sambutan hari ibu x haram

assalamualaikum...

hurm..hari ni hari ibu,so korang sambut x??apa??haram??x kan sambut hari ibu 2 haram..ish3..mushkil ni..


ok,ramai antara hampa yg kat luaq sana dok ingat kata sambutan hari ibu 2 haram..so,siha nk explain kat hampa sikit ni pasal hari ni x semestinya haram..


Jabatan Mufti Selangor mengeluarkan kenyataan mengenai sambutan hari ibu:
1. Sambutan yang sederhana dan tidak membazir
2. Sambutan yang menzahirkan rasa syukur atau takziah jika ditimpa musibah.
3. Sebaik-baik sambutan ialah solat jemaah, majlis tahlil, doa selamat dan sebagainya.
4. Muhasabah diri para ibubapa ke atas tanggungjawab yang dipikul selama ni.
5. Koreksi diri ibu untuk menjadi contoh terbaik bagi anak2nya.
6. Mewujudkan persekitaran yang baik untuk perkembangan anak-anak.
7. Mengambil langkah proaktif untuk mempertingkatkan parenting skills.

Sheikh Faisal Mawlawi, Timbalan Pengerusi Majlis Fatwa dan Pengkajian Hukum Eropah (Majlis ini dipengerusikan oleh Sheikh Professor Dr Yusuf Abdullah al-Qaradawi) yang juga seorang pemimpin gerakan Islam di Lubnan (seangkatan dengan Sheikh Dr Fathi Yakan) berpendapat bahawa tiada halangan untuk menyambut Hari Ibu tetapi dengan dua syarat:

1. Sambutan itu hanyalah penghormatan tambahan (تكريما إضافيا) yang dilakukan lanjutan daripada penghormatan sehari-hari yang diberikan selayaknya untuk ibu.
2. Sambutan itu tidaklah dianggap sebagai satu perayaan dalam mafhum Syarak iaitu menyamai Eid al-Adha dan Eid al-Fitri yang ada asasnya yang jelas dalam nusus Syariah.

so,hampa semua msti dah faham kan3??so,celebrate lah hari ibu ni tanpa ragu2...ngee

0 ahli syurga in the house: