wedding memey+ norman


first sekali nak habaq siap2 yg entry ni bukan lah nak memburukkan pasangan pengantin baru ni...just pandangan  siha mengenai wedding depa ja..

ce tengok pic di bawah (semua gambar diambil dari OH BULAN):


~kek ni kelihatan terlampau terok dek karana warna gambar yg ditempek kat kek tu..rasa nya klw gambar tu kecik sikit n berwarna maybe jauh lebih ok kot~



~nampak mcm baju norman tu ketat sikit..then baju anak2 normah kelihatan trlalu biasa~


~crown yg ada kat kepala memey tu  taksesuai dipakai oley memey~

~walaupon bajet perkahwinan pasangan ni punya la tinggi,tetapi pasangan ni kelihatannya sama cam artis2 yg lain je..~


~gambar ni nampak cantik la jugak..nampak cam pinang dibelah dua,tapi sayangnya,kasut memey x pulak kelihatan~heheheehehe




siha agak la terkejut tengok gambar kahwin pasangan ni sebab dalam kepala otak siha mesti perkahwinan memey ni kalah dato siti sebab bajet perkahwina  diorang ni tinggi,tapi bila tgk gambar2 ni ,nampak cam wedding diorang ni biasa2 ja..erm,klw x silap ,bajet kawen norman n memey mencecah rm 12 juta....huishh,gila punya tinggi la..

apa2 pon,harap perkahwinan norman ni kekal bahagia..amin...




cheesy wedges..




hari ni mengidam nak makan cheesy wedges la plak...hai tekak oiii, rajin plak dia ngidam benda pelik2 sekarang ni...kemarin teringin nak makan cendol pulut,tapi pujuk diri sendiri untuk tidak membazir memandangkan kemarin kat pasar malam dah waste too much kot,mula2 beli neck inner,then beli beg untuk letak barang (hujung minggu ni dah start cuti sem)..then beli plak maggi...even bunyi je maggi,tapi harga kemain mahal lagi..so,memandangkan telah berlaku banyak pembaziran di situ,so terpaksalah buat2 x nampak cendol pulut tu ha...

then hari ni,meragam plak tekak ni nak menelan cheezy wedges..memang mimpi je la,KFC 'dekat' sangat masalahnya...nak kena outing plak..malas la..untuk melepaskan rasa kempunan tu,siha pon google la cheezy wedges ni ,siha ni jenis klw kempunan,then x dapat apa yg siha kempunan tu,siha akan google gambar makanan tu..~perangai gila punya terok tu~

but not only google gambar,but also the recipe , that my hobby la..so xde la cam GILA KEMPUNAN sangat kan,at least dapat ilmu jugak...

so,siha selitkan bersama2 resepi cheezy wedges yang paling menarik perhatian siha :



BAHAN-BAHAN:
500gm frozen wedges
200gm shredded cheddar cheese "Emborg" brand-yg warna oren (boleh guna cheese slices)
1 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung gandum
1/2 cawan (125ml) susu segar
2 sudu besar sour cream (boleh ganti dengan yogurt perisa asli)
Mayonis secukupnya untuk dihidang bersama sos ini.

CARA-CARA: 
1. Goreng wedges hingga masak. Ketepikan.
2. Panaskan non-stick pan. Cairkan butter dan masukkan tepung. Gaul sebati.
3. Masukkan susu dan kacau hingga pekat .
4. Masukkan cheese dan kacau hingga cheese mencair.
5. Masukkan sour cream dan kacau sebati hingga elok kepekatannya.
6. Paipkan sos cheese dan mayonis ke atas wedges yg telah digoreng tadi.








kalaw rasa susah nak jumpa frozen wedges tu,buat je la sendiri..tak dak la susah mana pon ~buat sembang kemas plak~

BAHAN-BAHAN

2 biji kentang (saiz besar)
5sb tepung gandum
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
sedikit serbuk lada putih
sedikit gula
sedikit kunyit..

cara-cara:

  1. Kupas kentang potong bentuk belahan epal rebus 10minit atau hingga separuh masak. Dah siap toskan.
  2. Campurkan bhn2 lain & campur air sedikit mcm nak buat bancuhan goreng pisang. Salutkan kentang tadi dalam tepung.
  3. Goreng dalam minyak panas hingga kekuningan. Sedap makan dgn mayonis/sos cili.








siha sangat teruja untuk mencuba resepi ni..kalaw boleh cuti sem ni,siha nak buat lah..hahahaha.tu pon kalaw jumpa la bahan-bahan untuk sos keju tu..hihihi..


~sumpah siha kempunan sangat2 nak makan benda ni~..huhuhu

end note: ada yg nak belanja siha tak???dapat pahala woo..cepat2, belanja siha ~ayat nak minta maki hamun masyarakat ni~

mengenali budu..


hey there...nak habaq something kat hampa ni,tadi kan,siha pi pasar malam!!!..hai,cam x penah pi pasar malam plak siha ni..actually bukan excited pi pasar malam,tapi sebab kami (mira n salwa) gi pasar malam tu untuk membeli ikan..x pernah2 kami pi pasar malam ni untuk beli benda cam tu...maklum je la,kami ni kat sini mana ada dapur,so kirim salam je la klw nak suruh masak sendiri tu..excited la jugak walaupon sebenarnya siha ni jenis x makan ikan...i x makan ikan,hanyir la..hahaha..~ngada2 plak~..kami merancang untuk masak ikan tu guna rice cooker jer..

ikan tu kami beli dalam setengah kilo je...dapat la 8 ekor..ikan yg menjadi pilihan ialah ikan termenung..balik dari pasar tadi,terus si salwa ni siang ikan tu,kesian gak kat dia,tapi apa kan daya ,nak menolong tapi memang siha x reti langsung,klw kat umah, adek siha la tukang siang ikan ni..so tadi,siha hanya mampu melihat dari jauh saja..just after ikan tu dah habis disiang baru siha ley ke sinki tu..

~ikan selepas siap disiang~
~gambar ni diambil dalam keadaan hidong yg ditutup~hehehe

ikan ni kami plan nak rebus je..yg paling excited of course la si mira sbb ikan rebus ni favourite dia..ikan rebus ni akan dimakan bersama2 dengan BUDU..tu yg siha excited tu walaupon x makan ikan,excited nak makan budu sebenarnya...


~budu cap ketereh~

siha memang x pernah rasa benda ni sepanjang menjalani 19 tahun usia kehidupan..sodap wei,rasa dia cam air asam (yg mkn dengan ikan bakar tu)..and sometime rasa cam sambal belacan..

benda yang perlu ada untuk makan budu :
=
=
=
=
=
=
=
=
=
~ cili padi,limau kecik ( wajib ADA), and bawang~

seperti yg ada dalam gamba di atas,bawang yg kami gunakan cuma banyak tu je..u need to cut it,x yah nak pi blend2,just potong kecil2,sama la cam cili padi tu jugak,just potong2 dia kepada bentuk yg lebeh kecik agar mudah dikunyah..~kalaw x suka pedas,jangan letak taw..~..then masukkan dalam mangkuk kecik,pastu tuang sekali dengan budu ok..kacaw2 sikit,then perah kan limau kasturi untuk menambahkan rasa kesedapan..hihi..


bila dah siap akan jadi cam ni:



so budu ni akan dimakan bersama2 dengan :

~ikan rebus yg telah siap direbus~


tengok dirah ,mira,n salwa makan cam sedap je,tapi siha x berani nak masukkan dalam mulut ..mula2 dirah soh rasa secubit ikan tu,rasa cam ok je,tapi still ada perasaan x lalu tu..then dipaksa pulak oleh si salwa..dia bagi setengah ekor ikan kat siha..cam biasa,siha akan buang kulit n isi yg warna hitam,so dapat la jugak merasa walaupon sikit..maybe sedap sebab ikan ni dimakan bersama budu..klw makan saja2,memang nak termuntah hijau dah..

x cukup dengan ikan rebus cicah budu,si salwa ni rajin plak buat koktail kat kami bertiga..siha ditugaskan untuk buka tin tu,tapi x ley nak lepas..hahaha..last2 mira n dirah yg dapat bukak..hahaha




so,totally kenyang malam ni...thanks a lot to salwa sebab sush2 wat ikan rebus cicah budu kat kami..(budu ditaja oleh 'abang' beliau..sedap betol budu cap ketereh tu)..

footnote: bila la agak nya nak boleh siang ikan ek,mak dirah  cakap (melalui phone dirah) kat siha "ni klw nak kawin ngan orang melayu memang x lepas ni.."..my short answer : "x pa ,redho ja,klw ada jodoh tu,ada la"...bukan mak dia sorang je cakap cam tu,dah ramai dah yg cakap lagu..redho je la..

kisah budak merdeka


::::AMARAN=entry ni sangat membosankan n panjang terlebih::::::


hey2 u olls...sihat semua??kalaw x sihat sila la ke klinik yg berhampiran ok..hehe..actually siha sudah habes final exam..tu yg gedik nak mampos ni..rasa cam x sakit hotak dah sekarang.kalaw tak,asyik dok pikir nak kna  study,then nak kna buat nota yg sarat,pastu nak kena pikir pulak teknik2 jawab soalan,then nak kena punggah locker untuk cari nota ,pastu malam2 x tido untuk study,then mata akan berpinar bila tgk nota ~sbb terlalu sush untuk dihafal,pastu selalu dapat mimpi ngeri...adusss..bnyk betol yg mengganggu fikiran siha ni waktu exam ari tu..benda yang wajib terjadi during exam ialah OTAK SIHA AKAN TERBEBAN..huyoo,habis perah otak jawab exam pagi kelmarin (last paper),baru rasa ringan sikit kepala..rasa cam ada toksik banyak sangat kat kepala ni ha..huhuhu..

kemarin pagi siha exam pukul 9.00 am...malam sebelom exam tu siha memang x tido la,gila kaw nak tido,bnyk benda lagi x ngafal tu..so,malam tu memang berjaga sepanjang malam la..pagi tu sampai kat DPU (dewan peperiksaan utama) pukul 8.40 am. then candidates semua dibenarkan masuk ke dewan..memandangkan baru pukul 8.45,so, ketua pengawas tu dok pot pet apa ntah kat depan tu sambil beliau membaca arahan peperiksaan..waktu tu siha dah x tenang,sebab lagi banyak pengawas tu buang masa,lagi cepat la hafalan siha hilang...then after 15 minit ,pengawas tu pon cakap something yg amat siha nantikan : "ok students,you may begin now"..
siha terus je tengok soalan...alhamdulillah,apa yg siha hafal semuanya masok,siha boleh jawab tapi x tahu la la jawapan yg siha bagi tu betul ke tak....hahahaha..siha habis jawab exam pukul 9.30 pg..setengah jam je jawab exam tu...bangga x terkata..kalaw paper2 lain,siha biasanya akan siap 30 minit sebelom peperiksaan tamat..hahaha.

habis exam kemarin siha terus ke ATM dulu,after ke ATM,siha and two other friends ke cafe untuk breakfast and lunch..kat cafe ,siha telah dibuli oley budak2 lelaki (budak fakulti mana ntah) ..geram benor teman waktu tu,dah le lapo yg amat,tetiba diorang sibok2 datang potong barisan siha..x pasal2 rasa cam nak makan depa one by one..waktu dok senduk nasi (sebelom berbaris untuk bayar),kemain ngada lagi budak2 laki tu suruh siha sendukkan nasi bagai ,mintak simpang la,x hingin siha nak sendukkan nasi kat diorang,pemalas benor tu..,then waktu nak gi bayar,suka2 hati je potong baris,kalaw sorang x pe gak,ni dekat berpuluh2 orang mai potong,,ngek betul..kalaw depa tu perempuan ,dah lama siha tepis..

after menahan sabar yg agak lama,baru la dapat turn..siha bayar la makanan siha,siha cakap kat akak kaunter tu untuk kira makanan siha sekali ngan air,kat cafe ni air perlu dituntut kat orang lain,time nak gi amek air tu,abg tu boleh plak cakap,"sori la adik,ais x de la."..wah,meradang gak waktu tu tapi still cool ...geram sebab dah bayar tapi bila pikir balik mungkin sebab x de rezeki kot..`..huhuhu.

after makan,terus ke dewan banquet,nak check out..kawan2 kelas semua check out semalam,so,siha pon nak mengada2 check out semalam gak even siha akan balik  ke kedah minggu depan..hahaha..buat keja jahat tu..~bangga~

rata2nya  my coursemate semua dah balik,tinggal siha sorang je kat sini..siha bukan pa,malas la nak kalut2 balik awal,lg pon siha memang x berani nak balik sorang2 naik bas luar..setiap kali siha balik kg,siha hanya akan balik dengan bus yg disediakan oleh PERMATA (persatuan mahasiswa zon utara)..balik ngan permata senang sikit..hihihi..

but sangat x best cuti semester ni sebab siha kena practical..harap2 lulus la praktikal ni..amin..





motif gambar ni ditempek : x sabar2 nak konvo..hihihi
jgn dok pikir yg ni gambar konvo sekolah plak ok.ni baju konvo kolej saya,,...hehehe





hari terakhir peperangan



erm,cepat betol masa berlalu kan.. ari ni dah pon hari last siha berperang (exam)..pagi ni siha akan menduduki peperiksaan untuk subjek terakhir iaitu MASODIR DIRASAT AL ISLAMIYYAH...subjek ni antara subjek yg susah..kena faham betol2 and perlu mnghafal bnyk2..hahaha..plus,subjek ni juga subjek yg SANGAT2 sukar untuk difahami..waktu siha mula2 belajar subjek ni dulu,satu apa pon siha x faham,tapi bila tiap2 kali tutorial ustazah bawak masuk library,then baru la siha faham...subjek ni cerita pasal penulis/buku/biografi pengarang/n bla..bla..bla.harap2 sangat siha boley wat untuk paper ni..


~tengok la betapa 'serabut' nya meja siha ni~


kemarin,siha ada exam LAW (undang-undang keluarga)..tension yg x ley diungkapkan dengan kata2 la..siha ley jawab semua soalan BUT siha x ley jawab bahagian kes..sangat hampeh disitu..siha x ingat nama orang yg mencetuskan kes tu (contohnya: kes tengku zainah lwn dato seri najib ~kes mut'ah~)..siha ada la jugak mnghafal beberapa kes,namun malangnya kes yg siha hafal tu x naik..sangat2 hampeh la..dalam soalan tadi dia mintak kemukakan kes untuk hak jagaan anak (hadhonah) ..something yg agak pelik sebab soalan hadhonah ni sentiasa x femes..n lecturer sendiri pon x kasi soalan tutorial ,tiap2 tajuk dapat soalan tutorial kecuali for this subject..x pe la,memang salah sndiri kan,pemalas sangat sapa suruh...x pe,redho je la..anyway,doakan siha berjaya untuk exam hari ni dan sebelom2 nye ok..


kerajinan datang semula


hihihi..siha update blog again..tadi habis dinner kat cafe,siha ke bilik senior siha ,kak mariam.,dia ni senior siha waktu kat maktab mahmud kulim ,and kebetulan kami study di kolej yg sama..tadi gi bilik dia sebab ada urusan sikit..~memang dah jodi hobi siha untuk mengganggu org d tengah mlm.. ~..

waktu tgh dok sembang kosong dengan dgn kak yam,tetiba kawan siha ,si dirah (juga junior kak yam), bertanya soalan cepu mas kat kak yam tu:

"kak yam,cam na kak yam blajaq???saya ni malas sungguh la nak study..sila nasihatkan saya"...

~lebey kurg cam tu la ayat beliau

then kak yam cakap:

"hampa kena set dalam kepala hampa supaya ingat,benda yg lepas x leh nak patah balik dah."

contohnya bila x study,then bila masuk examination hall,tengok2 soalan yg keluar tu senang n sepatutnya kita boley jawab,tapi oley kerana kita x study so,kita x ley nak jawab bnda tu..so,bnda tu terlepas cam tu jer..huhuhu..

bila dipikirkan ,memang betol...siha sendiri penah berdepan ngan keadaan cam ni..memang agak kecewa,tapi nak wat cam na,dah salah sendiri...~kantoi arr yg siha malas study~..



~this is kak yam~ 
she is a teacher -to- be...



then tetiba teringat plak nasihat sorang kawan siha ni,mumtaaz..dia ni international student kat kuis ni,kami bukan coursemate pon,dia degrre while siha diploma..kenal waktu sem 1 and she  is my only international friend kat sini..hari tu waktu tengah sembang2 ngan dia,ada la jugak tnya pointer dia sem lepas,guess what,pointer dia 3.98...memang terer habes ar dia ni..dia nasihatkan siha,kalaw nak belajar,kena betol2 faham,bukan bergantung pada hafalan semata2..kalaw hafal  tapi x faham,memang mengundang padah la.lagi satu dia pesan  kat siha untuk memanfaatkan peluang yg ada...


~so this is mumtaaz from south africa,~bunyi je africa tapi jauh lebeh puteh dari siha~
~she is somebody' s wife,and a mom of two childrens~


insyaAllah,apa yg diorang nasihat akan siha letak kat kpala otak siha ni..and semoga siha akan jadi cam depa..amin...


pesanan ringkas: doakan CGPA siha terus meningkat yer..

terharu.



hye semua..sihat?? nak taw x,tadi kan,waktu siha bali dari cafe,siha terus masuk bilik (biasanya siha akan melepak di living room terlebih dahulu)..siha masuk ke bilik trus tu sbb nya waktu siha turun cafe tadi siha x bawak phone..so terus masuk bilik tu sebab nak check mesej or miss call..tapi tetiba mata siha terpaku kat something yg ada atas meja siha..




~siap aDA nota n tanda tgn lagi~



yeyeyeyeyeyeyeyeyeye..siha dapat kuih raya..yeyeyeye..~amboi,kemain seronok lagi~...siha ni kalaw jenis dapat barang dari orang,siha akan happy..x kisah la barang tu cam na pon,siha akan happy punya la..




~colourful kuih raya ni~...all sort of kuih ada dalam bekas tu.


ok,siha amat berterima kasih kat sharifah azwa for the ole2..sgt2 berbesar hati untuk memakannya,semua kuih tu siha dah rasa,sedap aje..xde cacat cela pon..and soryy sebab anda terpaksa mnyusahkan diri anda ke bilik saya untuk menghantar kuih tu,dah la saya plak xde kat rumah kan..~oo,so sadd~

=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
 ~introducing,sharifah azwa or her real name ,nurul hazira azwa bt nasir~




pesanan ringkas: mesti ada yg akan kata, "eh,x kan pasal dapat kuih raya pon nak update kat blog",so my short answer will be "eh,ni blog kau ke blog aku??"..but im sure  xde sapa yg akan mempersoalkan bnda tu sbb follower/ reader saya semuanya berhati mulia dan saling hormat menghormati..

wordless monday (wordless yg agak bnyk word)..~ayat dah macam keling.~.


ok,hari ni dah terlebey "GILA" plak..
oley kerana terlalu GILA,makanya wujud wordless monday,
kat blog siha je ada rasanya,blog len x ado punya..
actually siha bengang sangat2 hari ni kat sorang minah/mamat ni ha..(nama dan alamat terpaksa dirahsiakan)



sebab apa siha geram??erm,rasa cam nak story je kat korang ,tapi dah nama pon wordless..hahaha


~bila geram,kita harus cepat2 cool n senyum mcm saya~

gemok,gemok,gemok..










Ha,cuba korang tengok gambo2 kat atas tu..mesti sakit mata memandang kan..that is my present pictures ..now im gain into 74 kg..apa yg siha perasan,berat badan siha mula naik sejak siha masuk kolej,dari semester 1 lagi..waktu siha balik raya 2010,waktu tu siha baru je tamatkan semester  1,and tu gak first time siha balik since masuk kolej..siha sampai umah kol 6 pagi,siha dok bagi salam tapi x dak sapa pon nak bukak pintu,then siha call no phone mak ,abang,n adek2,tapi semua x angkat,jadi last choice kena la call abah..siha suruh abah tolong kejutkan adek siha or sesapa untuk bukak kan pintu,then abah kejutkan adek siha ..waktu adek siha nak bukak pinu tu,abah tetiba nak pi bukak pintu sekali,dia kata: “ish,nak tengok sikit siha tu kurus ka dak lagi”..siha x dengar pon abah cakap cam tu,adek siha yg citer kat siha balik..memang mimpi je la abah oii…maybe sebab waktu siha dok  kat hostel (waktu f1) dulu berat badan siha turun je..tiap2 kali balik mesti semua tegur yg berat badan siha ni turun..sampai last sekali ada yg x ley nak kenal siha..waktu tu memang zaman kegemilangan la..sekarang ni siha sendiri pon malas nak tgk cermin,rasa cam nak jerit cam org Nampak hantu je bila tgk badan cam ni..ni kira berat badan paling terok penah siha capai dalam hidop siha..siha ni sejak lahir lagi gemok.pipi kemain tembam lagi..bila dah habis fasa bayi,tembam tu dah hilang,kiranya dari umor siha 1 tahun sampai la umor 9 tahun,badan siha ok jer..but waktu umor siha 10 tahun,siha dah kembali gemok..siha ingat lagi,waktu timabang berat badan untuk candidate UPSR,siha yg paling berat dikalangan perempuan..malu yg amat waktu tu..then berat siha turun mendadak waktu masuk sekolah yayasan khairiah..yg boley turun pon sebab kat YK tu makan 2 kali sehari ,waktu tgh hari n waktu petang..tapi kadang2 kalaw pak cik kantin masak ikan makanya siha makan sehari sekali sahaja..malam memang dah x makan dah,kalaw lapar sgt makan biskut saja…then asrama siha plak tingkat 3..dalam sehari,banyak kali gak la siha turun naik tangga..lebey kurg 6 kali ..yg menambahkna lagi penyusutan berat badan adalah sebab kelas siha jugak di tingkat tiga..so,badan siha jadi kurus..habes form 1,berat badan siha naik sikit waktu kat maktab Mahmud,but tak banyak sangat la…berat siha maintain sampai form 5..then mimpi ngeri bermula bila siha masuk kolej..waktu sem 1,berat naik dalam 8 kg, and the worst is bila masuk sem 2..waktu tu berat dah jadi 70..baju pon ada yg dah x selesa untuk dipakai..and  now 74 kg..

Sepanjang siha  dah masok ke fasa gemok ni,memang ramai yg tegur la..malu woo.memang orang sekeliling sedaya upaya nak sakitkan hati siha..hahahaha~not really~..nak pi mana2 pon rasa malu..seingat siha ,sepanjang siha gemok ni,mak n abah siha je yg x penah komen apa2 pasal badan siha..~terharu~..beberapa bulan lepas,kolej siha ada buat satu carnival,antara booth yg ada ialah herbalife..jangan dok pikir yg siha amek herbalife plak..memang x mampu la nak beli benda2 mahal cam tu..siha pi amek kata nasihat ja n buat analysis berat badan siha..siha dah overweight ,and according to akak tu,dia kata seeloknya siha kena turunkan 19 kg,,,huyoo..banyak tu..



~ni waktu berat badan 58 kg~


Untuk menanggani masalah yg sedang bersarang di kepala ni,siha nak try turunkan 20-30 kg dalam masa setahun..bunyi cam angan2 mat jenin je kan..tapi kalaw dalam masa setahun siha dok cam ni gak,korang jangan kata2 pa2 ek..siha memang ada niat nak gi jogging petang2 ,tapi kelas siha just akan tamat setiap hari pada jam 6..memang letih la kalaw nak jogging..diet pon memang x de gunanya kalaw x jogging..insyaAllah mulai sem depan,siha akan cuba untuk memulakan misi diet menurunkan 30 kg dalam masa setahun..siha harap2 manjadi la misi ni..siha ni peminat setia PB (premium beautiful)..tapi harga dia memang siha x mampu la..siha berminat ngan PB pasal dia boley bentukkan badan kita ,bagi siha, untuk kuruskan berat badan mungkin senang sikit berbanding nak shaping badan kita..nanti kalw dah kerja baru boley beli kot..sekarang ni hanya mampu berangan je…


