cheesy wedges..




hari ni mengidam nak makan cheesy wedges la plak...hai tekak oiii, rajin plak dia ngidam benda pelik2 sekarang ni...kemarin teringin nak makan cendol pulut,tapi pujuk diri sendiri untuk tidak membazir memandangkan kemarin kat pasar malam dah waste too much kot,mula2 beli neck inner,then beli beg untuk letak barang (hujung minggu ni dah start cuti sem)..then beli plak maggi...even bunyi je maggi,tapi harga kemain mahal lagi..so,memandangkan telah berlaku banyak pembaziran di situ,so terpaksalah buat2 x nampak cendol pulut tu ha...

then hari ni,meragam plak tekak ni nak menelan cheezy wedges..memang mimpi je la,KFC 'dekat' sangat masalahnya...nak kena outing plak..malas la..untuk melepaskan rasa kempunan tu,siha pon google la cheezy wedges ni ,siha ni jenis klw kempunan,then x dapat apa yg siha kempunan tu,siha akan google gambar makanan tu..~perangai gila punya terok tu~

but not only google gambar,but also the recipe , that my hobby la..so xde la cam GILA KEMPUNAN sangat kan,at least dapat ilmu jugak...

so,siha selitkan bersama2 resepi cheezy wedges yang paling menarik perhatian siha :



BAHAN-BAHAN:
500gm frozen wedges
200gm shredded cheddar cheese "Emborg" brand-yg warna oren (boleh guna cheese slices)
1 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung gandum
1/2 cawan (125ml) susu segar
2 sudu besar sour cream (boleh ganti dengan yogurt perisa asli)
Mayonis secukupnya untuk dihidang bersama sos ini.

CARA-CARA: 
1. Goreng wedges hingga masak. Ketepikan.
2. Panaskan non-stick pan. Cairkan butter dan masukkan tepung. Gaul sebati.
3. Masukkan susu dan kacau hingga pekat .
4. Masukkan cheese dan kacau hingga cheese mencair.
5. Masukkan sour cream dan kacau sebati hingga elok kepekatannya.
6. Paipkan sos cheese dan mayonis ke atas wedges yg telah digoreng tadi.








kalaw rasa susah nak jumpa frozen wedges tu,buat je la sendiri..tak dak la susah mana pon ~buat sembang kemas plak~

BAHAN-BAHAN

2 biji kentang (saiz besar)
5sb tepung gandum
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
sedikit serbuk lada putih
sedikit gula
sedikit kunyit..

cara-cara:

  1. Kupas kentang potong bentuk belahan epal rebus 10minit atau hingga separuh masak. Dah siap toskan.
  2. Campurkan bhn2 lain & campur air sedikit mcm nak buat bancuhan goreng pisang. Salutkan kentang tadi dalam tepung.
  3. Goreng dalam minyak panas hingga kekuningan. Sedap makan dgn mayonis/sos cili.








siha sangat teruja untuk mencuba resepi ni..kalaw boleh cuti sem ni,siha nak buat lah..hahahaha.tu pon kalaw jumpa la bahan-bahan untuk sos keju tu..hihihi..


~sumpah siha kempunan sangat2 nak makan benda ni~..huhuhu

end note: ada yg nak belanja siha tak???dapat pahala woo..cepat2, belanja siha ~ayat nak minta maki hamun masyarakat ni~

0 ahli syurga in the house: