentu pasal)


footnote: agak over la entry ni,maaf atas keterujaan siha dalam entry ni yer..lagi satu,bila tgk running man,jgn ketawa terbahak2,nnti gelap pulak kubur kita nanti..(peringatan untuk diri sndiri)

entry 9 februari 2012

assalamualaikum..

 tepat jam 12 malam on 9 february 2012,maka genaplah 20 tahun umur si naadhirah naiimi..planning ngan kawan2 ( salwa n mira) untuk beli  kek,sebab kami berempat x penah celebrate besday antara satu sama lain..yang boley tergerak hati nak meraikan besday dirah adalah kerana dia lahir dulu antara kami berempat and lagi satu sebabnya adalah kerana dia dah 20 tahun..wah,sudah masuk fasa umur yang baru...dah lama la jugak plan nak wat suprise ni and alhamdulillah everything went well...

 lepas maghrib (8hb) terus ke kedai berhampiran untuk cari kek..waktu tu dalam pukul 8.45 p.m...jumpa la satu kedai kek ni,kek dia comel2 belaka..malangnya perisa semuanya x best..target nak cari kek perisa coklat..so,tnya la kat akak kedai tu kek mana yang perisa coklat..then dia suggest la satu kek ni..bila dah buat kata sepakat dengan salwa (mira x join,ada kelas), terus la kami beli..perjalanan balik dari kedai kek tu agak menggerunkan kami sebab jam baru menunjukkan jam 9.30 p.m...around that time dirah selalu gak merayau2 kat kawasan kolej..si salwa plak asyik2 bagi siha kecut perut ..

dah sampai bilik,terus ku renungi jam di handphone ku,malangnya jam baru menunjukkan jam 9.50 p.m..ciss,lambat lagi la nak kol 12 a.m...

so,siha ngan salwa tunggu dengan penuh kebosanan sambil merepek apa yang patut..dok pikir gak takut2 plan kami x menjadi..

salwa memulakan 'repek' kannya yang ntah pa2 tu :
"wei,satgi bila kita pi rumah dia satgi tengok2 dia x dak,pi wat discussion ngan kawan dia ka,mampuih la kita"

bermula dengan ayat tu,maka repekkan kami makin mnjadi2..

akhirnya jam yang ditunggu2 pon tiba..  pukul 12..malangnya nak terus terjah dirah x boleh sebab mira masih x balik2 lagi  walaupon  siha telah warning beliau beberapa kali sebelum dia ke kelas.....punya la panic waktu tu sebab si mira ni x balas mesej n answer call..alhamdulillah,akhirnya beliau pulang ke rumah dalam pukul 12.10 a.m...

terus kelam kabut ke rumah dirah yang terletak di tingkat 4..dah sampai rumah dirah,suruh mira pi ngintai2 umah dirah dulu..dia bg isyarat yg rumah selamat untuk diserbu..
we were so lucky sebab pintu rumah dirah x dikunci and dia stay kat umah tu sorang2..so ia amat memudahkan kami untuk membuat dajal kat beliau...

pintu diketuk dengan penuh rakus oley si mira (mira memang pro dalam mengetuk pintu cam penyamun)..siha ngan salwa stand by kat belakang...bila pintu dibuka maka kami dendangkan lagu "Allah selamatkan kamu"  yang sunnguh sumbang untuk didengar.punca utama lagu tu sumbang adalah sebab mira nyanyi lagu "happy birthday" n siha plak nyanyi lagu "allah selamatkan kamu"..punca kedua lagu x sedap adalah kerana suara siha dah jadik sebijik cam ramli sarip..

dirah kelihatan agak terkezut..actually dirah ni pembenci kek tegar..satu malaysia taw sifat aneh dia tu..namun kami nak buat keja yang agak kejam dengan memaksa dia makan gak kek tu..hehe..sebenarnya,sebelom serbu umah dirah,siha ngan salwa sempat rasa icing kek tu,alohai,bukan perisa coklat,tapi mocha...waktu tu rasa cam nak pi beli nuklear untuk letupkan kedai tu je,tapi niat terbantut sebab xda modal nak beli benda alah tu..


GAMBAR FASA SATU (permulaan)











GAMBAR FASA 2 (apply some cream at face)















FASA KETIGA (gambar gedix2)






~dari kiri : salwa,mira,dirah ,siha..~









FASA EMPAT (mari conteng2)

~kreativiti kami,guna kulit kacang ngan cream kek~

sejujurnya kek yg kami beli tu x dapat dihabiskan..ye la,yang meraikan besday tu 4 orang kami je..kek tu pulak boleh tahan jugak besarnya..so,kami cuba ikhtiar cari manusia2 yg x tido lagi untuk datang umah dirah,malangnya,yang mampu hadir cuma dua orang je..sorang kawan kelas dirah n sorang lagi kawan kelas mira..

sedikit penerangan mengenai KAMI:

erm, dirah ,salwa,siha,n mira sebenarnya kawan dari zaman sekolah lagi..kami sekelas waktu sekolah dulu..waktu sekolah dulu kami berlima sebenarnya..alhamdulillah,kami berempat dapat kolej yang sama..tapi corse yang berlainan..dirah diploma bahasa arab,mira diploma bahasa inggeris,siha ngan salwa diploma syariah undang2..kawan kami yang sorang lagi pon sebenarnya dapat tawaran dari kolej ni (diploma syariah),tapi dia decide untuk ambik sijil tinggi agama malaysia (STAM)..dan impian dia tercapai sebab dia berjaya melanjutkan pelajaran di universiti al-azhar,mesir..sepatutnya siha sama2 amek STAM dengan dia,sebab kami berdua punya cita2 untuk sama2 masuk al-azhar..tapi waktu hari pendaftaran STAM tu,siha dah ubah fikiran,mak ngan abah antara org yg sgt terkezut..Allah knows best.setiap yang berlaku ada hikmahnya..


ucapan for dirah :

di hari yang mulia dan penuh barakah ni,siha ucapkan slamat hari lahir buat naadhirah naiimi yang sgt siha sayangi..semoga apa yang dirah impikan akan mnjadi knyataan..siha sentiasa doakan kebahagian dirah,dan last but not least,siha harap persahabatan kita kekal sampai bila2..amin..

footnote : kenangan abadi...

salam maulidur rasul....










assalamualaikum..
sempena maulidur rasul ni,siha nak share some of our prophet sunnah..

1) tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya

2) membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

3) jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

4) jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

5) jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

6) jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

7) amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.


itu sedikit sebanyak sunnah yang siha nak share dalam entry ni...mungkin 7 sunnah ni boleh mnjadi titik permulaan kita untuk men transformasi kan diri kita ni menjadi someone yang lebih baik..sunnah Rasul bukanlah sesuatu yang sush ..kalaw bukan kita ,siapa lagi yang nak ikut sunnah nabi kita ni??..

sila renungkan ayat di bawah: (artikel diambil dari perkongsian sahabat saya di fb)

"If Rasulullah (PBUH) is in front of you now, what would you say to him? What would you say to him? Are you ashamed? Would you cry? We say we love him, but then, why do we astray from his way?".
Siapa Rasulullah ini? Utusan Allah? Nabi akhir zaman? Pemimpin ummah? Ya, semua jawapan anda betul. Tapi yang paling penting, Rasulullah SAW ini merupakan kekasih Allah. Kekasih Allah tahu? Bukan kekeasih Gu Jun Pyo ke, kekasih Conan ke, tapi kekasih Allah. MashaAllah, tingginya darjat Rasulullah kan? Dibandingkan kita dengan Baginda SAW seolah-olah langit dan bumi.Tapi, tahukah kita siapa yang Rasulullah ini cinta selain daripada Allah Taala? Siapa yang Baginda SAW rindu sepanjang hayat baginda? UMATNYA! Dan siapakah umatnya itu? Ya, KITA! Kita semualah umat yang bertuah itu.



 Pada satu ketika, Rasulullah menceritakan tentang keimanan \'ikhwan\' baginda:"Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah."Malaikat" jawab sahabat."Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi""Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka.""Mungkin kami" celah seorang sahabat."Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu."Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui" jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka."Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah."Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.'






eiffel tower and pavilion versi nilai

assalamualaikum



just wanna share  my story beberapa minggu yg lepas..siha ke  nilai bersama kawan kelas..pegi bertiga ja.. my kolej dengan nilai x dak la jauh mana pon..dalam 15 minit dah sampai..bila dah sampai nilai,kami ke giant terus..beli barang dapur n apa yang patut..hoho..lama gak kat giant,pastu terus ke mc donald ,kempunan nak mampos waktu tu,,but sangat kecewa sebab full gila mc'd waktu tu,...so buat keputusan untuk tetap beli mc'd but bungkus then cari tmpat yang sesuai untuk berkelah,,hahaha

akhirnya dapat port baik punya...kat area nilai 3..terpesona seketika dek kerana terlihat kelibat menara eiffel..





i was "wow, its menara eiffel" (sambil wat muka comel)..kawan siha cakap "ya,menara eiffel versi nilai"..hahaha..


~the real eiffel tower~  

just after that perasan plak ada pavilion in front of me.




oh,tidak ku sangka dapat gak tgk pavilion.. ~padahal pavilion palsu~hahaha


~the real pavilion~


palsu pon palsu la,janji ada tulisan pavilion gak..hahahaha..~nampak beno x ley terima hakikat yg siha sampai skrg x sampai pavi lagi~