Pesanan pihak penaja: berjaya ke misi ni??wallahu a’alam…



had a stressful day


hai semua2...siha actually x taw nak merapu apa kat blog ni..kepala otak tengah x stabil lagi ni...penangan paper exam yang luar biasa soalannya menyebabkan keadaan siha kritikal hingga ke saat ni..kemarin siha xde exam,but siha ada syafawi (oral ) untuk subjek masadir..habis syafawi,perut pulak asyik meragam..so,siha memang merehatkan diri , belagak macam orang x de exam je siha ni..hari ni siha ada dua subjek,sessi pagi siha ada mainstream english (MUET),and pada sebelah petang ada subjek fiqh munakahat ..oleh kerana sedar akan hakikat yg siha ada dua exam,siha bangun balik kol 5 pagi untuk buat nota for subjek munakahat..untuk english siha blur,x taw nak baca apa,just tengok format esei je la..buat nota fiqh agak la memakan masa..dari kol 5 sampai la kol 8 baru siap,then siha bergegas sebab kol 8 setengah siha dah nak kena keluar gi exam...siha target nak keluar dari exam hall awal sikit sebab nak kena mnghafal subjek fiqh pulak..dalam kpala hotak dok set yg siha nak keluar pukul 11 lebeh, tapi memang angan2 ma jenin la orang panggil sebab siha just boley keluar dewan pukul 12.45..sebab paper english ni banyak benor esei nyer..

balik2 dah kol 1, rasa cam nak kiamat dah dunia waktu tu sebab untuk subjek fiqh munakahat siha x sempat nak menghafal lagi..bayangkan pukul 2 siha da kena keluar gi exam,so siha just ada masa satu jam sahaja untuk menghafal nota2 yg siha buat..memang kirim salam je la kan..yang mana siha sempat ngafal ,siha ngafal la..yang x sempat tu siha pasrah je..siha bersyukur la sebab apa yang siha sempat mnghafal tu masuk,tapi malangnya tak semua soalan siha mampu jawab dengan tepat ..huhuhu..harap2 pointer siha ok la..


pesanan penaja: done with 4 papers..~hoping  for a better CGPA~..two more papers to go..please pray 4 me..

final exam :usul fiqh

assalamualaikum..

korang nak tawu,hari ni kan siha exam usul fiqh..soalannya tersangat la "mudah"..siha study since semalam..tido kejap je,sebab kalaw tido lama2 pon mmng dah x aman , risaw je dok pikir soalan apa nak kluar..siha exam sessi petang,so pagi siha masih berpeluang untuk menghadap nota2 untuk dihafal..usul fiqh ni subjek arab,n subjek ni jenis yg kena faham n hafal2 belaka..

exam sepatutnya bermula pukul 2.30 pm,tetapi terlambat pulak jadi 2.45 pm..nak taw kenapa??sebab pengawas peksa skema sangat..hahaha...alhamdulillah, urusan siha dipermudahkan Allah,apa yg siha hafal  banyak yang masok,tapi malangnya,bila peksa dah mula agak lewat,maka hafalan siha mula bercelaru,siha mmng x tahu jawapan yg siha tulis tu betol ke x,malas la nak bukak buku n semak jawapan,kang x pasal siha meroyan plak klw jawapan siha salah ,so better dok diam2 sambil berdoa apa yg siha tulis tu betol..hihi..
and siha sangat2 beruntung sebab waktu siha tengah sibok menjawab soalan,tetiba ada sorang pengawas ni dok ushar kertas jawapan siha
then  he said : "ni salah ni,ni takrif lil qias,bukan istihsan."
wah,dia bagi jawapan kat siha...walaupon markah untuk soalan tu cuma 1 markah,but it still what we call "markah" kan??hahaha




but ada something yg membuatkan siha rasa cam nak meletop,dekat slip exam,siha sepatutnya peksa dari 2.30 ~5 .30 (oops silp,2.45 p.m)...tapi pukul 5 diorang pengawas dah kutip kertas..naseb bek siha ni jenis yg x berlengah2..siha siap awal..hihihi.~bangga sikit~....


siha peksa non stop minggu ni,esok pagi buta dah ada paper al lughah al arabiyyah ..terpaksa bersiap sedia untuk pening kpala tahap gaban..


pesanan ringkas: esok pagi peksa pon ley buka blog lagi??ish3

telefilem syurga bagiku

assalamualaikum..

nak tanya ni??hampa tgk dak cerita kat TV9 tadi?? tajuk dia syurga bagiku..sedih woo cerita tu..siha tengok sampai meleleh air mata ni ha..punya la touching ..kisah pasal pengorbanan seorang bapa kat anak dia,azizah..
siha bagi 5 bintang la kat cerita tu...sanggup bapak dia korbankan nyawa dia demi anak tercinta.si bapak ni kena hukuman gantung sampai mati atas sebab dia memiliki dadah ..actually dadah tu azizah yg punya..sesapa yg tengok mesti tabik spring la kat si bapak ni..bapak dia redha je even terpaksa korbankan nyawa dia,dia x pernah sekali pon salah kan anak dia ni...ish3...terharu tgk crite ni..





pesanan penulis: need more tissue ..huhu

suka tengok heliza helmi hijab

assalamualaikum..

hari ni siha buang tabiat tulis entry pasal tudung pulak..korang penah dengar pasal heliza helmi hijab x?? siha dah lama jatuh cinta ngan hijab ni since heliza create album (heliza helmi hijab)..cantik kot..

apa yg mmbuatkan siha jatuh cinta ngan hijab ni:

1-tudung ni labuh (bidang 60 tu)
2-tudung x jarang (pakai inner kat dalam)
3- nampak menarik


tapi apa yg membataskan siha untuk pakai tudung ni:
1-muka bulat cam buah kelapa 
2-x penah pakai selendang sebelom ni
3- muka x de seri..hahaha


ingat nak try,but kena selesaikan misi menurunkan badan dulu,tnggu bila siha dah kurus kering nnti,comfirm siha beli..hahahaha..kempunan sgt nak pakai..tnggu raya tahun depan je la..hahahaha




~menarik~

~yg ni memang lawa~like 100x



~yg ni lagi lagi lagi siha minat~like 200x


but i a bit afraid,takut bila pakai x cantek cam heliza plak..huhu..heliza ni jenis pakai pa pon cantek,jeles2..x pe ar,klw ada rezeki,insyaAllah la kan..hihi

pesanan penaja: ada sesapa nak sedekah kat siha x hijab ni..rm 150 only..






sangat happy..

assalamualaikum..

wah...hati siha sgt girang n riang n seronok  n bahagia..kenapa??hehehe..siha dapat info pasal kawan lama siha waktu kat kelas qiraat zaman tok kaduk dulu nuh....siha mmng dah lamaaaaaaaaaaaaaaaaaa lost contact ngan dia walaupon umah dia dekat ngan umah siha..hahahaha..


thanks a lot to my adek sbb kasi tawu info tu..mmng satu kseronokkkan yg x leh digambar kan la..hurm,harap2 lepas ni dapat la jumpa kawan siha tu..dia skrg kat uitm..teringat plak segala kenangan manis dengan dia dulu2..sgt rindu those moment..harap2 jadi la "reunion" yg ustaz rancangkan tu..ameen..



oh..no!! final exam!!

assalamualaikum ..


hurm,dah hari isnin ..insyaAllah hari sabtu ni akan kembali ke kolej yg amat siha rindui n kasihi,kolej universiti islam antarabangsa selangor..siha jenis x kisah nak balik kolej,x de nyer nak meraung ke nangis ke sebab siha ni bukan yg jenis homesick..~bangga la plak kan~..but the thing yg mmbuatkan siha risaw sesangat tu sbb ari senin mnggu depan siha akan mnghadapi peperiksaan akhir semester 3..fuh..neves je tulis ni pon..




tu jadual final exam siha..klw rasa nak tgk,klik je kat gambo tu..first day dah la subject "paling mudah" abad ni..wakakaka..usul fiqh ni subjek 100% arab..kena la ngafal sampai pecah kpala kan..setakat ni,siha masih belom mmbuat apa2 ulang kaji lagi sebab ari nak balik ari tu lupa nak bawak balik nota..siha ni plak jenis yg study 2 or 3 hari sblom peksa..klw study awal sgt pon payah gak,takut lupa apa yg siha hafal tu..kat dalam jadual ada 6 subjek je..subjek siha sem ni semua sekali 9 subjek..lagi 3 subjek tu 0 kredit,so x de exam..setakat ni hifzul quran dah lulus..hifzul quran ni xde exam..syafawi (oral) semata2..hahaha

i just hope pointer sem ni akan meningkat dari semester sebelom ni..insyaAllah,i will strugle as i can.dan harap jugak dapat lulus semua subjek ..amin..



~lepas ni kena la rajen ke library..usaha lebey,mesti dapat lebey kan~



pesanan penaja: lepas final exam, sudah masuk fasa PRACTICAL pulak..xde cuti sem..huhuhu